KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Mac 25th, 2008

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Kiriman Oleh : Siti, Agro, Kluang Johor Darul Takzim

barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :”mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat”.firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka”

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah “mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia
mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang
rusuk.”
rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu

barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular
serta kala jengking
“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun
pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah
balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari
mulut
“mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
datang dari sumber yg halal.

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
ketenteraman padang mahsyar “mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari
badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah &
kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
neraka. sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”

barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya

barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak &
dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga
ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan
purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt.”

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil

berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk – numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada
manusia

WALLAHU A’LAM…

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Rahsia ZIKIR Kepada Allah SWT

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Pengirim: “Abdul Jamil Lam”
Izinkan saya membicarakan Bab Rahsia Zikir…….

 – Rahsia Zikir – 

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.

FirmanNya…….

“Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat.”
Al-A’laa 14-15

Bila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dikatakan keberuntungan itu? Cuma satu menjadi masalah bila mengetahui keberuntungan itu, kadang-kadang manusia dengan tiba-tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. Apakah janji itu hanya sebagai pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati Allah?

Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).

Firman Allah Ta’ala…….

“Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya.”

Al-A’raaf 29

Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah. Seperti yang telah diterangkan dalam bab-bab terdahulu, keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Antara firmanNya…….

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”

dan lagi…….

“Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu.”

Al-Baqarah 152

Bagaimanapun dalam bab ini kita tidak bercadang untuk menceritakan perihal keberuntungan itu lagi, tetapi dikhususkan untuk mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat dari zikir, di mana rahsia ini semua menjadi idaman dan impian semua manusia.

Kita sudah tahu apakah kesan-kesan yang diperolehi oleh syariat jika kita mengingati Allah (berzikir)? Sekurang-kurangnya ada lapan keistimewaan yang diperolehi oleh ahli zikir. Perkara ini kita sudah bincangkan dalam bab “Keistimewaan Orang Berzikir”.

Di sini akan diterangkan mengenai “hakikat” rahsia ataupun rahsia peribadi yang diperolehi oleh seseorang yang berzikir itu. Lebih tepat lagi rahsia-rahsia kerohanian dan juga pembukaan “Sungai Ladunni” oleh seseorang yang telah sampai pada makam zikir yang sebenarnya.

Dalam bab yang lalu kita telah sama-sama mengetahui serta mempelajari bagaimana zikir itu berperanan menyucikan diri seseorang itu. Dengan pengalaman itu dapat kita mengerti bahawa natijah sesuatu zikir itu bukan setakat untuk mengawal syariat manusia itu agar betul dan bergerak di atas paksi Tauhid kepada Allah semata-mata. Tetapi ia juga bertujuan untuk mempastikan kita agar sentiasa mengingati dan berikhtiar untuk melekatkan diri kita dengan sifat-sifat yang ada kepada Allah.

Tetapi peranan zikir lebih jauh daripada itu. Ia juga merupakan penawar untuk mengubat batin, membersih batin, menyuci batin, menggemuk batin dan paling penting membuka “Nur Qalbi” serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung/bergayut di hujung jantung, yang dinamakan “Istana Iblis” itu. Itu yang lebih penting. Kuasa yang ada kepada zikir ia boleh menerangi seluruh hati kita dengan Cahaya Allah (Nurrullah). Ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan “Piala” zikir.

Apabila seluruh batin kita sudah diselimuti oleh zikirilah, maka seluruh batin kita akan cerah dan dapat berfungsi dengan baik seperti malam hari diterangi oleh bulan purnama. Orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (Basirun), telinga batin (Sami’un) dan sebagainya lagi.

Apabila hati sudah disuluhi dan diterangi oleh cahaya Allah, maka batinnya akan berfungsi dan di kala inilah diri kita dapat mema’rifatkan kepada Allah. Proses pemancaran (wujud) cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa keatas bulan dan memancarkan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut dan romantik ke bumi.

Apabila sampai ke tahap atau makam ini maka seseorang ahli zikir itu dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh anggota zahir. Misalnya apa yang tidak dapat diketahui oleh mata, dapat ditangkap oleh mata batinnya. Sesuatu yang tidak dapat didengar oleh telinga zahir tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya.

Keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak-geri alam, haiwan, serangga dan juga deseran dedaun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadang-kala bercakap-cakap sendiri (padahal dia bercakap dengan isi alam)!

Matanya dapat melihat pada waktu malam atau di kala alam gelap-gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun dia berada di alam tidur. Dia juga dapat maklumat tepat mengenai apa- apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari, seperti tarikh kematian dirinya. Pendeknya segala rahsia Allah yang tidak dapat disingkap oleh anggota batin dapat diketahui oleh diri batin.

Keistimewaan ahli zikir yang sampai ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, dia juga dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan-penderitaan zahir yang lain. Tubuh mereka menjadi “kebal” daripada rasa sakit dan pedih. Zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. Kerana itulah kita selalu mendengar para Wali Allah itu adakalanya tidak makan bertahun-tahun dan tidak sakit bertahun-tahun. Sesetengahnya pula sangat merindui kepada kesakitan dan mahu kepada kematian.

Seseorang Wali Allah yang telah sampai ke peringkat zikir yang memecahkan rahsia itu boleh hidup untuk beribu tahun tanpa makan dan minum. Kisah ataupun hakikat ini bukan dongengan atau merupakan satu “kempen” untuk mendorong kita memiliki ilmu zikir ini, tetapi merupakan satu kenyataan yang disurat-lipatkan dalam Al-Quran.

Mungkin anda pernah mendengar kisah “Pemuda Ashabul Khafi” di dalam Al-Quran, di mana tujuh orang pemuda yang semuanya anak raja tidur selama 309 tahun kerana beramal kepada Allah. Mereka adalah Wali Allah, yang merupakan ahli zikir kelas satu (first-class).

Kalau diukurkan kepada logik, mustahil seorang manusia itu dapat tidur selama beratus tahun tanpa makan dan minum, tentu mereka akan mati. Menurut pendapat pakar perubatan moden (medical specialist), manusia hanya dapat bertahan selama lapan hari sahaja tanpa makan dan minum, selepas itu dia akan mati kebuluran.

Tetapi tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi” itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.

Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita, bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir itu boleh mengenyangkan kita. Ia boleh melapangkan dada kita. Caranya bila kita asyik dan “zauq” (Mabuk Ketuhanan), kita hanya akan ingatkan Tuhan sahaja, tanpa yang lain, termasuk melupai penderitaan zahir seperti lapar, haus, sakit, takut atau bimbang kepada sesama makhluk.

Lagi pun bila kita sudah tidak putus-putus mengingatkanNya maka Dia juga begitu. Jadi bila Dia sudah ingatkan kita tak hairanlah dengan segala perilaku salah adat itu, seperti tak makan, tak mengantuk, tak lapar dan sebagainya adalah perkara “kacang” sahaja.

FirmanNya……

“Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau.”

“Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap.”

Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai “Zikir Ma’rifat”. Nabi Ibrahim a.s. walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. Apa menyebabkan Baginda kebal ialah tak lain dan tak bukan kerana dia berzikir (ingat) kepada Allah.

Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat, jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana dia sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.

Demikianlah hikmah dan juga rahsia zikir terlalu besar sekali ia boleh menjadikan seseorang itu dikatakan karamah dan punya kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang ramai. Terpulanglah kepada kita apakah kita ingin ataupun tidak memiliki segala rahsia itu, tepuk dada tanya selera. Walau bagaimanapun suka diingatkan, dalam hal ini jangan pula kerana mengetahui akan rahsia-rahsia itu maka kita berzikir semata-mata mengharapkan segala kekeramatan itu. Niat begitu sudah salah. Dan yakinlah kalau kita buat dengan memasang niat begitu segala apa yang kita hajati tidak menjadi. Konsep dalam beramal itu tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa-apa ganjaran.

Lagi pun berzikir dengan mengharapkan sesuatu, jelas amalan itu sudah tidak ikhlas lagi. Amal yang tidak ikhlas tahu sendirilah natijahnya, ia seperti berusaha untuk memerangkap angin dalam bekas yang berlubang. Sia-sia sahaja.

Sebaliknya berzikirlah sebagai satu tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk “Kamil-mukamil” denganNya.

“Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya.”

Wallah hu ta’ala a’lam…….

Wassalam.

Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Posted in Bicara Agama | No Comments »

AKHLAK RASULULLAH SAW

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Kiriman Oleh: Noor Azlinda Bt. Abd. Hamid, YTL Kuala Lumpur, Malaysia.
Kehidupan berkeluarga Rasulullah contoh terbaik
SATU aspek sangat baik dicontohi daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan.

Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan.

Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas pernah mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.

Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata.
Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.
Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.

Posted in Bicara Agama | No Comments »

USAHA DAN DOA

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Kiriman Oleh : Noor Azlinda Bt Abd Hamid, YTP Kuala Lumpur, Malaysia
Usaha, doa penentu takdir baik manusia
RAMAI terkejut dengan keputusan pilihan raya minggu lalu. Ada gembira dan ada yang sedih. Kalah menang adat orang berjuang. Namun ada yang masih kebingungan dan tidak kurang boleh menerima kekalahan serta menerima hakikat ini sebagai takdir.

Takdir bukan satu kebetulan tetapi ia adalah ketentuan Allah yang sudah diukir di luh mahfuz. Kita percaya dan menerima ia sebagai qada kadar yang menjadi salah satu rukun iman. Beriman kepada takdir baik dan buruk sama ada yang sudah atau sedang berlaku adalah tuntutan Islam.

Maksud iman jelas diterangkan dalam hadis kedua koleksi hadis 40 Imam Nawawi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Khabarkanlah kepadaku mengenai iman? Rasulullah menjawab: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, Rasul-Nya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik atau yang buru.”

Pembicaraan sekitar masalah takdir, qada dan qadar Allah dalam perspektif yang betul masih kurang popular. Pada zaman Rasulullah SAW tidak ada wacana menyeluruh mengenai takdir. Wacana itu diperkenalkan pada zaman Khalifah kedua, Saidina Umar al-Khatthab.

Kemudian perbahasan mengenainya semakin berkembang pesat ketika zaman khalifah Ummayyah selepas kewafatan Saidina Ali. Pada zaman inilah bagaimana istilah ‘takdir’ diberikan persepsi kurang tepat malah ada ulama mengatakannya salah.

Apabila Saidina Ali wafat, beliau digantikan puteranya, Hasan. Ramai kalangan umat Islam tidak menerima kepemimpinannya, umat Islam berpecah, lantas Hasan mengundurkan diri. Hasan digantikan adiknya Husein yang kemudian dibunuh oleh Bani Ummayyah.
Khalifah Ummayyah berjaya menghapuskan Husein. Demi kepentingan politiknya maka kerajaan Ummayyah memulakan wacana takdir kepada umat Islam, bahawa terbunuhnya Husein itu sudah takdir Allah.

Husein tidak dibolehkan memerintah, sebagai buktinya Husein tewas yang berakhir dengan kematian. Pembesar dan pengikut Ummayyah mencanangkan Umayyah boleh memerintah kerana sifat Allah yang Adil kepada mereka. Itulah takdir Allah kepada mereka. Wacana tidak tepat ini dihembuskan oleh dinasti Ummayyah.

Apa makna takdir itu sebenarnya? Kita perlu kembali kepada keterangan dalam al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mengadakan ukuran bagi tiap-tiap sesuatu.” – (Surah At-Talaq, ayat 3)

Takdir adalah rumusan yang Allah tetapkan dan berlaku pada setiap sesuatu. Takdir dikatakan sistem Allah yang Dia terapkan pada setiap sesuatu di dunia ini. Contohnya takdir air laut, menjadi awan apabila meruap selepas beberapa jam disinari matahari.
Takdir api terpadam dan terus mati apabila disiram air yang mencukupi. Bumi diberikan takdirnya untuk mengelilingi matahari, dia tidak boleh mengelilingi planet atau bintang-bintang lain, jika terjadi demikian alam cakerawala akan kacau-bilau dan musnah.

Demikianlah, alam semesta tidak diberi kesempatan untuk memilih takdirnya. Sedangkan manusia diberi kebebasan untuk memilih takdir yang diinginkan. Takdir manusia yang rajin, sabar dan tabah ialah kejayaan dan kecemerlangan. Takdir bagi manusia malas, maka akan sengsara hidupnya.

Oleh itu, terserah kepada kita sebagai manusia untuk memilih, adakah kita mahu menjadi manusia yang rajin atau pemalas. Allah menganjurkan kepada manusia untuk memilih takdir terbaik buat dirinya, bukan sekadar takdir yang baik, tapi yang terbaik.

Kadangkala kita terdengar bahawa jodoh, rezeki dan maut adalah takdir Allah, sedangkan takdir Allah bukan terbatas kepada tiga perkara itu saja. Bahkan, takdir Allah meliputi semua yang terjadi di dunia ini.

Sering kali kita hanya katakan sesuatu kejadian itu sebagai takdir jika kita mendapat musibah. Sedangkan apabila kita mendapat kejayaan dan kebahagiaan, sebenarnya itu juga adalah takdir daripada sekian banyak takdir yang kita pilih.

Rumusan Allah itu tertuang dalam Luh Mahfuz yang mencakup rumusan takdir dan qada qadar. Luh Mahfuz ibarat sebuah khazanah yang menyimpan ilmu Allah yang terpelihara.

Perbezaan qada dan qadar adalah, qada itu rumusan Allah secara global, seperti setiap makhluk yang bernyawa pasti mati. Qadar atau takdir adalah rumusan Allah yang terperinci seperti bilakah dan di manakah seseorang itu akan mati.

Qada dan qadar adalah sistem Allah yang berlaku di dunia ini pada siapapun dan apapun. Hanya kita sebagai manusia diberi peluang untuk memilih takdir. Kita mahu beriman atau sebaliknya. Kita mahu berubah atau suka menjadi jumud sehingga mati.

Allah menghendaki kita memilih takdir yang terbaik buat kita. Sedangkan alam raya ini tidak boleh memilih takdirnya. Alam semesta ini sengaja Allah hamparkan supaya kita boleh mentadbirnya dengan cara yang terbaik atau sebaiknya.

Pilihan rezeki terbaik, jodoh terbaik, kerjaya terbaik, kesejahteraan terbaik, pemerintahan terbaik, nasib yang terbaik kita harus usahakan sendiri. Mengenai nasib yang menimpa manusia, Allah tidak menentukan tapi manusialah yang menentukan sendiri nasibnya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” – (Surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” – (Surah Al-Anfaal, ayat 53)

Bagi yang berubah kepada kebaikan, ganjaran bagi mereka tetapi selepas mendapat nikmat kejayaan dan kemenangan, Allah boleh mengubahnya pada bila-bila masa jika kita berubah sama ada pada niat, perbuatan atau tingkah laku.

Bagaimanapun, doa dapat mengubah takdir. Allah boleh menghapus apa yang sudah ditetapkan dan manusia boleh berdoa kepada Allah supaya takdirnya dapat berubah walaupun sistem global Allah tidak akan berubah.

Posted in Bicara Agama | No Comments »

MENCONTOHI HIDUP RASULULLAH SAW

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Kiriman Oleh : Noor Azlinda Bt. Abd. Hamid, YTL Kuala Lumpur, Malaysia

Tauladan kehidupan Rasulullah
Sesungguhnya sejarah pahit manis kehidupan Rasulullah sebenarnya banyak memberi pengajaran dalam perjalanan hidup umat manusia untuk menjadi khalifah yang ummul.

TANGGAL 12 Rabiulawal 571M merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad yang membawa keberkatan kepada seluruh alam. Sejarah hidup Rasulullah melalui pelbagai jalan getir dan hidup yatim piatu sejak berusia enam tahun apabila bonda yang disayanginya meninggal dunia.
Kemudian, baginda hanya sempat dua tahun sahaja dapat menumpang kasih sayang daripada datuknya Abdul Mutalib ketika usianya lapan tahun.
Mula berjinak-jinak menjadi seorang peniaga apabila sentiasa mendapat pendedahan daripada bapa saudaranya. Rasulullah menjadi idola kepada remaja kerana beliau dikenali dengan gelaran al-Amin atau terpuji.

Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala dan sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam kelilingnya.
Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi penghormatan untuk menyelesaikan pertikaian dan perbalahan kerana perebutan kuasa dalam kalangan ketua Kabilah untuk menempatkan hajarul aswad.
Terkenal sebagai pengembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas. Firman Allah: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”- surah al-Ahzab: 21.

Sahabat istimewaRakan dan sahabat Rasulullah amat setia dan banyak berkorban demi usaha dan kejayaan untuk menanam kefahaman dan ajaran Islam.
Siapa yang tidak kenal dengan Bilal, seorang pemuda yang kental dan sanggup berkorban demi menegakkan kalimah Allah agar sentiasa bertakhta dalam jiwanya.
Begitu juga dengan Yasir dan keluarganya yang dizalimi oleh Abi Jahal. Mus’ab Umair, seorang remaja kaya dan tampan sanggup mengorbankan segala kemewahan hidupnya dan sanggup menerima cercaan dan deraan daripada ibu kesayangannya kerana bertekad untuk meninggalkan tanah air sendiri untuk sama-sama berhijrah dengan Rasulullah ke Madinah. Usman Mad’un, buta matanya angkara kezaliman musyrik.

Begitu juga dengan Uthman Affan dan Abu Bakar yang turut menerima pelbagai seksaan. Khabab Art menerima seksaan sampai melecur badannya.
Dipakaikan baju besi dan dibaringkan di atas pasir panas. Dipanggang di atas bara api sehingga lemak-lemak dan darah keluar dan menyebabkan bara terpadam.
Umar ketika menjadi khalifah pernah bertanya tentang derita yang pernah dialami oleh Khabab lantas ditunjukkan parut lukanya di badan. Lantas Umar berkata, dengan keluhan ‘Aku tidak pernah melihat parut yang begini rupa’.

Kehidupan rumah tangga Mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun dengan Siti Khadijah Khuwailid yang merupakan isteri pertama. Rumahnya terletak berhampiran Masjidil Haram (di Lorong Atarin).
Mengandungi empat bilik iaitu untuk anak-anak, untuk Baginda bersama isterinya, satu bilik untuk beribadah dan satu lagi untuk tetamu.

Khadijah banyak berkorban jiwa raga dan harta benda bersama Rasulullah sepanjang menyebarkan ajaran Islam. Ketika peristiwa menerima Wahyu pertama, Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan terkejut.
Lalu Khadijah terus mententeramkan Baginda dengan kata-kata: “Demi Allah, Allah tidak akan menghina Engkau sama sekali, sesungguhnya Engkau akan menghubung silaturahim, menyempurnakan amanah, memikul beban dan tanggungjawab, memuliakan tetamu dan menolong orang yang mempunyai hak yang terkena zalim”.

Seterusnya Khadijah terus berjumpa dengan sepupunya Waraqah Naufal dan menegaskan bahawa itu adalah wahyu yang diturunkan melalui Jibril seperti mana yang telah diturunkan kepada Nabi Isa. Bermula dengan peristiwa ini, Khadijah beriman dengan dakwah suaminya dan merupakan orang pertama percaya dan beriman dengan Nabi Muhammad.
Sejak itu, Khadijah sentiasa bersama Rasulullah memberi segala bantuan dan sokongan dalam keadaan getir menghadapi ancaman kaum kafir Quraisy yang melakukan pelbagai sekatan bekalan makanan dan air. Khadijah meninggal dunia ketika berusia 65 tahun dan dalam masa yang sama, bapa saudara Rasulullah, Rasul Abu Talib pula meninggal dunia. Tahun berkenaan dikenali sebagai tahun bersedih (al-ahzan).
Rasulullah bersama Khadijah dikurniakan enam orang anak. Dua putera (meninggal dunia semasa kecil) dan empat orang puteri (Zainab, Rukiah, Umi Kalthum dan Fatimah).

Selain Khadijah, Rasulullah berkahwin dengan Saudah Zamaah, Aisyah Abu Bakar, Hafsah Umar, Zainab Khusaimah, Hind Ummu Salmah, Juwairiah al-Haris, Sufiyyah Hayy, Ummu Habibah dan Maimunah.
Rasulullah menjadi contoh tauladan dalam pergaulan dengan isteri-isterinya. Pergaulan dengan cara baik dan lemah lembut, penuh kasih sayang dan bertanggungjawab serta berlaku adil dalam memberi nafkah, giliran dan sebagainya.

Baginda melawat isteri-isterinya pada waktu pagi dan petang untuk membantu, memberi nasihat dan mengambil hati bagi mengukuh dan mengikat kasih sayang.

Aisyah pernah menegaskan dengan ungkapan: “Bahawa Rasulullah tidak pernah memukul isterinya dan sentiasa solat berjemaah, pernah menjahit sendiri kainnya, menampal kasutnya, menampung baldinya, memerah susu kambing dan berkhidmat untuk dirinya sendiri”.

Sesungguhnya sejarah pahit dan manis kehidupan Rasulullah banyak memberi pengajaran dalam perjalanan hidup kita. Kewafatan Rasulullah pada awalnya mengejutkan para sahabat.

Namun, para sahabat dan Umar akhirnya menerima hakikat bahawa Rasulullah telah wafat dan Umar mula memberi ucapan kepada orang ramai dengan katanya: “Sesiapa yang memuja Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad sudah tidak ada lagi dan barang siapa yang memuja Allah s.w.t, ketahuilah bahawa Allah s.w.t sentiasa hidup dan kekal”.

Seterusnya, Umar membaca ayat al-Quran dalam surah ali-Imran ayat 144 yang bermaksud: “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh)”.

Jika demikian, kalau ia mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Posted in Bicara Agama | No Comments »

KELEBIHAN ZIKIR

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Kiriman : Hawi Al-Khair, Kuala Lumpur, Malaysia

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:
“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:
“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:
“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:
“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:
“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:
“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:
“Belum.”

Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:
“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

Posted in Bicara Agama | No Comments »

ALLAH MELIHAT PADA HATI

Posted by ilmu on 25th Mac 2008

Kiriman Oleh : Noor Azlinda Bt Abd. Hamid, YTL Kuala Lumpur, Malaysia
Bersama:MOHD. FARID RAVI ABDULLAH (Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)
SOALAN:
PADA zaman sekarang, ramai yang terpedaya dengan cara penampilan seseorang. Contohnya, kalau orang itu ulama besar, maka dia mesti berjanggut, memakai jubah dan berserban. Sehinggakan jika ulama itu berpakaian moden sedikit maksudnya tidak berjubah dan berserban, ramai yang berpendapat dia orang yang tidak berilmu. Soalannya, apakah cara berpakaian sudah cukup dijadikan asas menentukan seseorang itu ulama atau sebaliknya?
JAWAPAN:
ULAMA perlu ada identitinya. Maka identitinya ialah pakaian. Di sesetengah negara, pakaian itu melambangkan bahawa dia adalah orang alim. Ulama itu dikenali dengan pakaian jubahnya, serbannya dan cara perwatakannya.
Mereka berpakaian demikian adalah semata-mata kerana mengikut sunah Nabi s.a.w. Walaupun sebahagian negara Arab menjadikan memakai jubah itu sebagai budaya. Sekiranya orang itu memakai jubah kerana pakaian itu menjadi tradisinya masyarakatnya maka dia hanya mendapat pahala kerana menutup aurat.
Jika dia berpakaian kerana mahu mencontohi Nabi s.a.w., maka dapat pahalanya kerana mengikut sunah Nabi s.a.w. Bezanya di sini ialah niat.
Namun demikian pengalaman semasa berada di Jordan selama lima tahun, saya dapati cara berpakaian ulama di sana terbahagi kepada dua. Para sarjana Islam di universiti-universiti Jordan yang berasal dari Jordan mahupun Palestin mereka berpakaian seperti ahli korporat.
Pakaian mereka ialah blazer dan bertali leher. Dan ada pula yang membaca khutbah dengan berpakaian demikian. Kerana bagi mereka, Islam tidak memutlakkan pakaian ulama mesti berjubah dan berserban serta berjanggut.
Bila kita teliti ulama yang berjubah, berserban dan berjanggut itu lebih sunahnya. Ulama yang tidak berjubah dan tidak berserban itu tidak boleh dikatakan tidak mengikut sunah. Menutup aurat dan berpakaian kemas juga termasuk di dalam mengikut sunah Nabi s.a.w.
Pandangan saya, yang perlu diberi perhatian ialah kepada ilmu ulama itu bukan pada pakaiannya. Pakaian yang melambang zahir seseorang dan belum tentu orang itu benar-benar berilmu dalam agama.
Contohnya di Iraq, orang yang berjubah dan berserban dikategorikan sebagai alim dalam empat mazhab. Sebab itu pakaian itu adalah sebahagian daripada sunah Nabi s.a.w, dan banyak lagi sunah baginda yang lebih besar yang terabai.
Berjubah, berjanggut dan berserban semata-mata bukan tiket untuk digelar ulama. Lebih-lebih lagi bila seseorang alim itu terikat dengan etika berpakaian di tempat kerja. Di negara ini masyarakat Islam masih melihat yang ulama mesti berjubah dan berjanggut atau berserban kalau tidak dia akan dipandang serong seolah-olah tidak cukup sifat kewarakannya.
Kesimpulannya, masyarakat perlu melihat kepada ketokohan seseorang itu daripada sudut ilmunya, penghayatannya, cara komunikasinya, kesungguhannya dalam kerja dan cintanya pada Islam. Bukan sekadar melihat dan menilai seseorang itu melalui zahirnya.
Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Allah s.w.t melihat pada hati dan amalan seseorang itu bukanya pada zahir seseorang.
Daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu dan amalan kamu. (riwayat Muslim, no: 4651)
Dalam sepotong hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim, no: 2564)
SOALAN:
ADAKAH salah saya menggunakan Internet hak kerajaan di pejabat ayah saya? Apakah had untuk penggunaan ke atas kemudahan itu?
JAWAPAN:
SALAH dari sudut etika. Ini kerana harta kerajaan yang diberikan kepada seorang kakitangan kerajaan adalah untuk kegunaannya di pejabat. Biasanya bila seorang kakitangan mendapat sesuatu barang seperti komputer ia diberikan untuk menyelesaikan tugasan, dan untuk memastikan kerja selesai serta memenuhi piagam kakitangan awam.
Komputer itu boleh digunakan oleh anak sekiranya ayah meminta dia membantu atau menyelesaikan sesuatu yang mungkin ayahnya belum berapa mahir. Itu pun masih dalam ruang kerja dan urusan pejabatnya sahaja. Jika tugas itu perlu dipelihara kerahsiaannya maka tidak ada seorang pun yang boleh tahu, kerana ia termasuk akta rahsia kerajaan.
Keadaan ini juga mungkin wujud bila anak mengunakan komputer ayah, keadaan ini boleh menyebabkan anak mengetahui suatu perkara yang dia tidak boleh tahu walaupun anak kandungnya.
Kita harus perhatikan apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh seorang pemimpin yang tersohor lagi disanjung iaitu Umar bin Abdul Aziz, seperti mana yang diriwayatkan apabila ahli keluarganya datang berurusan beliau akan memadamkan pelita yang sedang menyala.
Bila ditanya oleh anaknya gerangan perbuatan ayahnya itu kenapa? Beliau menjawab adapun pelita itu
adalah hak kerajaan yang ayah gunakan untuk urusan negara. Adapun perbualan kita adalah urusan keluarga, tidak termasuk urusan negara sehingga membolehkan kita menggunakan harta negara.
Sifat Umar bin Abdul Aziz sebagai insan yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara. Sekiranya sifat ini dapat diserap dan dihayati sehingga melahirkan pekerja yang merasakan dirinya bersalah sekiranya menggunakan hak awam untuk kepentingan peribadi.
Bukan sahaja menggunakan komputer pejabat malahan adalah salah membawa balik beberapa helaian kertas A4 atau membawa balik pencil dari pejabat untuk kegunaan peribadi. Mungkin ada yang bertanya apalah sangat sebatang pensel serta beberapa helaian kertas A4.
Kalau dilihat pada bilangan sedikit maka jumlahnya sedikit tetapi bila dikalikan dengan bilangan yang besar maka bilangan kertas dan pensel akan menjadi jumlah yang besar. Yang pasti ialah perhitungan Allah s.w.t bakal dilalui oleh setiap insan.

Posted in Bicara Agama | No Comments »