KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for April, 2008

Woow…Blog Dalam Edublogs Mencapai 100 000 orang!

Posted by ilmu on 29th April 2008

100,000 edublogs

Posted by James on Tuesday, October 2nd 2007   

What more can I say, last week we passed 100,000 edublogs and we’re extremely happy about it :)

Fireworks
CC Mohanmon

Well, OK, I can say a bit more, in fact we’ve currently got more like 103,000 blogs, separated over four sites (63K on edublogs.org and 39K spread across the student sites).

In September at edublogs.org alone we racked up 268,638 unique visitors, who dropped by 904,053 times enjoying 13,701,840 page views while sucking up almost 500Gig bandwidth.

Phew!

And to add to that we picked another new webserver, introduced upgrades, synced up with your webmail for invites and generally had a very busy time of it.

And October is going to be just as fun – we think you’re really going to like some of the things we’ve got planned.

So thanks for being part of our first 100K… and happy edublogging!

Posted in Berita Edublogs | No Comments »

Bengkel Kajian Tindakan Siri 1 2008, Zon Sabah

Posted by ilmu on 28th April 2008

 

dsc_0184-2.JPGdsc_0197.JPGdsc_0193.JPG

picture-073.jpgdsc_0016.JPG

dsc_0033.JPGpicture-132.jpgpicture-084.jpg

dsc_0192.JPGdsc_0225.JPG

Bengkel Kajian Tindakan Siri 1 2008, Zon Sabah telah diadakan di Palace Hotel pada 7-11 April 2008. Pada akhir bengkel, para peserta diberikan assignment untuk menghasilkan kajian dalam tempoh 3 bulan. Bengkel ini dilaksanakan bersama BTP KL dan BTPN Sabah..

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Bengkel Kajian Tindakan Miri, Sarawak

Posted by ilmu on 28th April 2008

 

img_0142.JPGimg_0161.JPGimg_0190.JPG

dsc_5273.JPGdsc_5307.JPGdsc_5269.JPG

dsc_5306.JPGdsc06199.JPG

Bengkel Kajian Tindakan Teknologi Pedagogi yang dihadiri sebilangan PTPB, PTP PKG dan Guru-guru Bahagian Miri yang diadakan di Hotel Dynasty Miri Sarawak pada 1-4 April 2008. Bilangan peserta yang terlibat ialah 25 orang. Saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PTPB / PKG Miri, En. Mohd. Rais dari BTP, En. Ruslan dari BTPN Kedah yang membantu saya selaku fasilitator bengkel. Tahniah kepada semua peserta…

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Penggubalan Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan

Posted by ilmu on 27th April 2008

 

img_0016.JPGimg_0050.JPGimg_0012.JPG

img_0030.JPGimg_0028.JPGimg_0025.JPG

img_0016.JPGimg_0027.JPGimg_0024.JPG

img_0035.JPG

Bengkel penggubalan Modul Kajian Tindakan Teknologi Pedagogi telah diadakan pada 20 hingga 23 Jun 2007 di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu Modul ini adalah di antara projek yang dikendalikan oleh Unit Kajian dan Penilaian BTP, KPM Kuala Lumpur. Modul ini dijangka siap dicetak pada bulan Jun 2008. Modul ini akan menjadi panduan kepada bakal penyelidik terutamanya kepada para pendidik.

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Bengkel Kajian Tindakan Zon Selatan, Pontian, Johor.

Posted by ilmu on 25th April 2008

 

kkt-pontian-26.JPGkkt-pontian-49.JPGkkt-pontian-56.JPGkt-pontian-76.JPGkt-pontian-35.JPG

kkt-pontian-55.JPGkkt-pontian-23.JPGkt-pontian-82.JPGkt-pontian-20.JPGkkt-pontian-58.JPG

Bengkel Penggunaan Modul Kajian Tindakan Zon Selatan, bertempat di Hotel Pontian, Johor Pada 6-9 Ogos 2007 Anjuran Unit Penilaian dan Galak Guna, BTP KPM. Terima kasih kepada Tuan Iskandar Shah bin Hj. Suak, Penolong Pengarah Unit R&D, BTP, En. Azmy Ahmad (Rakan Fasilitator) serta semua peserta yang terlibat (PKG Negeri Johor, Neg. Sembilan, Selangor dan Melaka). Terima kasih kepada PKG Pontian. Terima kasih kepada Pengurus Hotel Pontian kerana membantu mengurus tiket kapal terbang..

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Menuju Puncak Gemilang..

Posted by ilmu on 25th April 2008

kbalu1.jpgkbalu19.jpgkbalu11.jpgkbalu10.jpg

kbalu3.jpgkbalu-4.jpgkbalu7.jpgkbalu15.jpg

kbalu14.jpgkbalu22.jpgkbalu100.jpg

Gambar-gambar semasa saya mendaki Gunung Kinabalu pada 20/7/2003. Menawan Puncak Kinabalu bukannya susah tapi memerlukan semangat yang tinggi, kekuatan stamina yang cukup dan semangat kerjasama berpasukan… Jika anda berminat jangan lupa hubungi saya. Saya tidak mengenakan sebarang bayaran sebagai penunjuk jalan di kawasan pelancongan Kundasang. Sukahati…sebab kawan akan bertambah ramai.

Posted in Oh..Kundasang..Ranau | No Comments »

Kundasang Dairy Farm..

Posted by ilmu on 17th April 2008

Desa Cattle Dairy Farm (Mesilau, Kundasang) di aras 2100m…antara tempat paling indah bagaikan berada di New Zealand.. bahagian atas dalam gambar ialah Gunung Kinabalu..

Posted in Oh..Kundasang..Ranau | No Comments »

Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalu

Posted by ilmu on 17th April 2008

       

Galeri gambar di atas diambil dari Paras 2000m hingga 4100m di sepanjang perjalanan menuju puncak kinabalu. Lebih banyak gambar di www.mysabah.com

Posted in Oh..Kundasang..Ranau | No Comments »

Kundasang, Ranau

Posted by ilmu on 17th April 2008

Kundasang, Ranau (2000m) merupakan salah satu tempat terindah di Malaysia. Di sini, sekurang-kurangnya 10 tempat yang sangat mengkagumkan…. hotel 3 bintang, chalet dan homestay banyak terdapat di sini dengan harga di antara RM60 hingga RM500

Posted in Oh..Kundasang..Ranau | No Comments »

Hati Terpaut di KL.. LOT 10

Posted by ilmu on 15th April 2008

2.png 51.jpg1.jpg3.png

Bukit Bintang                   Luar Lot 10                     Monorail Bkt Bintang             Lot 10, 1996

nak ke sana…Lot 10, tak jauh dari KL Plaza, Bukit Bintang Plaza, Louis Vuitton dan Star Hill. Hotel terdekat, Regency Hotel..tempat saya menginap ketika itu (2006). tentang rate hotel .. rm250 hingga rm1000

Posted in Sembang2 & Melancong | No Comments »

10 Tip Sihat 5 Tip Ekstra

Posted by ilmu on 15th April 2008

picture0094.jpg 

Sukar rasanya mengamalkan gaya hidup sihat jika tinggal di kawasan bandar. Masing-masing sibuk dengan kegiatan harian sehingga terlupa menjaga kesihatan. Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya berkerjaya…Hmm! Oleh itu kesedaran tentang kepentingan kesihatan haruslah diberikan perhatian. Berikut 10 tip penjagaan kesihatan dan 5 tip ekstra untuk panduan anda:

1. Jauhi dadah dan rokok

2.  Kawal berat badan anda

3. Jaga kadar kolestrol

4. Makan banyak sayur-sayuran

5. Kurangkan lemak

6. Rehat secukupnya

7. Bersenam

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan lebih kerap

9. Elakkan pergaulan rambang

10. Kawal emosi

5 tip ekstra:

1. Jaga pola pemakanan

2. Tidur pada waktu malam dengan konsisten mengikut masa

3. Elakkan tekanan perasaan

4. Senaman yang teratur

5. Minum air putih yang bersih

Posted in Lubuk Petua Nenek Moyang | No Comments »

Surat Kepada Arwah Ibu..

Posted by ilmu on 14th April 2008

Dengan izin daripada penghantar email kepada saya. Terima kasih kepada Lin, Kuang Selangor.
lisda.s@maybank.com.my wrote:
Subject: Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal…sedih……
From: lisda.s@maybank.com.my

dear frens..
baca nie sedih..sebijik macam aku kena.ade la..lebih kureng..tp cite org moden sikitla..takde menganyam tikarla… skrg  arwah my mom dah masuk 6 bulan ( 12/10/2007). (58yrs) tolong sedekah kan alfatihah ye..buat arwah mak saya` rahmah bt baudin’ … terima kasih….eh lupala..bapak kite pon SADALI bin mion….( 8/11/2000) (58yrs)kite pon sayang mak kite sampai keakhir hayat..rindu sgt2 sekaranggg………………. mau nangisssssssssssss…huhu :( (
so sayangila..ibu anda semasa di hidup. pd anak2 kite , suruh mereka syg kite la..skrg nie.. so bila mereka nak nakal2..ajer tunjuk email nie.hehehehehe… yg duduk jauh dgn ibubapa tu seselalu jenguk2 atau tel mak bapak ye..

Mak….. Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu….. pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ….. kengkadang siaran indonesia …
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital….
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. …
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …
ampon kan kiter….Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannnMak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. …. Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…. Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis….. Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak… kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

surat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2( bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. Terima kasih saudara umar zahrawi kerana menghantar surat ini kepada Kami. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup …. di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu . Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Posted in Panduan Hidup | No Comments »

Jangan Bersedih 1

Posted by ilmu on 14th April 2008

bunga-ptpb.JPG  

SIRI 1 : Ya Allah…

Dugaan tidak pernah terlepas dari kita sebagai insan. Kesedihan menyelubungi setiap diri yang ditimpa malang. Kesedihan membuatkan kita tertekan. Tekanan pula membawa kita kepada tindakan yang tidak rasional. Blog ini saya tulis buat orang yang merasakan dirinya sempit, resah dan sedih; atau bagi mereka yang menghadapi tekanan jiwa, yang menyebabkan tidak dapat tidur pada waktu malam dan sugul di siang hari. Mudah-mudahan ruangan ini akan memberikan manafaat kepada semua, InsyaAllah.

” Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbir makhluk-makhlukNya)” Quran Surah Ar-Rahman Ayat 29

Apabila laut tia-iba bergelombang, ombak menghempas pulas bergulung-gulung dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berserau: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila pengembara tersesat di tengah hutan belantara, berubah haluan tanpa disedari terlalu jauh dari pangkal jalan dengan ancaman binatang buas yang berbahaya dan dalam kebingungan, ia berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibat itu akan berseru sekuat hatinya: Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, menitis air matanya sambil berseru : Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, maka akan berseru : Oh Tuhan, Ya Allah!

Apabila dunia yang luas ini sudah terasa sempit buat anda dan diri mu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggung, maka berserulah : Oh Tuhan, Ya Allah!

Ya Allah, sesungguhnya aku mengingatiMu pada malam yang sangat gelap ketika hamparan masa kotor berdebu dengan dosa-dosaku. Aku memohon kekuatan daripadaMu Ya Allah“..

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan dan rintihan. Doa-doa yang ikhlas dan rintihan yang benar, deraian air mata dan segala keluh-kesah kesedihan. KepadaNya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan dengan penuh kelemahan dan pengharapan. Dengan namaNya setiap lidah menyebut, meminta tolong bermohon dan memanggil. Dengan mengingatiNya hati akan tenteram dan roh akan damai, segala jiwa akan menjadi tenang. Urat-urat saraf akan lentur, kecerdikan akan meningkat dan keyakinan akan menjadi mantap. “Sesungguhnya Allah maha lemah lembut kepada para hambaNya”

Allah:

Nama yang paling aik. Susunan huruf yang paling cantik, ungkapan yang paling benar dan kalimah yang paling bernilai. “Adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?” ( Surah Maryam:65)

Allah:

Terbukti Dialah punya kekayaan dan keabadian, kekuatan dan bantuan, kemuliaan, kekuasaan dan kebijaksanaan? (Ketika itu Allah berfirman:): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Allah sendiri menjawab: ” Dikuasai oleh Allah yang Maha Esa, lagi yang Maha Mengatasi kekuasaanNya atas segala-gala.” ( Surah Ghafir : 16)

Allah:

Empunya kelembutan dan bantuan, pemberian, kasih sayang dan ihsan. “Apa jua nikmat yang ada pada kamu adalah datang daripada Allah.” (Surah An-Nahl : 53)

Maka berdoalah kepadanya:

Ya Allah, lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihan ku, dan jauhkanlah aku daripada keresahan

Amiin…

Posted in Don't Be Sad | No Comments »

Komunikasi Berkesan

Posted by ilmu on 13th April 2008

Bahan Perkongsian Semasa Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 6, Kundasang Ranau 13/4/2008:

54 Teknik berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan:

1. Mengenali dan memahami orang lain

2. Membetulkan cara memulakan perbualan

3. Mengingati nama

4. Bertentang wajah

5. Berwajah disenangi

6. Tenang

7. Kejelasan

8. Mengambil tahu

9. Membincangkan topik yang orang lain tahu

10. Berupaya menyelesaikan masalah

11. Jangan menyinggung perasaan

12. Minta dan tidak mengarah

13. Mempertimbangkan semua pendapat

14. Menghormati adat budaya dan adat resam seseorang

15. Berterus terang

16. Berfikir sejenak dan sabar

17. Elakkan sikap yang tidak menyenangkan

18. Elakkan sikap mendesak-desak

19. Mengawal diri ketika marah

20. Berusaha membantu

21. Usah berceloteh dan bercakap banyak

22. Boleh membaca reaksi

23. Peramah

24. Mulut yang tidak bermasalah atau berbau

25. Jangan beri jika orang tidak mahu

26. Usaha mudah terpedaya dan percaya

27. Jangan termakan puji

28. Jangan bawa mulut

29. Bertoleransi dan rasional

30. Menepati janji

31. Bersemuka

32. Membetulkan cara memberi nasihat

33. Mengkritik dengan betul

34. Tidak pilih kasih

35. Memberikan pujian

36. Membetulkan cara marah

37. Menjaga kerahsiaan

38. Tidak prejudis / sangka buruk

39. Meningkatkan kefasihan bercakap

40. Menjaga mata, air muka dan gerak geri badan

41. Membuat andaian

42. Membuat pengakuan dengan jujur

43. Jangan menghina

44. Elakkan sikap sombong

45. Pemaaf

46. Mengakui kesilapan, kesalahan atau kekurangan

47. Jangan terlalu merendahkan diri

48. Elakkan perasaan hasad dengki

49. Jangan menjadi robot atau boneka

50. Permudahkan sesuatu yang sukar

51. Berkomunikasi dengan betul kepada pesakit

52. Gurau senda yang sederhana

53. Memahami ego

54. Membuat rangsangan yang patut

Posted in Lubuk Petua Nenek Moyang | No Comments »

Zikir Harian Imam Al-Ghazali

Posted by ilmu on 6th April 2008

Zikir Harian yang diamalkan oleh Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazali r.a.h. Jika zikir ini diamalkan, InsyaAllah dirahmati oleh Allah Taala akan hidupnya.

Jumaat: Ya Allah (1000 kali)

Sabtu : Laa ilaha illallaah (Tiada tuhan disembah melainkan Allah), 1000 kali

Ahad : Yaa Hayyuu Yaa Qoyyuum (Allah yang Maha Hidup dan berdiri sendiri), 1000 kali

Isnin : Laa Haula Walaa Quwwata illaah billahil ‘aliyul ‘adzim ( Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung), 1000 kali

Selasa : Allahumma solli ala ‘abdika warosuulika wanabiyyikal amiini wa ‘alaa alihi wasahbihi wassalam, 1000 kali

Rabu : Astaghfirulloohal ‘adziim (Aku memohon keampunan daripada Allah Tuhan Maha Esa), 1000 kali

Khamis : Subhannollohi adzim subhanollohi wabih hamdih ( Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagiNya), 1000 kali

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Hikmah Bersalawat

Posted by ilmu on 6th April 2008

Sumber : Masjid Putrajaya, Kuala Lumpur


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.

                                                         (al-Ahzab 56)Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya,
Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.
Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh  Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.
Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah. 
Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.
Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.
Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.)  serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga. 

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Hikmah Zikir Pagi/Petang

Posted by ilmu on 6th April 2008

Sumber : Masjid CyberJaya, Kuala Lumpur

 
 

Firman Allah s.w.t  maksudnya
Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )

 Dari Rasulullah s.a.w , 
Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)

Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
Dapat membina rumah dan juga istana  di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, “ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu”. 

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Adab-Adab Ringkas

Posted by ilmu on 6th April 2008

(Dipetik dari : Laman Jabatan Agama Islam Pilau Pinang) 


Rasullah s.a.w bersabda
Janganlah bercakap melebihi daripada zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah.”

  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jangan bercakap di depan orang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
  • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya

  • Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu.
  • Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram ataupun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.
  • Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar.

  • Dikira jiran itu bermula daripada 40 buah rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan.
  • Menziarahinya bila dia sakit.
  • Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian.
  • Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada dalam kesusahan.
  • Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan.

  • Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa tetapi ketika keluar melangkahlah dengan kaki kiri sambil membaca doa.
  • Sebelum duduk tunaikanlah solat sunat dua rakaat iaitu solat tahiyatul masjid.
  • Jangan berkeliaran di dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di dalam istana Allah maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan memperbanyakkan solat sunat dan berzikir.
  • Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau membaca Al-Quran kerana ini akan menganggu orang lain untuk beribadat.
  • Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.

  • Membaca Bismillah ketika mula hendak makan.
  • Membersihkan tangan serta makan dan minum menggunakan tangan kanan.
  • Sunat makan secara berjemaah kerana banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya.
  • Jika makanan yang ada itu sedikit sedangkan tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang.

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Rukun Islam

Posted by ilmu on 6th April 2008


 

Rukun Islam ada lima perkara iaitu:
 

Mengucap dua kalimah syahadat
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-NyaDengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.
Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya.  Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat  dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
Berpuasa di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya.  Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
Mengerjakan Haji Di Baitullah
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Rukun Iman

Posted by ilmu on 6th April 2008


 

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:
 

Beriman Kepada Allah
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
Beriman Kepada Malaikat-Malaikat
Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.
Beriman Kepada Rasul-Rasul
Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.
Beriman Kepada Kitab-Kitab
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.
Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
Beriman Kepada Qada’ dan Qadar
Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya. 

Posted in Bicara Agama | No Comments »