KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Mac 20th, 2008

Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Posted by ilmu on 20th Mac 2008

KUMPULAN 2
1. RAMBLET HJ. RAZALI ( PKG KUCHING )
2. MOHD. MEERAJ ABDUL RAHMAN ( BTPN SARAWAK)
3. JIMMY NGINDANG ( PTPB LIMBANG )
4. JELIA ROBERT GIOM ( PKG BAU )
5. AWANGKU MOHIDIN PG. KAHAR ( PKG LAWAS )

Abstrak

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan dan menaikkan lagi minat guru dalam penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenal masalah-masalah yang menyebabkan kekurangan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah luar bandar dan cara temubual yang dilakukan ke atas murid untuk mendapat maklumbalas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ISU-ISU

A. Tajuk
Mempertingkatkan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah
luar Bandar, Daeraah Bau.

B. Penyataan masalah:
i. guru kurang menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1.
ii. Guru kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1.

C. Objektif Kajian:

i. mempertingkatkan keberkesanan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah luar Bandar.

ii. mengenalpasti kaedah untuk meningkatkan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

iii. mengenalpasti bahan-bahan pengajaran yang sesuai bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran melalui Radio Pendidikan.

iv. mengenal pasti punca kekurangan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

v. menjalankan latihan untuk guru Bahasa Inggeris yang dikenalpasti tentang penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Tahap 1.

D. Refleksi:

Radio Pendidikan merupakan sesuatu program yang dijalankan sebagai kesinambungan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Tinjauan mengenai program ini pada tahun-tahun lepas mendapati ramai guru di sekolah luar Bandar bukan sahaja kurang menggunakan, malah kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian daripada dapatan ini menyatakan bahawa jadual dan nota guru lewat diterima mengakibatkan kesukaran untuk menyesuaikan dalam jadual waktu persekolahan. Dari dapatan ini juga mendapati pihak pengurusan kurang memberi galakan terhadap penggunaan Radio Pendidikan. Selain itu juga, guru kurang berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam menyampaikan pengajaran mereka dalam memberi arahan dan tugasan menggunakan Radio Pendidikan di dalam kelas.

Masalah-masalah yang dihadapi menjadikan guru kurang berminat dalam menyampaikan isi-isi pengajaran mereka. Untuk itu, langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah ini daripada berpanjangan perlu dilaksanakan agar dapat memupuk dan meningkatkan minat guru-guru menggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

E. Sasaran

Kajian ini dibuat ke atas 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 daripada 5 buah sekolah rendah Luar Bandar, Daerah Bau, Kuching.

F. Fokus Kajian

- Kajian ini hanya memfokuskan sasaran kepada 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 dan 25 orang murid tahap 1 daripada 5 buah sekolah di luar Bandar.

- Tempoh pelaksanaan kajian ialah dari bulan Mac 2008 hingga Jun 2008.

G. Alat /Instrumen kajian

i. Borang soal-selidik

- skala Likert : 1, 2, 3, 4 ( 1 Tidak setuju , …..4 setuju )

Tujuan Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada para guru berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 menggunakan Radio Pendidikan.

ii. Temubual

- dilakukan ke atas murid, bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

I. Lampiran

Lampiran A
BORANG SOAL SELIDIK
Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik guru yang dilampirkan.
Skala:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 Permulaan rancangan Radio Pendidikan menarik perhatian saya 1 2 3 4
2 Rancangan Radio Pendidikan ini penting saya ikuti hingga selesai 1 2 3 4
3 Mutu rancangan Radio Pendidikan telah membantu saya untuk mengikutinya 1 2 3 4
4 Cara persembahan rancangan Radio Pendidikan menggalakkan saya memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4
5 Siaran ulangan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menyebabkan saya berasa bosan 1 2 3 4
6 Pelbagai jenis soalan dan latihan telah membantu saya untuk terus menumpukan perhatian terhadap siaran rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4
7 Teknik persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4
8 Isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ini sukar sehingga susah bagi saya memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4
9 Saya pasti isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ada hubungkait dengan perkara-perkara yang sudah saya ketahui. 1 2 3 4
10 Ada beberapa bahagian dalam rancangan Radio Pendidikan mengandungi terlalu banyak maklumat sehingga sukar bagi saya untuk memilih dan memahami butir-butir yang penting. 1 2 3 4
11 Maklumat-maklumat yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menarik 1 2 3 4
12 Terdapat cerita atau contoh dalam rancangan Radio Pendidikan ini penting . 1 2 3 4
13 ini mendorong saya untuk memahami topik ini 1 2 3 4
14 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan ini ada kaitan dengan minat saya 1 2 3 4
15 Teradapat penjelasan atau contoh mengenai bagaimana seseorang menggunakan pengetahuan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4
16 Persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4
17 Latihan dalam rancangan terlalu sukar 1 2 3 4
18 rancangan Radio Pendidikan mempunyai perkara-perkara yang merangsangkan sikap ingin tahu saya. 1 2 3 4
19 Gaya persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi gambaran bahawa isi kandungannya sangat bermanfaat 1 2 3 4
20 Melalui rancangan Radio Pendidikan ini saya mempelajari sesuatu yang menakjubkan dan diluar jangkaan saya 1 2 3 4
21 Saya tidak memerlukan rancangan Radio Pendidikan ini kerana saya sudahpun tahu hampir semua isi kandungannya 1 2 3 4
22 Saya dapat menghubungkaitkan isi kandungan rancangan Radio Pendidikan dengan perkara yang pernah saya lihat, lakukan atau fikirkan dalam kehidupan saya. 1 2 3 4
23 Terlalu banyak latihan dalam rancangan Radio Pendidikan sehingga ia kurang menyenangkan. 1 2 3 4
24 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan berguna kepada saya kelak 1 2 3 4
25 Sebenarnya saya tidak memahami sebahagian maklumat yang disampaikan dalam rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4
26 Apabila saya menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya rasa pelajaran ini mudah 1 2 3 4
27 Isi kandungan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini lebih sukar difahami daripada yang saya jangkakan. 1 2 3 4
28 Selepas mengikuti bahagian pengenalan, saya berasa yakin bahawa saya tahu apa yang akan saya pelajari daripada rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4
29 Sejurus selepas menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya yakin bahawa saya boleh lulus ujian tentangnya. 1 2 3 4
30 Persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membantu dan menambahkan keyakinan saya mempelajari pelajaran seterusnya. 1 2 3 4
31 Kejayaan saya menjawab soalan-soalan latihan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi saya satu kepuasan 1 2 3 4
32 Saya berasa seronok kerana telah menamatkan pelajaran dengan jayanya 1 2 3 4
33 Saya amat menyukai rancangan Radio Pendidikan sehingga saya ingin tahu dengan lebih mendalam topik ini 1 2 3 4
34 Saya berbangga dapat belajar melalui rancangan Radio Pendidikan ini yang telah diterbitkan dengan baik 1 2 3 4
35 Saya telah mendapat faedah yang setimpal dengan usaha saya mengikuti rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4
36 Saya berasa seronok menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4

Lampiran B

T E M U BUAL
Soalan-Soalan Untuk Guru:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah?
Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda?
Soalan 3 Berapa kali anda mengikutinya dalam sebulan??
Soalan 4 Bila anda menggunakan Radio Pendidikan?
Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pengajaran yang disampaikan?

Soalan-Soalan Untuk Murid:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah?
Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda?
Soalan 3 Berapa kali anda dibawa mengikutinya?
Soalan 4 Siapa yang selalu membawa anda mengikuti Radio Pendidikan?
Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pemahaman anda dalam pengajaran yang disampaikan?

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | No Comments »

Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Posted by ilmu on 20th Mac 2008

Kajian Tindakan Zon Sarawak
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Harbour View Hotel, Kuching_3 – 6 Julai 2007

KUMPULAN 4
1. SENIN RAMPING (BTPB SARIKEI)
2. ROMAYNE BONIFACE NUGI (PKG LUBOK ANTU)
3. MOHD.SAFWAN (PKG BINTULU)
4. MOHD. HATTAR ABET (PKG SIBU)

ISU

1. Menggunakan Pusat Sumber Sekolah untuk menambahkan keberkesanan proses P&P
di kalangan guru dan pelajar.
Tajuk
1. Keberkesanan penggunaan PSS dalam membantu meningkatkan proses P&P di
kalangan guru dan pelajar.
2. Keberkesanaan penggunaan PSS dalam membantu meningkatkan tahap pembacaan
pelajar Tahap 1 dan 2.

Persoalan Masalah
1. Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam meningkatkan proses p&p
di kalangan guru denan pelajar.
2. Guru tidak menggunakan bahan rujukan di pss sepenuhnya untuk meningkatkan proses
p&p
3. Kurangnya promosi bahan-bahan rujukan di kalangan guru kepada pelajar.

Objektif Kajian:-
1. Mengenalpasti punca utama Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya oleh
pihak guru dan pelajar.
2. Mengenalpasti kaedah yng sesuai untuk mempertingkatkan penggunaan pusat sumber
sekolah di kalangan guru dan pelajar.
3. Mengenalpasti bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah untuk rujukan pihak guru
dan pelajar .
4. Mengenalipasti bahan-bahan rujukan yang ada dan cara promosi bahan-bahan rujukan
di Pusat Sumber Sekolah digunakan sepenuhnya oleh para guru dan pelajar.

Senario
Sebahagian besar para guru menganggap Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah bilik penyimpan bahan pembelajaran-pengajaran sekolah tanpa mengetahui kepentingan dan cara menggunakan bahan-bahan tersebut dengan maksimum dan kreatif.

Refleksi
Pada umumnya, kebanyakkan Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam membantu guru untuk meningkatkan pencapaian akademik semasa proses P&P pelajar. Ada juga Pusat Sumber Sekolah tidak diurus dengan sempurna sehingga gagal menarik minat guru dan pelajar ke Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan maklumat dan bahan rujukan.

Keadaan fizikal bilik dan bangunan Pusat Sumber Sekolah yang telah uzur juga membuat guru dan pelajar kurang berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Di tambah
pula, bahan rujukan yang ada merupakan bahan yang telah ketinggalan zaman serta bilangan yang ada dalam jumlah yang sedikit.
Lantaran itu, langkah awal pihak sekolah adalah dengan menggalakkan guru Pusat Sumber Sekolah menceriakan suasana serta mengemaskini agar keadaannya lebih selesa dan menarik

Kumpulan Sasaran
Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah.
Manakala 5 orang guru termasuk 10 pelajar Tahun 2 dan 10 pelajar Tahun 4. Staf sokongan seramai 2 orang juga dilibatkan sama untuk melihat bagaimana mereka dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

Alat / Instrumen Kajian

1. Borang Soal-Selidik
1.1 Skala Likert:1,2,3,4 – ( 1 sangat tidak setuju …… 4 sangat setuju )
1.2 Jenis Thurston: Ya / Tidak
2. Temubual
3. Pemerhatian

Penghargaan
Pihak kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih kami atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutama sekali kepada pihak Guru Besar, Penolong Kanan, guru dan pelajar serta staf sokongan sepanjang kajian tindakan ini dibuat.

Contoh Alat / Instrumen Kajian

Soal selidik Jenis Thurston

Untuk Guru

Sila _/ pada ruang berkenaan

Bil. Soalan Ya Tidak
1 Adakah anda menggunakan Pusat Sumber Sekolah
2 Adakah anda menggunakan bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah
3 Adalah anda menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber sekolah untuk membantu dalam proses pengajaran-pembelajaran.
4 Bolehkah penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang berkesan mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
5 Adakah bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah mencukupi untuk rujukan.

Untuk Murid

Bil. Soalan Ya Tidak
1 Adakah anda suka ke Pusat Sumber Sekolah?
2 Adakah anda suka membaca buku0buku di Pusat Sumber Sekolah
3 Adakah anda ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari buku-buku rujukan latihan yang diberikan oleh guru?
4 Adakah buku-buku di Pusat Sumber Sekolah menarik untuk dibaca?
5 Adakah anda suka ke Pusat Sumber Sekolah semasa waktu lapang untuk membuat rujukan dan membaca?

Borang Soal Selidik
Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik murid yang dilampirkan.
Skala:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 Pusat Sumber Sekolah memberi banyak manafaat kalau digunakan dengan berkesan. 1 2 3 4
2 Pusat Sumber Sekolah harus digunakan untuk perbincangan dan bengkel dengan guru lain berkenaan dengan aktiviti PnP 1 2 3 4

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan, Program Kajian Tindakan | 2 Comments »

Contoh Laporan Kajian Tindakan (2)

Posted by ilmu on 20th Mac 2008

Meningkatkan Penggunaan Perpustakaan PKG Ranau

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengukur sejauhmana kekerapan penggunaan perpustakaan di PKG Bandar Pontian. Kajian ini dilakukan ke atas 10 orang guru setiap sekolah ahli PKG Pontian. Proses Kajian ini dijalankan sepanjang bulan Julai mulai 3 Julai 2007 dengan mengambil kira penilaian daripada soal selidik serta pemprosesan data-data analisis.

1. Pengenalan
1.1. Latar Belakang Kajian
PKG Bandar Pontian menggunakan bekas bangunan PPD Pontian yang terletak di No 1032, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor. PKG Bandar Pontian mempunyai seramai 3 orang staf dan ahli seramai 27 sekolah. PKG ini merupakan salah sebuah PKG yang menumpang bangunan PPD Pontian, yang mana ruang perpustakaannya amat sempit dan terhad. Koleksi bahan(buku) amat berkurangan dan kebanyakannya adalah koleksi lama.

1.2. Refleksi Masalah/Penyataan Masalah
Berdasarkan hasil dapatan dari rekod penggunaan di perpustakaan ini dan soal selidik serta temu bual yan dijalankan didapati :
1. Guru kurang berminat menggunakan perpustakaan PKG Pontian sebagai tempat rujukan
2. Bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian yang kurang dan ketinggalan zaman
3. Kemudahan dan keselesaan bilik perpustakaan PKG Pontian yang kurang memuaskan dari segi kelengkapan penghawa dingin, meja kerusi dan sebagainya
4. Kurang kesedaran dari kalangan guru-guru sekolah ahli tentang kewujudan perpustakaan PKG Bandar Pontian
5. Promosi yang kurang dari kalangan warga pegawai teknologi pendidikan PKG Pontian sendiri tentang keberkesanan dalam menggunakan perpustakaan PKG Pontian
6. Kemudahan pinjaman dan sistem pencarian i-katalog yang masih lemah menjadikan perpustakan PKG Pontian kurang memberi minat kepada guru-guru sekolah ahli PKG Pontian

2. Objektif Kajian
2.1. Objektif Am
Menjadikan perpustakaan PKG Pontian salah sebuah perpustakaan yang diguna pakai sebagai rujukan oleh semua guru-guru sekolah ahli sebagai contoh di peringkat daerah

2.3. Objektif Khusus
1. Meningkatkan minat guru untuk mendapatkan rujukan di perpustakaan PKG Pontian
2. Melengkapkan bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian dengan bahan rujukan terkini
3. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur perpustakaan PKG Pontian
4. Mengubah perpepsi di kalangan guru sekolah ahli tentang kelebihan dan keberkesanan perpustakaan PKG Pontian
5. Mempromosikan perpustakaan PKG Pontian sebagai pusat rujukan kepada guru-guru ahli PKG Pontian
6. Membantu guru sekolah ahli mendapatkan bahan rujukan yang lebih efektif
Bagi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pontian, mengharapkan penggunaan perpustakaan PKG Pontian lebih menarik, menyeronokkan dan lebih berkesan. Sekaligus meningkatkan motivasi yang tinggi untuk menjadikan perpustakaan PKG Pontian sebagai pusat rujukan berpusat.

3. Fokus Kajian
3.1. Rekabentuk Kajian
Ini adalah satu kajian kes yang dilakukan untuk menarik minat guru-guru ahli PKG Bandar Pontian menggunakan perpustakaan semaksimum mungkin di PKG Bandar Pontian. Teknik yang digunakan untuk mengumpul data melalui temubual, soal selidik dan rekod penggunaan perpustakaan PKG.

3.2. Persampelan
10 orang guru dari setiap sekolah ahli PKG Bandar Pontian dijadikan sebagai sampel kajian.

4. Instrumen Kajian
4.1. Temubual Bersemuka
10 orang dari setiap sekolah ahli PKG Bandar Pontian telah ditemubual secara mendalam berdasarkan soalan yang berkaitan dengan pengunaan perputakaan di PKG Banar Pontian. Temubual ini dijalankan secara informal untuk mendapatkan hasil yang sahih.

4.2. Soal Selidik
Soal selidik dilakukan kepada guru-guru mengikut skala likert.(Rujuk Lampiran).

4.3. Rekod Pengunaan dan Pinjaman
Berdasarkan kepada analisa yang dibuat kepada rekod penggunaan dan pinjaman, kami mendapati perpustakaan PKG Bandar Pontian kurang mendapat sambutan.

5. Analisa Data Kajian
5.1. Berdasarkan maklumat yang dikumpul guru-guru kurang mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan dan maklumat, untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
5.2. Hasil temubual yang diadakan secara informal didapati guru-guru tidak mengetahui fungsi sebenar PKG dan mempunyai perpustakaan yang boleh mereka gunakan untuk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa.
5.3. Koleksi yang terdapat di perpustakan PKG adalah dari terbitan lama dan kurang sesuai dengan keperluan masa kini.
5.4. Wujudnya pusat rujukan seperti perpustakaan desa dan siber cafe yang selesa dan memudahkan mereka mencari maklumat yang terkini.

6. Perlaksanaan Tindakan
6.1. Mempromosikan perpustakaan PKG sebagai pusat rujukkan untuk warga pendidik membuat rujukan.
6.2. Menambahbaikan perkidmatan perpustakan untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung.
6.3. Mempelbagai dan memperbanyakkan bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini untuk memenuhi keperluan semasa.
6.4. Memudahkan urusan peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan PKG.
6.5. Mewujudkan pencarian maklumat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan agensi-agensi yang berkaitan.

7. Refleksi Tindakan
Rumusan yang boleh dibuat oleh penyelidik :
7.1. Kajian yang dilaksanaan dapat menarik minat guru-guru ke perpustakaan PKG untuk mendapatkan bahan rujukan
7.2. Dengan memperbagaikan bahan-bahan bacaan yang terkini dan lebih memfokuskan ke bidang pendidikan, guru-guru lebih tertarik ke perpustakaan dan tidak perlu ke tempat lain.
7.3. Peminjaman dan pemulangan buku yang dipermudahkan dapat meningkatkan jumlah peminjan di perpustakaan PKG.
7.4. Guru-guru lebih berminat dengan pencarian maklumat secara “online” dengan lebih cepat dan mudah.

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK JENIS LIKERT

Arahan : Bulatkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik yang dilampirkan

Skala :
1 – Sangat tidak setuju 2 -Tidak setuju 3 – Setuju 4 – Sangat setuju

BIL ITEM PENILAIAN
1 Perpustakaan PKG Pontian memudahkan anda mencari bahan 1 2 3 4
2 Bahan rujukan di perpustakaan PKG Pontian sesuai digunakan oleh guru-guru 1 2 3 4
3 Masa dari jam 8 pagi hingga 5 petang merupakan masa yang sesuai perpustakaan PKG Pontian dikunjungi oleh guru-guru 1 2 3 4
4 Perkhidmatan perpustakaan PKG Pontian amat selesa digunakan 1 2 3 4
5 Bahan – bahan di perpustakaan PKG Pontian amat mencukupi dan berguna 1 2 3 4
6 Bahan – bahan dan rujukan yang dicari mudah dijumpai 1 2 3 4
7 Perpustakaan di PKG Pontian sangat terkenal di Daerah Pontian 1 2 3 4

Lampiran
Contoh Soalan Untuk Guru.

1. Berapa kerapkah anda mengunjungi perpustakaan?
2. Adakah anda mengetahui PKG mempunyai perpustakaan?
3. Di manakah PKG Bandar Pontian?
4. Apakah tujuan anda mengunjungi perpustakaan?
5. Sudah berapa lamakah anda mengenali PKG Bandar Pontian?
6. Biasanya anda mencari bahan rujukan di perpustakaan mana?
7. Apakah jenis bahan rujukan yang anda cari sebelum ini?
8. Siapakah Pegawai Teknologi Pendidikan yang anda kenal di PKG Bandar Pontian?
9. Berapa lamakah masa yang diperlukan semasa anda di perpustakaan untuk mencari bahan rujukan?
10. Biasanya anda merujuk bahan dari perpustakaan dengan meminjam bahan tersebut atau sekadar membaca di perputakaan sahaja?

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Contoh Laporan Kajian Tindakan (1)

Posted by ilmu on 20th Mac 2008

MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PEMULIHAN KHAS DI 10 BUAH SEKOLAH DI DAERAH PONTIAN.

Abstrak

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan dan menaikkan lagi minat guru dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenal masalah-masalah yang menyebabkan kekurangan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan cara temubual yang dilakukan ke atas murid untuk mendapat maklumbalas berkaitan pengajaran guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah dikenal pasti. Antaranya:
• memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI);
• meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar;
• membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat;
• menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia;
• menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan; dan
• meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

“Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara”
YAB Dato’ Seri Abdullah
Ahmad Badawi, 2006
(Ucapan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010)

Berasaskan ucap usul di atas ia memberi impak sepenuhnya terhadap kesedaran membudayakan ledakan teknologi sejajar dengan landasan Falasafah Pendidikan Kebangsaan agar semua guru dan semua murid diberikan hak yang sama rata dalam Aspirasi Pendidikan Negara agar generasi mendatang akan menjamin kecemerlangan sekaligus membuka mata dunia terhadap kualiti dan mutu Pendidikan Malaysia GAH di persada antarabangsa .

“Berdiri sama tinggi , Duduk …Malaysia tetap Tinggi “

1. PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Kelas Pemulihan Khas merupakan sesuatu program yang dijalankan sebagai kesinambungan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M ( menulis, membaca dan mengira ).

1.2 Refleksi Masalah

Tinjauan mengenai program ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan guru yang lain mendapati ramai guru di sekolah bukan sahaja kurang menggunakan, malah tidak tahu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari dapatan ini juga mendapati pihak pentadbir sekolah kurang memberi galakan terhadap penggunaan ICT. Selain itu, guru juga kurang berkeyakinan untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran mereka.

Masalah-masalah yang dihadapi menjadikan guru kurang berminat dalam menyampaikan isi-isi pengajaran mereka. Untuk itu, langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah ini daripada berpanjangan perlu dilaksanakan agar dapat memupuk dan meningkatkan minat guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif Am

i. membantu guru-guru pemulihan menguasai sekurang-kurangnya peringkat asas pengetahuan ICT.

2.2 Objektif Khusus

i. mempertingkatkan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan di sekolah.

ii. mengenalpasti kaedah untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran guru pemulihan dalam bidang ICT.

iii. mengenalpasti bahan-bahan pengajaran yang sesuai bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. mengenal pasti punca kekurangan minat guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

v. menjalankan latihan untuk Guru Pemulihan Khas.

3. SOROTAN KAJIAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas pada peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan, dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan. Namun demikian, guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pengolahan teknopen dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, dan berfikir.

4. FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan sasaran kepada 10 orang guru dan murid-murid yang terlibat dengan pemulihan khas. Kajian literatur bersama –sama borang soal selidik menggunakan skala likert diguna pakai bagi mengambarkan secara jelasan fonemena penggunaan ICT di kalangan guru-guru pemulihan khas.Teknik pengumpulan data murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran melalui temubual bersemuka dengan berpandukan instrumen yang tersedia.

4.2 PERSAMPELAN

10 orang guru dan murid-murid pemulihan khas dijadikan sampel.”PURPOSIVE RANDOM SAMPLE “ terhadap sekolah-sekolah yang terpilih.

5. INSTRUMEN KAJIAN

5.1 Borang Soalselidik

skala Likert : 1, 2, 3, 4 ( 1 Tidak setuju , …..4 setuju )

Tujuan Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada para guru berkaitan.

5.2 Temubual Bersemuka

Dilaksanakan ke atas murid, bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan pengajaran guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

6. ANALISIS DATA KAJIAN

6.1 Pentadbir kurang komited terhadap penyediaan peralatan dan perkakasan ICT berkaitan dengan pemulihan khas

6.2 Guru-guru pemulihan khas kebanyakkannya kurang mendapat pendedahan asas penggunaan ICT.

6.3 Kurangnya bahan-bahan pengajaran dalam bentuk teknopen.

6.4 Proses pengajaran dan pembelajaran hanya menggunakan kaedah sehala.(chalk and talk)

6.5 Murid mudah jemu terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah lama.

7. PELAKSANAAN TINDAKAN

7.1 Penggunaan CDRI “KACEM”

Fungsi “KACEM” telah menarik minat guru-guru dan murid – murid sekaligus memberikan impak yang sangat baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh :

a. Murid mengeja dan membaca perkataan berkonsepkan karaoke yang mempunyai ‘diftong’
• hairan, sungai
• kalau
• tampoi
- vokal berganding
• saat
• baik, dia, air
• daun
- konsonan bergabung
• bunga
• nyamuk
• syampu

7.2 Perisian MS Power Point

8. REFLEKSI TINDAKAN

Kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas sebenarnya guru-guru dan murid amat berminat terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Ia amat mudah dan releven serta bersesuaian dengan era Pendidikan masa kini.

Akhirnya usaha pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan Kebangsaan diguna pakai secara sepenuhnya dan guru-guru tidak lagi bergantung kepada bahan-bahan konvesional yang masih menggunakan kaedah ‘chalk and talk’

Diharapkan kajian ini membuka mata semua pihak sama ada pihak jabatan, pejabat pelajaran daerah juga pentadbir sekolah agar insan yang akan dilahirkan kelak celik ICT selaras dengan ledakan era globalisasi .

RUJUKAN

AL.Ramaiah.1999. Kepimpinan Pendidikan:Cabaran masa kini.Selangor:IBS Buku Sdn.Bhd.

Kamus Dewan.1996.Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Pusat Perkembangan Kurikulum.2002.Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas:Kementerian Pelajaran Malaysia

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah.2005. Jurnal.Kota Kinabalu :Bahagian Teknologi Pendidikan.

Temubual dengan Guru Pemulihan Khas , 10/8/2007

Temubual dengan Murid Pemulihan Khas , 20/8/2007

Lampiran 1: Borang Kaji Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik murid yang dilampirkan.
Skala:
1 = 1 markah
2 = 2 markah
3 = 3 markah
4 = 4 markah
BIL ITEM NILAIAN
1 Pendapat anda tentang penggunaan ICT di sekolah? 1 2 3 4
2 ICT perlu di sekolah anda? 1 2 3 4
3 Kemahiran ICT saya 1 2 3 4
4 Mudah tak menggunakan ICT 1 2 3 4
5 Pernah kah anda menggunakan ICT dalam Proses Pengajaran 1 2 3 4
6 Pernah kah anda mengikuti kursus ICT 1 2 3 4
7 Tahukah anda apakah itu CDRI? 1 2 3 4
8 Seronok tak mengajar menggunakan ICT 1 2 3 4
9 Adakah penggunaan ICT memudahkan P&P anda 1 2 3 4
10 Adakah ICT memberi kesan yang baik 1 2 3 4
11 Adakah pihak pentadbir sekolah menggalakkan penggunaan ICT dalam P&P anda 1 2 3 4
12 Anda mempunyai bilik darjah yang sesuai 1 2 3 4
13 Adakah peruntukan digunakan untuk pembelian peralatan ICT 1 2 3 4
14 Pernahkah murid anda membuat bising semasa anda mengajar 1 2 3 4
15 Adakah murid anda bertambah maju dari masa ke semasa 1 2 3 4

Lampiran 2: Instrumen Temuramah

T E M U R A M A H

Soalan-Soalan Untuk Murid:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang pengajaran guru di kelas ini?
Soalan 2 Adakah guru menggunakan ICT di kelas anda?
Soalan 3 Berapa kali anda dibawa mengikutinya?
Soalan 4 Seronok ke anda belajar dengan ICT?
Soalan 5 Bagaimana penerimaan anda terhadap pengajaran yang disampaikan menggunakan ICT?

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »