Melancong di Kundasang

Daerah Ranau dan Kundasang adalah sebuah daerah yang banyak tempat-tempat menarik dan agro pelancongannya. Tempat-tempat menarik yang terdapat di sini mungkin tidak pernah terbayang di fikiran para pelancong. Di bawah ini, saya senaraikan tempat-tempat menarik yang terdapat di sini:-

1. Gunung Kinabalu yang terseragam indah dengan ketinggian melebihi 4095m (13455 kaki) dari aras laut. Udaranya sangat nyaman dan sejuk dengan suhu 10 hingga 26 darjah celsius.
2. Poring Hot Spring dan kemudahan mandi-manda yang moden dan lengkap dari segi infrastruktur. Di sini terdapat juga taman rama-rama pelbagai warna, air terjun, jambatan gantung dan pasar kraf tangan seperti tembaga, batu jed dan sebagainya
3. Masilau Dairy Farm. Kita berpeluang melihat suasana lembu-lembu tenusu ala new zealand diternak di sini pada ketinggian hampir 2000 m dari aras laut.
4. Masilau Golf Resort. Bagi mereka yang ingin menikmati udara segar sambil bermain golf, di sini tempat yang sesuai. Suhu di sini mencecah 18 darjah celcius.
5. Kundasang Vegetables Farm terdapat di merata-rata tempat. Keadaan geografi yang berbukit-bukau menjadikan pemandangan di sini amat menarik.
6. Kinasaraban Strewberry Garden. Anda boleh melihat sendiri bagaimana strewberry ditanam dan diproses menjadi jem dan minuman.
7. Epal kundasang terdapat di halaman-halaman rumah di sini dan anda akan berpeluang melihat pokok dan buah epal dari dekat.
8. Penginapan dengan landskap yang sangat menarik contohnya Kinabalu Pine Resort, pemenang landskap terbaik Malaysia beberapa kali.
9. Sabah Tea Nalapak dengan kemudahan rekreasi dan tempat makan.
10. Kundasang War Memorial yang mencatatkan peristiwa Death March sewaktu perang dunia kedua.
11. Ladang cendawan dan bunga-bungaan, kaktus gergasi dan pelbagai jenis ros.

Cuti-cuti Malaysia di Kundasang dan Ranau memang amat memuaskan hati dengan peruntukan masa 3 hari. Saya adalah orang tempatan di sini dan bersedia membantu untuk mempermudahkan perjalanan anda. SELAMAT MELANCONG KE KUNDASANG…..

 

12 thoughts on “Melancong di Kundasang

  1. saya org kohor nak melancong di sabah bulan 3 ni. nak tau klu naik teksi dari kk ke kundasang berapa harga?

  2. saya akan stay 2 hari di kundasang bulan depan.boleh bagi no teksi atau sape2 yg boleh bawak kami berjalan2?options yg ade ialah sewa kereta dari kk tapi klu ade org yg boleh bwkkan terus n harga berpatutan,xperlu la susah2 sewa kete dan cari jalan

  3. salam,

    i and family nak g sabah-kundasang julai ni. boleh bagi contact no. and email?

    sempat tak nak pegi kesemua tempat yg disenarai dalam blog ini di kundasang dalam masa 2 hari?

    berapa charge dari KK ke kundasang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *