Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

KUMPULAN 2
1. RAMBLET HJ. RAZALI ( PKG KUCHING )
2. MOHD. MEERAJ ABDUL RAHMAN ( BTPN SARAWAK)
3. JIMMY NGINDANG ( PTPB LIMBANG )
4. JELIA ROBERT GIOM ( PKG BAU )
5. AWANGKU MOHIDIN PG. KAHAR ( PKG LAWAS )

Abstrak

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan dan menaikkan lagi minat guru dalam penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenal masalah-masalah yang menyebabkan kekurangan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah luar bandar dan cara temubual yang dilakukan ke atas murid untuk mendapat maklumbalas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ISU-ISU

A. Tajuk
Mempertingkatkan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah
luar Bandar, Daeraah Bau.

B. Penyataan masalah:
i. guru kurang menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1.
ii. Guru kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1.

C. Objektif Kajian:

i. mempertingkatkan keberkesanan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah luar Bandar.

ii. mengenalpasti kaedah untuk meningkatkan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

iii. mengenalpasti bahan-bahan pengajaran yang sesuai bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran melalui Radio Pendidikan.

iv. mengenal pasti punca kekurangan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

v. menjalankan latihan untuk guru Bahasa Inggeris yang dikenalpasti tentang penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Tahap 1.

D. Refleksi:

Radio Pendidikan merupakan sesuatu program yang dijalankan sebagai kesinambungan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Tinjauan mengenai program ini pada tahun-tahun lepas mendapati ramai guru di sekolah luar Bandar bukan sahaja kurang menggunakan, malah kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian daripada dapatan ini menyatakan bahawa jadual dan nota guru lewat diterima mengakibatkan kesukaran untuk menyesuaikan dalam jadual waktu persekolahan. Dari dapatan ini juga mendapati pihak pengurusan kurang memberi galakan terhadap penggunaan Radio Pendidikan. Selain itu juga, guru kurang berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam menyampaikan pengajaran mereka dalam memberi arahan dan tugasan menggunakan Radio Pendidikan di dalam kelas.

Masalah-masalah yang dihadapi menjadikan guru kurang berminat dalam menyampaikan isi-isi pengajaran mereka. Untuk itu, langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah ini daripada berpanjangan perlu dilaksanakan agar dapat memupuk dan meningkatkan minat guru-guru menggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

E. Sasaran

Kajian ini dibuat ke atas 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 daripada 5 buah sekolah rendah Luar Bandar, Daerah Bau, Kuching.

F. Fokus Kajian

– Kajian ini hanya memfokuskan sasaran kepada 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 dan 25 orang murid tahap 1 daripada 5 buah sekolah di luar Bandar.

– Tempoh pelaksanaan kajian ialah dari bulan Mac 2008 hingga Jun 2008.

G. Alat /Instrumen kajian

i. Borang soal-selidik

– skala Likert : 1, 2, 3, 4 ( 1 Tidak setuju , …..4 setuju )

Tujuan Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada para guru berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 menggunakan Radio Pendidikan.

ii. Temubual

– dilakukan ke atas murid, bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

I. Lampiran

Lampiran A
BORANG SOAL SELIDIK
Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik guru yang dilampirkan.
Skala:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 Permulaan rancangan Radio Pendidikan menarik perhatian saya 1 2 3 4
2 Rancangan Radio Pendidikan ini penting saya ikuti hingga selesai 1 2 3 4
3 Mutu rancangan Radio Pendidikan telah membantu saya untuk mengikutinya 1 2 3 4
4 Cara persembahan rancangan Radio Pendidikan menggalakkan saya memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4
5 Siaran ulangan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menyebabkan saya berasa bosan 1 2 3 4
6 Pelbagai jenis soalan dan latihan telah membantu saya untuk terus menumpukan perhatian terhadap siaran rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4
7 Teknik persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4
8 Isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ini sukar sehingga susah bagi saya memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4
9 Saya pasti isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ada hubungkait dengan perkara-perkara yang sudah saya ketahui. 1 2 3 4
10 Ada beberapa bahagian dalam rancangan Radio Pendidikan mengandungi terlalu banyak maklumat sehingga sukar bagi saya untuk memilih dan memahami butir-butir yang penting. 1 2 3 4
11 Maklumat-maklumat yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menarik 1 2 3 4
12 Terdapat cerita atau contoh dalam rancangan Radio Pendidikan ini penting . 1 2 3 4
13 ini mendorong saya untuk memahami topik ini 1 2 3 4
14 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan ini ada kaitan dengan minat saya 1 2 3 4
15 Teradapat penjelasan atau contoh mengenai bagaimana seseorang menggunakan pengetahuan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4
16 Persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4
17 Latihan dalam rancangan terlalu sukar 1 2 3 4
18 rancangan Radio Pendidikan mempunyai perkara-perkara yang merangsangkan sikap ingin tahu saya. 1 2 3 4
19 Gaya persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi gambaran bahawa isi kandungannya sangat bermanfaat 1 2 3 4
20 Melalui rancangan Radio Pendidikan ini saya mempelajari sesuatu yang menakjubkan dan diluar jangkaan saya 1 2 3 4
21 Saya tidak memerlukan rancangan Radio Pendidikan ini kerana saya sudahpun tahu hampir semua isi kandungannya 1 2 3 4
22 Saya dapat menghubungkaitkan isi kandungan rancangan Radio Pendidikan dengan perkara yang pernah saya lihat, lakukan atau fikirkan dalam kehidupan saya. 1 2 3 4
23 Terlalu banyak latihan dalam rancangan Radio Pendidikan sehingga ia kurang menyenangkan. 1 2 3 4
24 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan berguna kepada saya kelak 1 2 3 4
25 Sebenarnya saya tidak memahami sebahagian maklumat yang disampaikan dalam rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4
26 Apabila saya menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya rasa pelajaran ini mudah 1 2 3 4
27 Isi kandungan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini lebih sukar difahami daripada yang saya jangkakan. 1 2 3 4
28 Selepas mengikuti bahagian pengenalan, saya berasa yakin bahawa saya tahu apa yang akan saya pelajari daripada rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4
29 Sejurus selepas menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya yakin bahawa saya boleh lulus ujian tentangnya. 1 2 3 4
30 Persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membantu dan menambahkan keyakinan saya mempelajari pelajaran seterusnya. 1 2 3 4
31 Kejayaan saya menjawab soalan-soalan latihan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi saya satu kepuasan 1 2 3 4
32 Saya berasa seronok kerana telah menamatkan pelajaran dengan jayanya 1 2 3 4
33 Saya amat menyukai rancangan Radio Pendidikan sehingga saya ingin tahu dengan lebih mendalam topik ini 1 2 3 4
34 Saya berbangga dapat belajar melalui rancangan Radio Pendidikan ini yang telah diterbitkan dengan baik 1 2 3 4
35 Saya telah mendapat faedah yang setimpal dengan usaha saya mengikuti rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4
36 Saya berasa seronok menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4

Lampiran B

T E M U BUAL
Soalan-Soalan Untuk Guru:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah?
Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda?
Soalan 3 Berapa kali anda mengikutinya dalam sebulan??
Soalan 4 Bila anda menggunakan Radio Pendidikan?
Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pengajaran yang disampaikan?

Soalan-Soalan Untuk Murid:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah?
Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda?
Soalan 3 Berapa kali anda dibawa mengikutinya?
Soalan 4 Siapa yang selalu membawa anda mengikuti Radio Pendidikan?
Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pemahaman anda dalam pengajaran yang disampaikan?

3 thoughts on “Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *