KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Bengkel Kajian Tindakan Sipitang, Sabah

Posted by ilmu on November 22, 2009

kumpulan aktif kumpulan cergas perbincangan kumpulan3perbincangan kumpulan 2 perbincangan kumpulan penyediaan instrumen peserta kursus deklarasiwatikah perlantikan cendeamata2 cenderamata1kumpulan PKG Sipitang melangkah setapak kehadapan apabila berjaya menganjurkan Bengkel Kajian Tindakan Inovasi Peringkat Daerah Sipitang Pada 17 – 19 November 2009, bertempat di balai kursus PKG Sipitang, Sabah. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 17 orang guru sekolah rendah dan 3 orang guru sekolah menengah telah menyertai bengkel tersebut. Selain bengkel penghasilan kertas cadangan dan instrumen kajian, majlis penyampaian watikah perlantikan sebagai penyelidik dan ikrar Deklarasi Sipitang telah disempurnakan pada akhir slot. Dalam bengkel selama 3 hari ini, sebanyak 7 kertas proposal telah dihasilkan. Para pengkaji dijangka akan memulakan tugas mereka sebaik-baik sahaja sekolah dibuka pada tahun hadapan. Tahniah..

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Kolokium Kajian Tindakan Negeri Sabah 2009

Posted by ilmu on Oktober 13, 2009

Kolokium Kajian Tindakan Sabah 2009 anjuran bersama Institut Aminuddin Baki, Jabatan Pelajaran Sabah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah sedang berlangsung sekarang d Hotel King Park, Tawau. Kolokium ini telahpun bermula sejak 12 Oktober 2009 dan akan berakhir pada 15 Oktober 2009. Dalam kolokium ini, sebanyak 12 kertas kerja kajian tindakan dan 2 kertas konsep telah dan akan dibentangkan. Turut diadakan ialah sesi forum yang dikendalikan oleh 3 orang ahli panel.

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau 2009

Posted by ilmu on Ogos 18, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau telah berlangsung pada 1 Ogos 2009 di SMKA Mohamad Ali, Ranau. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Hj Dr. Muhiddin Yusin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” amat tepat kerana merujuk kepada peranan guru sebagai pencanang budaya kecemerlangan dan tamadun negara bangsa Malaysia. Dalam majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah tahun ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kempen mencintai ilmu, derma darah, senamrobik, anugerah guru cemerlang, inovatif dan kreatif, anugerah sekolah cemerlang, pusat sumber cemerlang, koir dan acara kemuncak dengan penganugerahan Tokoh Guru 2009. Semangat serta kekuatan iltizam jelas terpancar di wajah para guru yang hadir, lebih-lebih lagi para guru yang sanggup berbakti di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Selamat Hari Guru 2009.

ucapan en majus ucapan en rusining ucapan dr hj muhidingimik perasmian koir smk lohan Hadirin Hari Guru1Hadirin hari guru4 hadirin hari guru3 barisan tokoh guru

Posted in Hari Guru | No Comments »

Lawatan Warga Guru PKG Mengebang Telipot Terengganu

Posted by ilmu on Ogos 18, 2009

24-25 Julai 2009: Semangat muhibbah dan silaturrahim di antara warga guru PKG Mengabang Telipot Terengganu terjalin mesra di antara warga guru SK St Benedict dan PKG Ranau dalam lawatan singkat selama 2 hari ke sini. selain melawat sekolah, para rombongan juga mengambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat menarik di sekitar Ranau-Kundasang iaitu di Kolam Air Panas Poring, Pekan Ranau, Kundasang Memorial War, Mesilau Nature Resort, Lembah Permai, Kebun Epal, Panorama Pergunungan Kinabalu dan pasar terbuka. Lawatan ini telah membuka kerjasama dua hala dalam bidang kajian tindakan inovasi. 

panorama kg lembah permai di hadapan cottage hotel berlatar belakangkan gunung kinabalu kundasang memorialdi cottage hotel kundasang lawat epal berbuah pelawat2pelawat3 pelawat4 pelawat_1

Posted in Lawatan Penanda Aras | No Comments »

Kursus Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Posted by ilmu on Julai 22, 2009

DSC_0001 DSC_0006DSC_0003 DSC_0004DSC_0002 DSC_0008

Hari ini 23 Julai 2009, di Pusat Kegiatan Guru Ranau, saya sempat menyampaikan kursus pembelajaran interaktif melalui internet (www.zoom-a.com) kepada 103 orang pelajar Tahun 6 SK. Pekan Ranau. Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran Akses kendiri (Self Access Learning) berasaskan ICT dan portal pembelajaran zoom-a. Pembelajaran Akses Kendiri melalui web mampu meningkatkan motivasi pelajar kerana mereka boleh menguruskan sendiri latihan mengikut kemampuan mereka. Sepanjang kursus ini semua pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi dan  mengambil bahagian dalam semua aktiviti.

Posted in Pembelajaran Akses Kendiri | 6 Comments »

Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Gerhana Matahari

Posted by ilmu on Julai 22, 2009

DSC_0401 DSC_0398DSC_0396 DSC_0395DSC_0394 DSC_0399

Bengkel pengajaran dan pembelajaran Gehana Matahari untuk guru-guru Sains SK/SMK Daerah Ranau telah diadakan pada 20 Julai 2009, pukul 2.00 hingga 5.00 petang  di Pusat Kegiatan Guru Ranau dengan kerjasama Agensi Angkasa Di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Bengkel ini diadakan sempena fenomena Gerhana Matahari Penuh yang berlaku di China pada 22 Julai 2009. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Taklimat dan bengkel telah dikendalikan oleh Sdr Dr. Mustapha Nasir, seorang ahli astronomi (bukan :-)   astrologi) yang bertugas di Pusat Sains Lingkudau (PUSKAL) Daerah Ranau.

Posted in Program PKG Ranau | 2 Comments »

Kajian Tindakan: SMK Ranau Sabah Mulakan Langkah

Posted by ilmu on Julai 22, 2009

peserta 4... peserta 3...cari gambar dulu... peserta 2...peserta 1... penceramah...peserta kursus di sinikah saya berdiri..terima cenderamata 

Bengkel kajian tindakan peringkat SMK Ranau Sabah telah diadakan pada 22 Julai 2009 dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di bilik gerakan sekolah tersebut. Dalam kursus singkat ini, peserta kursus telah didedahkan dengan teknik penulisan kertas cadangan mengikut format yang digunakan oleh pihak EPRD dan BTP. Peserta kursus juga telah didedahkan dengan teknik pemilihan isu kajian, penetapan objektif serta dokumentasi. Seramai 40 orang guru dari sekolah ini termasuk pengetua, penolong-penolong kanan, ketua jabatan dan guru-guru telah terlibat dalam kursus ini.

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Salam Israk dan Mikraj: Mula Kewajiban Solat Mendidik Akal Budi

Posted by ilmu on Julai 19, 2009

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Program Ukhuwwah Di Kg Merungin 2, Ranau

Posted by ilmu on Julai 19, 2009

kumpul di masjid ranau di kg tinutuanpenduduk1 telekom1surau kg merungin2 sambutan paluan gongmajlis suai kenal_lelaki majlis suai kenal helwahadirin hadirin2sumandak dusun kamianak-anak masak-masakterima sumbangan tanam buah2anbaris makan nasyid ot spot

Telekom Malaysia Bhd, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) telah menggalas tanggungjawab menjalinkan ukhuwwah ke sebuah kampung terpencil iaitu Kg. Merungin 2, kira-kira 50km melalui jalan tanah merah yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Tujuan ziarah ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di kalangan penduduk muallaf Islam serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam bidang dakwah. Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Mustapa Sakmud, Presiden Belia Sabah, Tn. Haji Jamli (Pengurus TM Sabah), Sdr. MohammadAdzmin @ Losinin, Timbalan Yang DiPertua ABIM Ranau, Sdr. Rezlan Muhammad (JHEAINS), Pegawai-pegawai Telekom dari KL dan Sabah, Ahli Biro Pembangunan Pelajar Islam Ranau, Pemimpin kampung dan penduduk-penduduk kampung Merungin 2 dan sekitarya.

Dalam majlis ini, pihak telekom telah menyumbangkan kewangan, peralatan masjid/surau dan bantuan kepada fakir miskin. Majlis diserikan lagi dengan majlis suai kenal,  persembahan nasyid, acara sukaneka dan jamuan makan tengahari.

Sebagai kenangan, satu upacara menanam buah-buahan telah disempurnakan oleh Sdr Mustapha Sakmud selepas menunaikan sholat zohor secara berjamaah. Pada hari yang sama, 4 lagi rombongan ABIM, Telekom dan JHEAINS melakukan ziarah yang sama di Kg. Tinutuan, Kg. Langsat, Kg. Tampios dan Rumah Putera Harapan (RPH) ABIM Ranau.

Posted in Aktiviti Sosial, Progam ABIM Ranau | No Comments »

Gerhana Matahari Penuh (China)- Sekolah Daerah Ranau Laksanakan Aktiviti

Posted by ilmu on Julai 13, 2009

Gerhana matahari penuh akan berlaku di China pada 22 Julai 2009 dan sedikit kesan di Sabah memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti. Wakil Agensi Angkasa Sabah Dr. Mustapha Nasir berkata, gerhana matahari akan berlaku pada tarikh ini dan dialu-alukan kepada guru-guru sains sekolah-sekolah mengadakan aktiviti pembelajaran secara online melalui internet untuk melihat secara langsung fenomena gerhana berkenaan. Ini akan dapat meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains angkasa lepas.

Beliau berkata, guru-guru sains sekolah-sekolah Daerah Ranau dijemput untuk mendengar taklimat khas yang akan disampaikan pada 20 Julai 2009, jam 2.00 petang di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Ranau. 

Posted in Program PKG Ranau | No Comments »

Bengkel Bina Blog Sekolah Daerah Tamparuli

Posted by ilmu on Jun 24, 2009

blog9 blog8 blog7 blog6 blog5 blog3

Bengkel membina blog sekolah yang dihadiri oleh  Guru ICT dan Guru Media & Perpustakaan anjuran PKG Tamparuli telah diadakan pada 24 hingga 25 Jun 2009. Bengkel yang disertai oleh 20 orang peserta ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang cara-cara membina blog berasaskan edublog. Saya mengambil masa 2 hari di sini untuk memantapkan semangat kolaborasi dan menjayakan program PKG 4 Serangkai.

Posted in Kursus Blog | 4 Comments »

Bengkel Keluarga Bahagia Kg. Wiha Timbua

Posted by ilmu on Jun 24, 2009

latihan dlm kumpulan anak2 tmpatan peserta2 sbhg pserta di tepi sungai umah kecik 2 khemah dakwah di tepi sungai

Saya sempat mengendalikan satu kursus anjuran ABIM Cawangan Ranau yang telah diadakan pada 18  Jun 2009 di Kg. Wiha Timbua Ranau. Seramai 60 orang peserta kursus yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka. Perkara penting yang dititikberatkan dalam kursus ini ialah peranan ibu bapa dan anak dalam membentuk keluarga bahagia.

 

Posted in Aktiviti Sosial | No Comments »

Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PTPB/PKG, Perhimpunan Bulanan dan Majlis Persaraan Puan Hajjah Jarah Binti Abdullah Gad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah

Posted by ilmu on Jun 3, 2009

aku dan kwn2 sedang tunggu KPP unga hiasan meja makanwarga BTPN dgn lagu masihkah kau ingat... Azmy menyampaikan cenderamata PKGperhimpunan bulanan trakhir KPP Ikran terakhir KPPMesyuarat MTeN  Pegarah JPN Sabah, BTPKL, KPP dan Ketua NazirAlamak...tudungku Cenderamata PBU oleh Ahmad RashkinCenderamata dari Hj Said Cenderamata BTPNPotong kek persaraan Ucapan terakhir KPPJuruacara yang hebat2 kumpulan gambusmesyuarat bersama pengarah BTP Pengarah BTP (KPM)

Peristiwa-peristiwa Penting BTPN Sabah Minggu Lepas:

25 hingga 28 Mei 2009 : Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PTPB/PKG Sabah

28 Jun 2009 (8.00 malam) : Majlis Persaraan Ybhg. Puan Hajjah Jarah Binti Abdullah Gad, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah

29 Jun 2009 : Perhimpunan bulanan (Terakhir bersama KPP BTPN Sabah)

Bagi pihak BTPN dan rangkaian, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghagaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.. Mudah-mudahan kerja-kerja kita diberkati oleh Allah SWT.

Posted in BTPN Sabah | No Comments »

Tugu Nunuk Ragang – Mengingati Asal-Usul Suku KD

Posted by ilmu on Mei 22, 2009

dari jalanraya luaran depan pagar depan pagar ruang duduk atas ruang hadapan tugu 16 menara  DSC_0102 DSC_0099 sungai sebelah kiri DSC_0091

Gambar lain klik di sini..

Tugu Nunuk Ragang mengingatkan saya kepada cerita orang-orang tua. Kononnya orang-orang Kadazan-Dusun di Sabah mula-mula sekali bertapak di sini. Cerita ini kemudiannya dikaji secara mendalam dan diakui serta disahkan secara rasmi oleh KDCA (Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Sabah). Maka, pada Tahun 1995, kerajaan Sabah telah meluluskan pembinaan Tugu Nunuk Ragang ini.

Menurut En. Peter Sumping (Salah seorang penduduk di sini) tugu ini diilhamkan oleh YB Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan. Kos pembinaan tugu ini menelan belanja hampir RM1juta. Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum Kadazandusun. Ini termasuklah teori yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun berasal dari keturunan “Mongoloid” (Ivor H.N. Evans: 1923 danT.R: Williams: 1965); teori yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun sebagai berketurunan. “Indo-Malayan” ;’ (T.R. Williams:1965) teori yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (IvorH.N. Evans: ,1923 dan Owen Rutter: .1922) dan teori yang mengatakan kaum Kadazandusun sebagai keturunan orang purba Gua Madal.

Dari segi asal-usul, satu daripada sejarah lisan yang popular adalah legenda yang mengatakan bahawa kaum Kadazandusun berasal dari satu tempat yang dinamakan “Nunuk Ragang”. Di tempat ini terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Kegibangan (dari-arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan).yang telah bergabung menjadi, sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Di kawasan tebing percantuman dua batang sungai itu telah ditumbuhi oleh sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk) yang sesuai sebagai tempat berteduh. Penduduk di situ gemar bermandi manda di sungai itu sambil yang lain dengan ramainya, berjemur di atas dahan-dahan pokok Nunuk tersebut, sehingga pokok Nunuk itu kelihatan “angaragang” atau kemerah-merahan, jika dilihat dari jauh (merah, dikiaskan sebagai warna manusia yang ramai apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh mereka menunjukkan betapa ramainya mereka. Atas sebab itu Nunuk itu dipanggil Nunuk Ragang). Di samping itu, pokok Nunuk Ragang tersebut dikatakan boleh mengeluarkan sejenis ubat yang boleh menyembuh berbagai jenis penyakit.

Semasa saya mengunjungi tugu ini, tidak ada penjaga yang ditugaskan. Bagaimanapun, selain rombongan kami, terdapat pelawat lain dari Kota Kinabalu.

Posted in Sembang2 & Melancong | 5 Comments »

UCAPAN KERAMAT “SELAMAT HARI GURU”

Posted by ilmu on Mei 17, 2009

Hari Guru yang disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan bukti pengiktirafan ke atas jasa seorang pendidik. Pendidik merupakan medium penyebar ilmu yang mempunyai tahap akauntabiliti dan resposibiliti yang tinggi. Guru Menyemai, menyiram, menyubur, membuah dan menghasilkan ketamadunan dunia yang sangat ajaib. Dari guru lahir professor, doktor, jurutera, jurubina, angkasawan, ahli sains, kaji bintang dan berpuluh-puluh lagi karier yang mempunyai reputasi dan pasaran tinggi di seluruh dunia. Bahkan TANPA guru, dunia ini tak akan maju dalam semua bidang. Sejak kelahiran Nabi Adam A.S, guru sudah wujud. Begitulah sepanjang kemandirian manusia, guru tidak putus dek zaman.

Guru masa kini lebih  formal. Sudah ada profession. Sudah disistematikkan dengan adanya institusi pengajian dari peringkat rendah hingga ke tinggi. Guru bukan saja di sekolah bahkan guru ada di mana-mana. Sungguh bertuah menjadi seorang guru. Allah SWT telah janjikan salah satu pahala yang terus mengalir walaupun kita sudah pergi ke alam baqa’ ialah ilmu yang bermanafaat. Sebab itu, menyampaikan ilmu perlulah ikhlas. Gaji No.2, yang lebih penting ialah ikhlas dulu… 

Cabaran guru lebih hebat lagi. Pelajar kita semakin bijak. Mereka lebih terdedah kepada dunia luar dan pelbagai ilmu. Mereka juga sangat kreatif. Oleh sebab itu, para guru juga terpaksa lebih cepat untuk memperkasakan diri dengan ilmu. Membuat pelbagai kajian untuk mengetahui keperluan. Belum lagi cerita berkaitan disiplin.. masalah disiplin di sekolah memang banyak. Ini semua adalah cabaran. Bukan mudah untuk mengatasi semuanya.

Sempena Hari Guru tahun ini yang bertemakan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, adalah tepat pada waktunya. Tepat waktu untuk memperteguhkan iltizam, menyahut cabaran melalui tema itu. Tiada pilihan lain, guru perlu terus ke hadapan. Bina rentak larian yang padu. Semangat juang yang tinggi. Patuh kepada etika yang positif lagi cemerlang dan berkhidmat kerana Tuhan semata-mata.

SELAMAT HARI GURU 2009

Posted in Hari Guru | No Comments »

Bengkel Pasukan Juruteknik Daerah Ranau

Posted by ilmu on Mei 13, 2009

PKG Ranau – Satu bengkel “ICT Cocktail” telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Ranau. Seramai 9 orang pegawai yang terlibat. Berikut ialah senarai peserta serta tajuk perkongsian yang telah dikongsikan oleh semua juruteknik yang terlibat.

 

  1. En. Shahrizan Bin Yudin (SK. Pekan); Tajuk : Penggunaan Antivirus  
  2. En. Faizal Bin Bahanuddin (SMK Ranau); Tajuk : Motherboard 
  3. En. Hazmi  Bin Abdullah (SK Bongkud); Tajuk : Hardware  
  4. En. Safwan Bin Jusoh (SMKA Mohd. Ali); Tajuk : Recovery Windows 
  5. En. Rechell Airol Jupilin (PKG Ranau); Tajuk : Ms Office 2003 
  6. En. Fairuz Bin Che Man ( SK. Kundasang); Tajuk : Virtual Operating System   
  7. En. Maximus Paulus ( SK. Kilimu); Tajuk : Web Server 
  8. En. Fazrul Bin Idris ( SMK Kundasang); Tajuk : Software 
  9. En. Losinin Johalin (PKG Ranau); Tajuk : Google Earth Uploading Data

Posted in Juruteknik | No Comments »

SK. Kilimu, Ranau: Johan Anugerah PSS Cemerlang Negeri Sabah

Posted by ilmu on Mei 13, 2009

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Sabah berakhir dengan kemenangan SK. Kilimu Ranau sebagai Johan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Dengan kemenangan ini, SK Kilimu akan mewakili Negeri Sabah Ke Peringkat Kebangsaan. Walaupun PSS sekolah ini masih dalam serba kekurangan terutamanya buku-buku, namun pihak PSS yang diterajui oleh Cikgu Dayang Alinah Binti Mohd. Salleh berjaya mengadakan banyak aktiviti pelajar, menyediakan sudut informasi, sumber ilmu dan dokumentasi yang cemerlang.

Berikutan kemenangan ini, PKG Ranau mengharapkan supaya semua PSS di daerah ini berusaha lebih gigih untuk mencemerlangkan PSS masing-masing untuk manafaat warga sekolah terutamanya para pelajar. Kemenangan SK. Kilimu wajar dicontohi dan dijadikan sebagai motivasi guru-guru PSS di daerah ini. Kemudahan bukanlah faktor utama kecemerlangan PSS. Budaya ilmu ke arah kecemerlangan pelajar terutamanya bagaimanakah PSS boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P itulah yang lebih penting. Maka, adalah amat kena pada masanya PSS yang berasa masih perlu untuk meningkatkan kecemerlangannya mengadakan lawatan ke PSS SK. Kilimu ini. 

Kategori lain yang dipertandingkan di peringkat negeri kali ini ialah PSS Cemerlang SR Bandar, SM Luar Bandar dan SM Bandar.

Posted in Pusat Sumber Sekolah | No Comments »

Mesyuarat Pre-Council JK Penilai Bahan Inovasi Peringkat Negeri Sabah

Posted by ilmu on Mei 8, 2009

BTPN Sabah- 7 dan 8 Mei 2009 : Mesyuarat Pre-Council Jawatankuasa Penilai Bahan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di BTPN Sabah. Mesyuarat ini telah memutuskan 7 bahan inovasi berasaskan kajian tindakan yang telah dihasilkan oleh Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) akan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KPM untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

Selaras dengan peningkatan program kajian tindakan dan penghasilan inovasi di kalangan guru dan PKTS di sekolah-sekolah di negeri ini, Timbalan Pengarah JPN Sabah telah mengarahkan pembentukan satu jawatankuasa penilai bahan inovasi peringkat negeri. Jawatankuasa ini akan menilai semua bahan inovasi yang dihasilkan melalui kajian tindakan sebelum ia dihantar ke peingkat kebangsan atau diterbitkan. Pasukan ini dipengerusikan oleh Ybhg. Pengarah Pelajaran JPN Sabah.

 

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Bengkel Pasukan Juruteknik Sekolah Ranau Mengatasi Masalah ICT

Posted by ilmu on Mei 8, 2009

Pasukan Juruteknik Sekolah Daerah Ranau seramai 10 orang telah mengadakan bengkel membaikpulih peralatan ICT di SMKA Mohamad Ali pada minggu lepas. Bengkel ini dilaksanakan bagi membantu pihak sekolah mengatasi masalah ICT di makmal komputer dan pusat akses. Hasil daripada bengkel ini semua komputer yang rosak telah dapat dibaikpulih. Bengkel ini di bawah kendalian En. Romzi Ahmad, En. Nasran dan En Suhaimi dari Unit Perkhidmatan ICT BTPN Sabah.

Posted in Pasukan Juruteknik | No Comments »

Kajian Tindakan dan Inovasi PKG Penampang : Journal 2009

Posted by ilmu on Mei 8, 2009

Pada 27 dan 28 April 2009, saya telah mengendalikan bengkel penghasilan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat PKG Penampang. Seramai 25 orang pendidik yang telah mengikuti bengkel tersebut. di antara tajuk-tajuk kajian yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

1. Meningkatkan kemahiran murid membezakan dan mengaplikasikan “Simple Present Tense dan Simple Past Tense” kepada 10 orang murid Tahun Tiga SK Putaton, Inobong Melalui “Read Me Aloud”

2. Mengatasi Kesukaran Memahami Istilah Sains Tahun 5 Ikhlas SK. Petagas dengan “Snake & Ladder”

3.  “REMEMBER ME”. Kaedah mengingati Pemimpin / Tokoh Negara dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan

4. Meningkatkan Motivasi Murid Disleksia Tahun 6 SK Kibabaig Penampang Melalui Penghasilan Buku Skrap Peribadi.

Terdapat 11 tajuk kajian yang telah diadangkan dalam bengkel ini.

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »