KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Jun, 2008

Kajian Penanda Aras Ke atas Pusat Sumber Sekolah-sekolah Daerah Ranau

Posted by ilmu on 30th Jun 2008

Gambar PSS semasa lawatan:

SK. KinasarabanSK. Pekan 2SK. Pekan 2SK. PinausokSK. Pinausok

 

Penyelidikan ini dilaksanakan di lima belas buah pusat sumber sekolah dalam daerah Ranau. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK. Datu Paduka Mat Salleh Ranau, SMK. Ranau, SMKA. Mohamad Ali Ranau,  SMK. Lohan Ranau, SMK. Bundu Tuhan Ranau, SK. Pekan 2 Ranau, SK. Don Bosco Ranau, SK. Kilimu Ranau, SK. Nalapak Ranau, SK.Bongkud Ranau, SK. Pinausok Ranau, SK. Kundasang Ranau, SK. Kituntul Ranau,  SK. Narawang Ranau, SK. Lohan Ranau

Tujuannya adalah untuk mengesan perkembangan Pusat-pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah-sekolah berkenaan setelah sekolah -sekolah ini dipantau mulai tahun 2006. Dalam konteks perkembangan PSS ini, di antara aspek-aspek yang ditinjau ialah kesan-kesan pemanauan dari segi aktiviti, pemprosesan bahan, keadaan bahan yang telah dibekalkan, kekerapan penggunaan, organisasi prasarana dan keperluan guru-guru. Kaedah kajian kes telah digunakan untuk kajian ini, maklumat kajian diperolehi melalui kaedah temubual, pengisian borang soal selidik oleh responden, penggunaan senarai semak, pemeriksaan rekod serta pemerhatian oleh pihak penyelidik.

Item-item di dalam borang soal selidik dijadikan asas kepada penyelidik untuk menjalankan temu bual kepada pihak responden. Senarai semak pula digunakan untuk mendapatkan maklumat asas berkenaan dengan kemudahan dan peralatan yang tedapat di perpustakaan, bilik tayangan serta setor bahan media. Dapatan kajian difokuskan kepada aspek-aspek organisasi prasarana dan keperluannya, kekerapan penggunaannya, keadaan bahan-bahan sumber serta kesan-kesan projek. Dari segi kesan projek, dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa bilangan buku dan peralatan sumber pengajaran-pembelajaran di PSS telah ditambah.

Beberapa masalah pengurusan telah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanannya, antaranya ialah:

i.   Peralatan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang tidak lengkap pemasangannya.

ii.  Penggunan kurang berminat untuk menggunakan beberapa jenis bahan sumber kerana mereka tidak mahir  untuk mengendalikannya.

iii.  Kakitangan yang menguruskan PSS kurang berpengetahuan dalam aspek penggurusannya. Walaupun sistem klasifikasi Dewey digunakan untuk mengkatalog buku-buku PSS tetapi kad katalog untuk buku-buku berkenaan tidak disediakan di PSS berkenaan.

iv.  Tidak terdapat sistem yang berkesan untuk penyelenggaraan peralatan. Di samping itu, bahan-bahan yang dibekalkan tidak diberi tanda pengenalan.

v.    Ruang PSS tidak digunakan secara maksimum.

vi.   Peruntukan kewangan untuk PSS tidak digunakan sepenuhnya.

Dari segi penggunanya pula dapatan menunjukkan:

i.      Buku-buku fiksyen lebih banyak dipinjam oleh pelajar, terutama buku-buku bergambar yang bersaiz hurufnya agak besar . Sebaliknya, buku-buku bukan fiksyen kurang diminati dan dipinjam.

ii.     Penggunaan bahan-bahan sumber pendidikan oleh guru-guru adalah berbeza. Guru-guru lebih gemar menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bukan elektronik.

iii.    Penggunaan PSS adalah secara formal , dimana perpustakaan lebih kerap digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelanjutan kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

iv.     Kurang bukti menunjukkkan wujudnya integrasi di antara PSS dengan aktiviti kurikulum di sekolah kerana para guru kurang berpengetahuan untuk menggunakan PSS secara yang berkesan.

v.      Murid-murid tahun 2-6 banyak meminjam buku daripada PSS. Sebaliknya murid-murid tahun 1 kurang membuat pinjaman kerana merreka mendapat kemudahan tersebut melalui sudut bacaan yang disediakan dibilik darjah masing-masing.

vi.      Penggunaan PSS adalah bermusim dan promosi penggunanya kurang berkesan.

vii.     Wujudnya persaingan di antara bilik PSS dengan bilik  darjah. Terdapat pihak sekolah yang menukar PSS untuk dijadikan bilik darjah apabila keperluan bilik darjah lebih mendesak akibat daripada pertambahan pelajar. PSS juga digunakan sebagai tempat untuk kelas pemulihan.

viii.     Penggunaan bilik akses komputer telah dijalankan secara maksimum.

Dalam aspek organisasi , dapatan menunjukkan struktur organisasi PSS adalah mengikut model yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan PSS, kajian ini memperakui supaya:

i.          Guru-guru yang mengendalikan PSS (termasuk guru-guru daripada sekolah-sekolah kecil) perlu diberi latihan kursus dalam aspek pengurusan PSS.

ii.          Peruntukan masa mengajar yang wajar mesti diberikan kepada guru-guru PSS bagi memastikan mereka dapat berusaha untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan PSS.

iii.         Bimbingan perlu diberi kepada guru-guru dalam aspek penggunaan ABM.

iv.         Bantuan kepada sekolah-sekolah kecil dari segi kemudahan hendaklah diteruskan.

v.           Aspek-aspek pengurusan yang perlu diberikan perhatian utama ialah:

a. mengkaji satu sistem pembelian bagi sekolah PTJ dan PCG

b. mengadakan satu sistem penandaan barangan dan pengkatalogan.

c. mempertingkatkan latihan pengurusan untuk kakitangan PSS dan
    penyelenggara peralatan.  

 

Posted in Pusat Sumber Sekolah | 1 Comment »

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Posted by ilmu on 22nd Jun 2008

 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

 

1. Membina negara bangsa

 

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.

 

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :

 

· Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.

· Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.

· Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.

· Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

 

2. Membangunkan modal insan

 

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :

 

· Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa danpelajar

KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

 

· Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

 

· Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

 

· Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.

 

· Memantapkan program kokurikulum dan sukan

Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.

 

· Memperkukuh disiplin pelajar

Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

 

· Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan

mempelbagaikan saluran aduan terus

Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

 

· Memantapkan kurikulum

Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

 

· Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi

Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.

 

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

 

· Infrastruktur lengkap dan berkualiti.

· Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

· Beraspirasi nasional.

· Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

· Pencapaian akademik cemerlang.

· Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.

· Iklim dan budaya sekolah yang sihat.

· Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.

· Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.

· Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

 

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

 

5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

 

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian

dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut :

 

· Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).

· Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

 

Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

Sumber maklumat :Kementerian Pendidikan Malaysia

Posted in Pendidikan | No Comments »

Laporan Bab 0 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

Posted by ilmu on 18th Jun 2008

PERHARGAAN

 

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat bagi membolehkan penyelidikan ini dapat dijalankan sehingga sempurna.

 

Penghargaan ini khusus ditujukan kepada  Pengetua SMK. Kundasang yang telah memberikan izin untuk menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah, Pusat Kegiatan Guru Ranau yang telah memberikan kerjasama dan maklumat berkaitan di mana pejabat ini adalah yang bertanggungjawab terus kepada pemantauan perlaksanaan penggunaan TV Pendidikan di peringkat daerah. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua guru serta pelajar yang terlibat dalam kajian temuramah, IMMS serta proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

 

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa Kajian Tindakan Daerah Ranau yang telah menyumbangkan idea sehingga kajian ini siap sepenuhnya. 

 

LOSININ JOHALIN

Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah

Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah

Kota Kinabalu 

 

 

ABSTRAK

Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah lama dilaksanakan. Bagaimanapun Penggunaan TV pendidikan melalui ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000 dengan pemasangan peralatan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh Negara. Kajian ini dikhususkan untuk melihat kesan penggunaan TV Pendidikan terhadap pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 36 orang pelajar SMK.Kundasang, Ranau dan dengan menggunakan set ujian IMMS, ujian pra dan ujian pos. Sebagai tambahan, semasa kajian ini dijalankan, satu sesi temubual secara rawak telah dijalankan dikalangan guru dan murid. Daripada 20 orang respondan, 100% menyatakan persetujuan mereka bahawa TV Pendidikan melalui  ASTRO menarik dan berguna. 90% daripada mereka mahu supaya ada siaran TV Pendidikan di sekolah . 10% tidak menyatakan sebarang pendapat. Walau bagaimanapun hanya 55% daripada respondan pernah menggunakan kemudahan TV Pendidikan ini dalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Peratus yang menggunakan TV Pendidikan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang menjadikan TV Pendidikan sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang terkenal.

 

 

ISI KANDUNGAN 

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

 

 

 

 

Penghargaan

i

 

Abstrak

ii

 

Isi Kndungan

iii

 

Senarai Jadual

iv

 

Senarai Rajah

v

 

Senarai Lampiran

vi

 

Senarai Singkatan

vii

 

 

 

 

 

 

 

Bab 1 : Pendahuluan

 

1.1

Pengenalan

9

1.2

Latar Belakang Kajian

11

1.3

Tujuan / Objektif Kajian

14

1.4

Pernyataan Masalah

15

1.5

Persoalan Kajian

16

1.6

Batasan Kajian

17

1.7

Definisi Operasional

18

 

 

 

 

 

 

 

Bab 2 : Metodologi Kajian

 

2.1

Pengenalan

19

2.2

Rekabentuk Kajian

19

2.3

Sasaran Kajian

21

2.4

Kaedah Mengutip Data

22

2.5

Tinjauan Awal

23

 

 

 

 

 

 

 

Bab 3 : Perlaksanaan Kajian

 

3.1

Pengenalan

25

3.2

Persediaan Tindakan

25

3.3

Proses Gelung / Kitaran

27

3.4

Perlaksanaan Tindakan

27

3.5

Penilaian Dan Refleksi

28

3.6

Kesimpulan

36

 

 

 

 

 

 

 

Bab 4 : Penilaian

 

4.1

Pengenalan

37

4.2

Penilaian Dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas

37

4.3

Penilaian Dan Refleksi Kendiri

39

4.4

Rumusan

40

4.4

Cadangan

41

 

 

 

 

Bibliografi

42

 

 

 

 

Lampiran

45

       

 SENARAI JADUAL

 

Jadual

 

Nama Jadual

Muka Surat

 

 

 

 

Jadual 1

:

Jadual Perlaksanaan Tindakan

28

Jadual 2

:

Jadual Nilai Sisihan Piawai soalan soalselidik

29

Jadual 3

:

Taburan Responden

30

Jadual 4

:

Keputusan Ujian Pra Kumpulan 1

30

Jadual 5

:

Keputusan Ujian Pra Kumpulan 2

31

Jadual 6

:

Keputusan Ujian Pos Kumpulan 1

32

Jadual 7

:

Keputusan Ujian Pos Kumpulan 2

32

Jadual 8

:

Jadual Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Kumpulan 1

34

Jadual 9

:

Jadual Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos  Kumpulan 2

35

 SENARAI RAJAH 

Rajah

 

Nama Rajah

Muka Surat

 

 

 

 

Rajah 1

:

Gelung kitaran yang menunjukkan proses penyiapan kajian

27

Rajah 2

:

Graf perbandingan keputusan ujian pra kumpulan 1 dan 2

33

Rajah 3

:

Graf perbandingan keputusan ujian pos kumpulan 1 dan 2

33

Rajah 4

:

Graf perbandingan keputusan ujian pos dan pra kumpulan 1

34

Rajah 5

:

Graf perbandingan keputusan ujian pos dan pra kumpulan  2

34

Rajah 6

:

Graf perbezaan peningkatan keputusan ujian bagi 2 mod pengajaran

35

  

SENARAI LAMPIRAN 

 

Lampiran A

:

Ujian IMMS

Lampiran B

:

Soalan Temubual

Lampiran C

:

Senarai Responden Terlibat

Lampiran D

:

Keputusan Ujian Pra

Lampiran E

:

Keputusan Ujian Pos

Lampiran F

:

Surat Sokongan PTP PKG Ranau

Lampiran G

:

Surat Kepada Pihak Sekolah

Lampiran H

:

Keputusan Instrumen Temuramah

Lampiran I

:

Contoh Lesson Plan

Lampiran J

 

Contoh Ujian Pra/Pos

  

SENARAI SINGKATAN  

 

IMMS

:

Ujian Ukuran Skala Motivasi

P&P

:

Pengajaran dan pembelajaran

MPT

:

Murid Prestasi Tinggi

MPS

:

Murid Prestasi Sederhana

MPR

:

Murid Prestasi Rendah

TVP

:

TV Pendidikan

BTPN

:

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

EPRD

:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan

ICT

:

Information, Communication and Technology

 

Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | No Comments »

Laporan Bab 1 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

Posted by ilmu on 18th Jun 2008

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN MELALUI ASTRO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

BAB 1 : PENDAHULUAN

 

1.1  PENGENALAN

Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di negara kita. TV Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah terutama sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan ilmu hisab pada waktu itu .

            Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215 buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringakat awal, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada ketika itu sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke kedua-dua negeri ini. TV Pendidikan di Sabah khasnya hanya bermula pada Tahun 1980 yang dilancarkan bersama dengan Radio Pendidikan On Air melalui RTM Sabah.

Pada Tahun 1999, TV pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada masa itu Diterajui oleh YB Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia. Keputusan Kerajaan memancarkan TV Pendidikan ke udara melalui ASTRO telah mengurangkan kos tahunan yang sebelum ini mencecah RM5juta kepada RM400 ribu sahaja.

Siaran TV Pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan di daerah Ranau sejak tahun 2000 dengan pemasangan fasa pertama sebanyak 46 buah sekolah daripada 77 buah sekolah di daerah ini. Dalam pemasangan ini, 3 faktor utama yang diambilkira melayakkan pemasangan set ASTRO iaitu :-

i)    Mempunyai kemudahan TV

ii)   Mempunyai janakuasa elektrik sama ada janakuasa sendiri atau SESB

iii)  Mempunyai jalan perhubungan dan pengangkutan.

Faktor-faktor di atas merupakan syarat yang penting sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemasangan ini dijangka akan dapat mengatasi masalah penerimaan siaran yang agak terhad terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Ini terbukti apabila selepas pemasangan set ASTRO, kualiti siaran sangat memuaskan terutamanya kepada 12 siaran yang termasuk di dalam pakej pendidikan iaitu:-

a)      Siaran TV 1 (Umum)

b)      Siaran TV2 (Umum)

c)      Siaran TV3 (Umum)

d)     Siaran NTV7 (Umum)

e)      Siaran 11 ( Discovery Travel & Adventure)

f)       Siaran 13 (TV Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia)

g)      Siaran 50 (Discovery Channel)

h)      Siaran 51 ( Animal Planet)

i)        Siaran 52 ( National Geographic)

j)        Siaran 61 (Disney Channel)

Ke semua saluran yang dimasukkan ke dalam pakej TV Pendidikan mempunyai unsur-unsur pelajaran dan pengetahuan yang memberi manafaat kepada para pelajar.

TV merupakan salah satu daripada media (Heinich, Molenda dan Rusell, 1993)  atau alat bantu mengajar yang melibatkan dua pancaindera manusia iaitu pendengaran

dan penglihatan. Sebagai satu media yang melibatkan lebih daripada satu deria,  TV sememangnya akan menambahkan keberkesanan dalam menyampaikan isi-isi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas1

                Media dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat, bahan atau sumber  (konkrit atau abstrak) juga dapat digunakan dan dieksploitasi oleh seseorang pelajar secara sistematik untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej untuk pembelajaran.2

 

 1.2  LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian-Kajian Berkaitan Penggunaan Media:

Kebanyakkan penyelidikan yang telah dilaksanakan untuk mengkaji penggunaan media mendapati teknologi yang digunakan (papan tulis elektronik) telah berjaya mengatasi masalah yang berkait dengan pemisahan di antara pensyarah dengan pelajar (Idrus, 1993; Brande, 1993).  Beberapa kajian juga telah melaporkan paras dan jenis interaksi yang berlaku di antara pensyarah dan sistem media elektronik yang digunakan (Oliver & McLouglin, 1997)

Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka.  Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999).

___________________________________________________________________

1      Lihat Yusuf Hashim, Media Pengajaran dan Latihan, 2001, Ms2

2      Lihat Hazimah Hj Samin, Penggunaan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2001, Ms1

 

 

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau video, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau video, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar (2000), Jamaludin Mohaidin (2000), Heinich et al (1996

Mereka berpendapat penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.  TV/Video dikatakan dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan.  Malah TV/video yang direkabentuk secara khusus dan sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke dalam persembahannya.

Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar.  Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran.  Menurut Fontana(1988) televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang.  Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985) video yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan.  Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran

Manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley).  Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.  Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran.  Misalnya jika guru menayangkan filem serta mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah.  Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya.  Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran.  Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.”

Kajian ini dijalankan kepada 36 orang murid SMK Kundasang yang dipilih berdasarkan kepada 3 kumpulan pelbagai aras kemahiran iaitu:-

i)    Murid Prestasi Tinggi (MPT) – 12 orang

ii)   Murid Prestasi Sederhana (MPS) – 12 orang

iii)  Murid Prestasi Rendah (MPR) – 12 orang

Para Pelajar dari SMK Kundasang telah diambil sebagai respondan dalam kajian ini. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi 18 orang pelajar
dalam satu kumpulan.  Setiap kumpulan akan melalui satu sesi pengajaran yang berbeza mengikut mood yang ditetapkan iaitu:

 

Kumpulan 1 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media bahan TV Pendidikan. Kumpulan ini terdiri daripada 18 orang pelajar

-  Kumpulan 2  diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan nota dan lembaran kerja sahaja. Kumpulan ini juga terdiri daripada 18 orang pelajar.

 

Dalam kajian ini, semua pelajar diberikan soalan yang sama dalam ujian Pra, ujian pos  dan  IMMS. Semua pelajar dalam kumpulan 1 dan 2 menerima sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa serentak. Semua pelajar dalam kumpulan 1 menonton siaran TV Pendidikan pada masa yang sama. Semua pelajar diberikan pendedahan yang sama sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama menggunakan bahan-bahan yang  disediakan oleh guru. Antara matlamat kajian ini adalah untuk melihat perbezaan keputusan ujian dengan menggunakan 2 kaedah pengajaran dan     pembelajaran iaitu:-

i) Kaedah konvensional berbantukan buku teks, buku lembaran kerja, chalk and  
    talk dan kertas ujian.

ii) Kaedah penggunaan TV pendidikan sama ada off air atau on air.

iii) Dalam kajian ini bahan yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar ialah off
     air yang dirakamkan melalui Siaran TV Pendidikan (Channel 13) bertajuk      SIMPLE MACHINE,  Tingkatan 2.

iv) Rancangan TV Pendidikan ini telah dirakam ke dalam CDR dan diperbanyakkan   
     supaya dapat digunakan di dalam komputer makmal.

 

1. 3   TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentang sejauh manakah TV Pendidikan (Channel 13) melalui ASTRO membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dari aspek keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan. Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kekangan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi penggunaan TV Pendidikan. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:

A)        Mengetahui sejauhmanakah minat, sikap serta motivasi  pelajar tehadap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan berbantukan media TV Pendidikan melalui Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS)

B)        Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran “chalk and talk” atau berbantukan lembaran nota dan kerja dengan menggunakan soalan-soalan ujian pra (pratest) dan ujian pos (post test)

C)        Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripada pelbagai opsyen dan  para pelajar yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza-beza terhadap rancangan TV Pendidikan dengan menggunakan borang soalan selidik lisan  (temubual).

D)        Mengetahui jika ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi penggunaan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Data diperolehi daripada tinjauan awal yang dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan kajian-kajian masa lalu pihak Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru Ranau.

 

1.4 PERNYATAAN MASALAH

Pihak pengkaji telah mendapati bahawa terdapat banyak isu yang boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan TV Pendidikan melalui ASTRO. Antara lain isu yang sering dibincangkan ialah :-

i) Kadar Penggunaan

ii) Sebab-sebab Penggunaan

iii) Keberkesanan Penggunaan

Kajian ini akan memfokuskan kepada isu ketiga seperti yang tercatat si atas iaitu mengkaji tentang keberkesanan penggunaan TV Pendidikan melalui ASTRO dalam proses pengajaran dan Pembelajaran.

            Walau bagaimanapun secara tidak langsung, pengkaji juga turut mendapatkan data secara ringkas tentang bilangan guru yang pernah menggunakan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sebab-sebab mengapakah mereka menggunakan TV Pendidikan tersebut.

 

1. 5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini menetapkan persoalan kajian berdasarkan tujuan dan objektif kajian seperti berikut:-

A)        Minat, Sikap dan Tahap Motivasi

i)                    Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

ii)                  Apakah perbezaan motivasi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan atau siaran TV Pendidikan.

iii)                Bagaimanakah sikap penerimaan serta penghayatan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan TV Pendidikan

B) Perbezaan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan 1 (TV Pendidikan) dan Kumpulan 2 (Lembaran Nota dan Latihan) serta perbandingan data markah melalui ujian pra an ujian pos.

i)                    Adakah terdapat signifikan pada min kesan keseluruhan pengajaran guru yang menggunakan siaran dan bahan TV Pendidikan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan bahan.

ii)         Adakah terdapat perbezaan signifikan pada min skor ujian pra dan ujian pos di kalangan murid-murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan atau siaran TV Pendidikan dan cara tradisional.

vi)                Apakah perbezaan secara keseluruhannya di antara pengajaran berbantukan TV Pendidikan dengan kaedah “chalk and talk” dari segi keberkesanan menyampaikan isi-isi pengajaran.

C)        Adakah tahap penggunaan siaran TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini memuaskan. Data diukur melalui temubual yang melibatkan 20 orang responden.

D) Adakah terdapat faktor-faktor lain yang menjadi kekangan kepada  pihak sekolah yang menyebabkan kegagalan menggunakan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

 

1. 6 BATASAN KAJIAN

            Ketepatan keputusan kajian adalah bergantung kepada kualiti maklumat yang diperolehi daripada sampel kajian dan prosidur persampelan. Piawaian kualiti, prosidur , instrumen dan mekanisme telah dituruti untuk mendapatkan hasil yang menyakinkan. Prosidur persampelan berbentuk persampelan berstrata mengikut dua tahap. Peringkat pertama Ujian Pra dan Temubual dan peringkat kedua Ujian Pos dan IMMS. Senarai murid mengikut tahap pencapaian, jantina dan jumlah responden dalam satu kelas dipilih dengan teliti dan sistematik. Langkah piawaian ini telah diambil bagi mengelakkan berlakunya biasan. Kajian ini tidak menilai pendapat dan pengaruh luar daripada guru dan pelajar lain di sekolah ini.

            Sebagai satu kajian sains sosial dan teknologi. Ada beberapa kekangan yang boleh menyukarkan proses menginterpretasi data secara menyeluruh khasnya dalam konteks (cause-effect) program. Namun begitu pengkaji telah menggunakan pelbagai pendekatan termasuk dalam mengumpul data dari perspektif guru dan murid, ujian pra, ujian pos dan IMMS.

            Dalam kajian ini, pengumpulan data adalah terbatas kepada penilaian keberkesanan penggunaan perisian TV Pendidikan dalam  P&P , berkaitan produk, proses, input dan konteks perlaksanaan program. Walau bagaimanapun beberapa maklumat latar belakang pembolehubah bebas telah dikumpul yang boleh digunakan dalam analisis lanjutan untuk mengetahui hubungan kesan program terhadap komitmen sekolah ke arah membudayakan penggunaan TV Pendidikan dalam P&P.

            Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menyedari kewujudan sedikit kelemahan, boleh menjejaskan interprestasi kajian. Ini merupakan salah satu cabaran kepada pengkaji untuk mendalamkan kemahiran dalam bidang kajian tindakan ( action research). Pengumuman awal dan permohonan membuat kajian di sekolah ini telah secara tidak langsung mengubah keadaan konteks dan menyebabkan responden memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengkaji.

 

1. 7      DEFINISI OPERASIONAL

Beberapa istilah yang digunapakai di dalam kajian ini fihuraikan dalam sub topik di bawah

 

1.7.1 TV Pendidikan

Merujuk kepada Program TV Pendidikan melalui ASTRO yang telah dilancarkan pada Tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

1.7.2 Rancangan TV

Merujuk kepada rancangan-rancangan TV Pendidikan yang diterbitkan untuk siaran. Rancangan TV ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia

 

1.7.3 Perisian Rancangan

Merujuk kepada rancangan TV Pendidikan yang telah dirakamkan ke dalam CD untuk digunakan dalan siaran TV Pendidikan Off Air. Ini adalah satu kaedah yang digunakan sekiranya para pelajar tidak berkesempatan megikutinya secara langsung

Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | No Comments »

Laporan Bab 2 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

Posted by ilmu on 18th Jun 2008

BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN

 

2.1       PENGENALAN

            Bahagian ini menghuraikan rekabentuk kajian, sasaran kajian, kaedah mengutip data dan  tinjauan awal. Selain daripada itu beberapa hasil kajian masa lalu yang dilaksanakan oleh beberapa pihak juga dikemukakan sebagai bukti tinjauan awal.

 

2. 2      REKABENTUK KAJIAN

i)          Penyelidik menggunakan kaedah pengukuran kuantitatif dan kualitatif. Laure S. & Joy. F. (1997) menyatakan gabungan dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Dengan menggunakan 3 jenis instrumen iaitu borang soalselidik, skala IMMS dan soalan ujian pra dan pos, keputusan kajian dijangka akan menunjukkan keadaan sebenar senarionya. . Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada kaedah soalan ujian yang dapat mengukur keberkesanan TV pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kuantitatif. Instrument kajian telah dibina oleh penyelidik dengan bimbingan pasukan penyelidik BTPN dan EPRD Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau.

ii)         Ujian pra digunakan untuk  mengetahui tahap pencapaian murid sebelum sesi pengajaran dijalankan. Soalan-soalan di dalam kertas ujian ini terdiri daripada 20 soalan pelbagai aras.

iii)        Ujian Pra dijalankan seminggu sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran sebenar. Ini penting supaya murid-murid tidak dapat mengecam sepenuhnya soalan-soalan yang sama dalam ujian pos.

iv)        Sesi pengajaran dan pembelajaran selepas ujian tidak perlu diberitahu awal. Beritahu murid sehari sebelum sesi dan tujuan serta isi kandungan dalam sesi         pengajaran dan pembelajaran juga tidak perlu disampaikan. Tujuannya supaya murid-murid tidak mengambil kesempatan untuk belajar berkaitan tajuk terlebih dahulu. Jika ini berlaku, keputusan ujian tidak dapat menggambarkan hal sebenar.          

v)         Ujian Pos pula digunakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Isi kandungan serta soalan-soalan dalam ujian pos tidak jauh berbeza dengan soalan ujian pra. Beberapa soalan dalam ujian pos diambil terus daripada ujian pra.

 

2. 3      SASARAN  KAJIAN

i)          Sampel kajian diambil daripada 36 pelajar Tingkatan 2 SMK Kundasang. Mereka dipilih mengikut tahap prestasi dan jantina. Senarai responden adalah seperti di dalam Lampiran I : Senarai Responden / Jantina / Tahap Pencapaian (Kumpulan).

ii)         10 orang guru dan 10 orang murid yang diambil secara rawak untuk ditemuramah berkaitan dengan pendapat mereka terhadap TV Pendidikan di sekolah. Taburan respondan diperincikan dalam lampiran II (Senarai Respondan Temuramah)

iv)        Senarai nama murid diambil seramai 40 orang. Jika ada murid yang hadir dalam ujian pra tetapi tidak hadir pada ujian pos, murid ganti akan diambil. Tahap prestasi mereka hendaklah lebih kurang sama. Seboleh-bolehnya sama jantina.

 

2. 4 KAEDAH MENGUTIP DATA

·         Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian adalah kecil, maka kaedah ujian digunakan. Borang tinjauan berukuran skala (IMMS) juga digunakan untuk mengetahui tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan  bahan siaran TV Pendidikan.

·         Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan SPSS 8.0. Antara statistik yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min. Item-item yang berbentuk fakta seperti ujian IMMS akan menggunakan statistik  sisihan piawai.

·         Bagi menganalisis soalan-soalan terbuka, pengkaji telah menggunakan kaedah deskriktif dengan menggunakan perisian SPSS Versi 8.0. Bagi item-item yang berbentuk negatif, nilai diterbalikkan sebelum diproses (Oppenheim, 1986)

·         Dapatan daripada temubual dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis data temubual dianalisis selepas semua informan selesai ditemubual. Temubual dengan responden dirakam dalam bentuk audio kemudian ditranskipsikan kepada bentuk tulisan secara perkataan demi perkataan (Verbal Protocols Transcibed Verbatim). Penyelidik menyemak dan meneliti protokol temubual dari segi ketepatan idea dan makna yang disampaikan. Penganalisisan data pada peringkat ini menggunakan kaedah analisis kandungan pita rakaman audio yang dilakukan secara laporan ( metacalf, 1985) Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek objektiviti dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul ( marshal & Rossman, 1989). Cara ini merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri mesej (Marshal & Rossman, 1989) atau tema-tema tertentu (Metcalf, 1985). Garis panduan umum bagi melaksanakan temubual sebagaimana yang ditentukan oleh Marshal & Rossman (1989) dan Abdul Rahman Daud ( 1999) meliputi aspek-aspek berikut:-

a)      menentukan objektif secara spesifik

b)      mengesan maklumat yang ada kaitan dengan objektif kajian

c)      membuat hubungan empirikal antara data yang diperolehi dengan kesimpulan yang akan dibuat kemudiannya.

d)     Merangka pelan untuk mendapatkan sampel maklumat mengikut persoalan-persoalan kajian

e)      Membuat sistem kod klasifikasi

f)       Menentukan kaedah mempersembahkan hasil analisis

·         Keputusan ujian pra dan pos dianalisis dengan kekerapan, peratusan dan min. Penganalisaan data dan kualitatif mengambilkira pendapat miles dan Huberman (1994) yang menggariskan 3 prosedur utama iaitu:-

                        a) Penyaringan data

                        b) Membuat Kesimpulan

                        b) Penyemakan

 

2. 5 TINJAUAN AWAL

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan antara penentu sama ada kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam sukatan pelajaran dapat dikuasai oleh murid atau tidak. Kedua-dua proses ini merupakan antara cara untuk menjana budaya ilmu. Oleh kerana itu, guru-guru yang terlibat secara lagsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini perlulah menjalankan sesi ini dengan menggunakan ilmu pedagogi yang tinggi serta berkesan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan cepat dan menyeluruh.

            Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat banyak tinjauan yang mempunyai hubungkait dengan penggunaan bahan TV serta Video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ceramah, seminar, kursus dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan cara di atas banyak meninggalkan kesan kepada para peserta. Tidak hairanlah, TV sudah menjadi salah satu media yang terkenal sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kenderaan, hospital dan sebagainya. Keberkesanan TV dalam menyampaikan satu-satu maklumat khususnya pelajar telah diakui oleh ramai pakar, contohnya Nordin (1991), Atan dan Idrus (1999), Fattawi Mokhtar (2000) dan Jamaluddin (2000). Kesimpulan daripada pendapat-pendapat mereka ialah bahawa TV mampu membantu para pelajar meningkatkan penglibatan, kefahaman dan motivasi mereka terhadap pelajaran.

_______________________________________________________________________

3 Lihat Jurnal BTP Sabah, 2004 bil. 1 oleh Losinin dan Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004)

 

            Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, kejayaan memancarkan TV Pendidikan melalui ASTRO telah menambahkan jumlah siaran daripada satu siaran di TV2 sebelum Tahun 2000 kepada 12 siaran pakej pendidikan termasuk Saluran Khas TV Pendidikan  di Channel 12. Selain penjimatan kos daripada 12 juta ringgit ke 400 ribu ringgit setahun, guru-guru juga mempunyai lebih banyak pilihan saluran TV yang sesuai dengan isi kandungan dan objektif pelajaran yang mereka ingin sampaikan. Walaupun begitu, kekangan demi kekangan kita hadapi untuk memanafaatkan kemudahan ini kerana masih terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan TV, TV rosak dan tidak dapat dibaiki lagi, tiada sumber tenaga elektrik, tiada minyak diesel dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan hanya 25% daripada 78 buah sekolah di daerah Ranau yang telah menggunakan TV Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.3

Kajian ini akan menyokong dan mengemaskinikan laporan tinjauan Losinin  dan Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004) mengenai Kadar Penggunaan TV Pendidikan di daerah Ranau yang teleh dikemukan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Gabungan dan Daerah sebagai panduan bagi melaksanakan tindakikut pihak sekolah selepas pemantauan pegawai-pegawai atasan.

            Perlaksanaan kajian di SMK Kundasang adalah kena pada tempatnya kerana sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan TV Pendidikan. Tambahan pula sekolah ini mempunyai makmal komputer yang boleh digunakan untuk memainkan CD Interaktif yang telah dirakam daripada isi kandungan TV Pendidikan melalui Channel 12 siaran ASTRO. Pengkaji yang juga seorang guru di sekolah rendah juga mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan senario dan latar belakang siaran TV Pendidikan. Pengkaji juga telah pernah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui TV Pendidikan ataupun bahan daripada TV Pendidikan dan mengetahui sedikit sebanyak kesan penggunaan TV Pendidikan ke atas:-

i)                    Sesi pengajaran secara keseluruhan

ii)                  Tahap kefahaman murid terhadap P&P yang disampaikan

iii)                Minat dan motivasi pelajar

 

 

Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | No Comments »

Laporan Bab 3 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

Posted by ilmu on 18th Jun 2008

BAB 3 : PERLAKSANAAN KAJIAN

 

3.1       PENGENALAN

            Bahagian ini menghuraikan dengan terperinci persediaan tindakan, proses gelung kitaran yang menunjukkan proses perlaksnaan kajian tindakan keseluruhannya. Selain daripada itu, dalam bab ini juga diterangkan perlaksanaan tindakan serta menyatakan data-data yang telah diproses.

 

3. 2      PERSEDIAAN TINDAKAN

Sebaik sahaja menerima arahan untuk membuat kajian tindakan ini, pengkaji telah membuat perancangan yang sistematik dan rapi untuk mempastikan hasil kajian ini nanti benar-benar berjaya. Pengkaji telah membuat banyak pembacaan mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan keberkesanan penggunaan media pengajaran berbentuk tayangan dan pengkaji juga cuba memahami secara luas berkaitan dengan prosidur penggunaan TV Pendidikan yang sepatutnya mengikut garis panduan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kajian ini dimulakan dengan penyediaan kertas kerja dalam bentuk draf. Kertas kerja ini menunjukkan skop kajian, penetapan responden, metodologi kajian dan sebagainya yang terdiri daripada 4 bab.

Pengkaji telah menetapkan objektif-objektif kajian berdasarkan tajuk yang dipilih dan berpandukan kepada objektif-objektif inilah pengkaji telah menetapkan persoalan kajian dan seterusnya menyediakan instrumen-instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Satu lawatan khas telah dibuat di sekolah ini dan bertemu langsung dengan tuan pengetua untuk menyampaikan maksud serta tujuan pengkaji membuat kajian di sekolah ini.

Pengkaji telah mendapatkan kerjasama yang baik daripada guru tingkatan, Guru Media dan Perpustakaan dan Penyelaras Makmal.

Pemilihan pelajar telah dibuat oleh Guru-guru Kelas Tingkatan 2. Penyediaan alat dan media dibuat oleh Guru Media dan Perpustakaan serta Guru Penyelaras Makmal.

Sehari sebelum ujian pra dijalankan, satu taklimat ringkas telah dijalankan kepada murid-murid yang terlibat. Taklimat tersebut telah dijalankan bertempat di Makmal ICT sekolah.

3. 3      PROSES GELUNG / KITARAN

Beradasarkan kepada persediaan tindakan seperti yang tersebut di atas, kronologi kajian bolehlah diringkaskan seperti berikut. Proses gelung kitaran ditunjukkan dengan menggunakan flowchart (carta aliran) seperti yang berikut:

 Rajah 1 : Gelung kitaran yang menunjukkan proses penyiapan kajian

1. Perancangan dan Penyediaan Kertas Kerja     2. Menetapkan objektif     3. Menetapkan persoalan kajian     4. Menyediakan instrumen     5. Membuat lawatan ke lokasi    6. Perbincangan dengan pengetua     7. Perbincangan dengan guru kelas     8. Taklimat kepada pelajar     9. Proses P&P dan Ujian    10. Perlaksanaan tindakan     11. Menganalisis     12. Menulis laporan

 

 3. 4      PERLAKSANAAN TINDAKAN

Setelah mendapatkan kebenaran daripada pengetua dan segala instrumen telah disediakan, perlaksanaan tindakan dibuat secara berperingkat-peringkat seperti dalam jadual di bawah:-

 

 

BIL

 

TINDAKAN

 

TARIKH

 

TEMPOH

1

Mengadakan temubual dengan 10 orang guru

24/10/2006

2 jam

2

Mengadakan temubual dengan 10 orang pelajar

24/10/2006

2 jam

3

Mengadakan Ujian Pra

25/10/2006

30 minit

4

Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa bantuan TV Pendidikan (Kumpulan 1) dan ujian 20 soalan objektif

29/10/2007 (Sesi 1)

1 jam 30 minit

5

Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan TV Pendidikan (Kumpulan 2) dan ujian 20 soalan objektif

29/10/2007 (Sesi 2)

1 jam 30 minit

 

Jadual 1 : Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

 

3. 5      PENILAIAN DAN REFLEKSI

3.5.1    Ujian IMMS

(i) Pelajar dikehendaki menandakan tahap persetujuan mereka terhadap kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam instrumen IMMS. Skala-skala yang dipilih adalah sama ada (1)- Sangat tidak setuju, (2)-Tidak Setuju, (3) Setuju, (4)-Sangat setuju. Daripada analisis awal yang dilakukan, melalui ujian IMMS kesimpulannya adalah seperti berikut:-

a) 100% pelajar telah memberikan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran

b) 100% pelajar mengakui persembahan dalam tayangan menarik perhatian pelajar

c) 75% pelajar menyatakan bahawa isi kandungan pelajaran sesuai dengan pengetahuan sedia ada

d) Hanya 12% daripada pelajar yang menyatakan bahawa isi kandungan TV Pendidikan telah dipelajari dan selalu mendapatinya di dalam internet dan buku bacaan.

ii) Dalam kajian ini juga pengkaji telah berjaya menguji kesesuaian item-item dalam soal selidik bagi mengukur 40 item yang boleh dibahagi kepada 4 konstruk utama iaitu:-

 

 

 

Bil

 

Konstruk

 

Bil. Item

 

Nilai Sisihan Piawai ( α )

1

Penyediaan bahan P&P, isi kandungan

 

10

 

0.8465

2

Pengendalian sesi P&P dan Ujian

 

10

 

0.7619

3

Kefahaman terhadap topik dan pengetahuan sedia ada

 

10

 

0.8060

4

Proses Menjawab dan tahap motivasi

 

10

 

0.7926

 

Jadual 2 : Jadual nilai sisihan piawai soalan soalselidik

ii) Sisihan piawai nilai Cronbach Alpha pada instrumen IMMS tersebut ialah antara 0.7619 hingga 0.8465.  Item bagi keempat-empat konstruk dengan menukar beberapa perkataan dan menambahkan bilangan item dalam soal selidik. Terdapat beberapa item asal dalam kosntruk motivasi yang tidak digunakan untuk tujuan analisis kerana nilai Cronbach Alpha yang terlalu rendah dan sukar diperbaiki.

iii) Bagi menganalisis soalan-soalan terbuka, pengkaji telah menggunakan kaedah deskriktif dengan menggunakan perisian SPSS Versi 8.11. Bagi item-item yang berbentuk negatif, nilai diterbalikkan sebelum diproses (Oppenheim, 1986)

 

3.5.2.Ujian Pra

(i) Seramai 36 murid telah menghadiri sesi penujian pra. Mereka terdiri daripada 2 kumpulan iaitu:

 

Bil

Kumpulan

Mod P&P

Jantina

Bilangan

Taburan tahap

L

P

Tinggi

Sederhana

Rendah

1

Kumpulan 1

Pengajaran Tradisional tanpa berbantukan media TV

9

9

18 orang

6

6

6

1

Kumpulan 2

Pengajaran dengan berbantukan media TV

9

9

18 orang

6

6

6

Jadual 3 : Taburan Responden

(ii) Berdasarkan analisa kuantitatif, bilangan pelajar yang mendapat markah secara menurun direkodkan seperti berikut

(a) Kumpulan 1

 

Bil

Rekod Kuantitatif

Bilangan

Mencapai

Jumlah Markah Terkumpul

Peratus (%)

Min

Sisihan Piawai

1

20/20

0

0

0

 

 

 

 

 

 

12.68

 

 

 

 

 

 

7.32

2

19/20

0

0

0

3

18/20

0

0

0

4

17/20

0

0

0

5

16/20

0

0

0

6

15/20

3

45

15.79

7

14/20

4

56

21.05

8

13/20

4

52

21.05

9

12/20

2

24

10.53

10

11/20

4

44

21.05

11

10/20

2

20

10.53

Jumlah

19

241

100

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Jadual 4 : Keputusan Ujian Pra Kumpulan 1

 

            Pengiraan Min Markah:

Markah Keseluruhan : 380 markah

Jumlah Markah dipungut : 241 markah ; min = 12.68 ,  Sisihan Piawai = 7.32

(a) Kumpulan 2

Bil

Rekod Kuantitatif

Bilangan Mencapai

Jumlah Markah Terkumpul

Peratus (%)

 

Min

 

Sisihan Piawai

1

20/20

0

0

0

 

 

 

 

 

13.42

 

 

 

 

 

   6.58

2

19/20

0

0

0

3

18/20

0

0

0

4

17/20

0

0

0

5

16/20

1

32

5.26

6

15/20

2

30

10.53

7

14/20

4

56

21.05

8

13/20

3

39

15.79

9

12/20

2

24

10.53

10

11/20

4

44

21.05

11

10/20

3

30

15.79

Jumlah

19

255

100%

 

Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra Kumpulan 2

            Pengiraan Min Markah:

Markah Keseluruhan : 380 markah

Jumlah Markah dipungut : 255 markah ; min = 13.42 ,  Sisihan Piawai = 6.58

 

            Dalam ujian pra, tidak ada seorang pelajarpun yang telah memperolehi jawapan yang tepat bagi semua soalan. Semasa ujian ini dijalankan, guru mata pelajaran belum mengajar mata pelajaran ini. Para pelajar menjawab soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

 

 3.5.3. Ujian Pos

Seminggu selepas ujian pra dijalankan, sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan mengikut mod yang ditentukan dan keputusan ujian yang dianalisa adalah seperti yang berikut:-

a) Kumpulan a – Pengajaran Tanpa Media TV

 

Bil

Rekod Kuantitatif

Bilangan

Mencapai

Jumlah Markah Terkumpul

Peratus (%)

Min

Sisihan Piawai

1

20/20

0

0

0

 

 

 

 

 

14.36

 

 

 

 

 

 

5.64

2

19/20

0

0

0

3

18/20

2

36

10.53

4

17/20

1

17

5.26

5

16/20

2

32

10.53

6

15/20

3

45

15.79

7

14/20

4

56

21.05

8

13/20

3

39

15.79

9

12/20

4

48

21.05

10

11/20

0

0

0

11

10/20

0

0

0

Jumlah

19

273

100

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 Jadual 6 : Keputusan Ujian Pos Kumpulan 1

b) Kumpulan 2 – Pengajaran Dengan Media TV Pendidikan

 

 

Bil

Rekod Kuantitatif

Bilangan

Mencapai

Jumlah Markah Terkumpul

Peratus (%)

Min

Sisihan Piawai

1

20/20

2

40

10.53

 

 

 

 

 

17.05

 

 

 

 

 

 

2.95

2

19/20

1

38

5.26

3

18/20

2

36

10.53

4

17/20

3

51

15.78

5

16/20

2

32

10.53

6

15/20

3

45

15.79

7

14/20

4

56

21.05

8

13/20

2

26

10.53

9

12/20

0

0

0

10

11/20

0

0

0

11

10/20

0

0

0

Jumlah

19

324

100

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual 7 : Keputusan Ujian Pos Kumpulan 2

Analisa kuantitatif:

a) Keputusan ujian pra kumpulan 1 dan 2 dapat dilihat dalam rajah di bawah

Rajah 2 : Graf perbandingan keputusan ujian pra Kumpulan 1 dan 2

 

Kumpulan 1 : 241 markah,

Kumpulan 2 : 255 markah.

Perbezaan : 14 markah

 

b) Keputusan ujian pos kumpulan 1 dan 2 dapat dilihat dalam rajah di bawah

             Kumpulan 1 : 273            Kumpulan 2: 324              Perbezaan : 51 markah

Rajah 3 : Graf perbandingan keputusan ujian pos Kumpulan 1 dan 2

 c) Perbandingan markah kelas yang sama (Kumpulan 1 )dalam ujian pra dan Ujian Pos

Rajah 4 : Graf perbandingan markah ujian pra dan pos Kumpulan 1

Jadual  8 : Perbezaan Markah:

BIL

UJIAN

Jumlah Markah

1

Pra

241

2

Pos

273

Perbezaan Markah

32

Peratus Peningkatan

13.12%

 

d)  Perbandingan markah kelas yang sama (Kumpulan 2) dalam ujian pra dan Ujian Pos

 

Rajah 5 : Graf perbandingan markah ujian pra dan pos Kumpulan 2

 

 Jadual  9 : Perbezaan Markah

BIL

UJIAN

Jumlah Markah

1

Pra

255

2

Pos

324

Perbezaan Markah

69

Peratus Peningkatan

27.06%

 

e) Perbezaan peningkatan di antara 2 kumpulan ujian pos menggunakan mod pengajaran berbeza

 

Rajah  6 : Graf perbezaan peningkatan keputusan dalam dua mood pengajaran

 

f) Refleksi

Berdasarkan carta dan jadual analisis di atas, pengkaji telah berjaya mendapati bahawa penggunaan TV Pendidikan boleh membantu meningkatkan motivasi murid-murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

         Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan dalam peratusan ujian yang telah dijalankan di anatara dua ujian iaitu ujian pra dengan ujian pos. Kumpulan 1 yang mengikuti mod pengajaran tanpa bantuan media TV Pendidikan menunjukkan peningkatan sebanyak 13.12% berbanding dengan ujian pra yang dijalankan sebelumnya. Manakala kumpulan 2 yang mengikuti sesi pengajaran berbantukan media TV Pendidikan menunjukkan peningkatan sebanyak 27.06%.

            Daripada keputusan ujian ini dan analisis IMMS terbuktilah bahawa penggunaan media audio dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat berkesan. Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka.  Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999). Maka itulah sebabnya mengapa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan melaksanakan TV Pendidikan di seluruh negara sejak Tahun 1972 lagi.

 

3.6       KESIMPULAN

            3.6.1 Berdasarkan kepada ujian IMMS

i)          Keseluhuran daripada pelajar yang telah menghadapi ujian pra, sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan TV pendidikan Channel 13 menyatakan bahawa P&P berbantukan TV Pendidikan sanat menarik.

ii)         100% pelajar menyukai siaran TV Pendidikan dan mahu supaya siaran TV Pendidikan dijadikan cara mengajar di sekolah

iii)        Walau bagaimanapun hanya 25% daripada mereka mendapati kemahiran yang dilihat adalah kemahiran baru.

iv)        75% lagi daripada mereka adalah pelajar yang telah mengetahui bahawa isi kandungan pelajaran telahpun diketahui tetapi tidak secara mendalam

v)    12% daripada semua pelajar telah mengetahui kebanyakkan daripada isi
          pengajaran dan pembelajaran yang diajar.

 

3.6.2 Berdasarkan kepada Ujian Pra dan Ujian Pos

i) Dalam ujian pra, kumpulan 1 memperolehi 241 markah daripada 380 markah penuh. Jumlah ini menunjukkan min markah keseluruhan kumpulan ini ialah 12.68. Tiada pelajar yang memperolehi markah 16 -20 daripada markah penuh 20. Walaupun tajuk ini belum diajar oleh guru, pengetahuan sedia ada telah membantu mereka menguasai tajuk ini tetapi tiada pelajar yang memperolehi markan lebih daripada 16.

ii) Kumpulan 2 pula mencatatkan markah yang  diperolehi sebanyak 255 daripada 380 dengan min 13.42. Seperti juga dalam kumpulan 1, tiada pelajar yang mendapat markah penuh.

iii) setelah sesi pengajaran dilaksanakan kumpulan 1 yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa media TV Pendidikan memperlihatkan peningkatan iaitu sebanyak 13.12% berbanding dengan ujian pra. Kumpulan 2 pula yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan TV Pendidikan memperlihatkan peningkatan sebanyak 27.06%. Peningkatan ini melebihi dua kali ganda daripada kumpulan 1.  Ini membuktikan bahawa sesi pengajaran yang dijalankan di kumpulan 2 lebih berkesan dan telah membantu para pelajar memahami isi kandungan pelajaran yang diajar. 

 

* Maaf di atas masalah teknikal rajah dan jadual.

Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | No Comments »

Laporan Bab 4 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

Posted by ilmu on 18th Jun 2008

BAB 4 : PENILAIAN

 

4.1      PENGENALAN

Bab ini menghuraikan tentang penilaian serta refleksi berdasarkan maklumbalas, refleksi kendiri dan beberapa rumusan pengkaji. Seterusnya pengkaji telah memberikan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang tertentu dalam melaksanakan program TV Pendidikan di sekolah.

 

4.2      PENILAIAN DAN REFLEKSI BERDASARKAN MAKLUMBALAS

Peranan sekolah adalah amat penting di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan TV Pendidikan. Di samping perbelanjaan pukal yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, kemudahan seperti TV dan ASTRO yang ada di sekolah jika tidak digunakan sepenuhnya merupakan satu kerugian dan penaniyaan kepada para pelajar yang sepatutnya mendapat kebaikan daripada kemudahan ini.

          Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka.  Oleh itu, mengapakah guru-guru tidak berusaha menggunakan kemudahan ini dan pihak pentadbir sekolah juga tidak mengambilberat terhadap penggunaan TV Pendidikan yang jelas telah diarahkan penggunaannya oleh YAB Perdana Menteri sendiri apabila banyak pekeliling yang dikirimkan ke sekolah-sekolah berkaitan dengan penggunaan TV Pendidikan dalam P&P. Buku log penggunaan TV Pendidikan juga telah disediakan oleh pihak BTP selain daripada pasukan Nazir dan Audit memantau peralatan TV Pendidikan dan penggunaannya. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Losinin dan Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004), mendapati bahawa hanya 25% daripada responden yang terlibat dalam tinjauan menggunakan TV Pendidikan dalam P&P. Begitupun, hanyalah sekali sahaja dalam sebulan.

Terdapat juga kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999) dan telah banyak orang-perseorangan yang membuat kajian dan tinjuan untuk melihat keberkesanan TV dalam P&P.

         

4.3        PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI

Pengkaji telah cuba memahami dan mendalami kekangan-kekangan yang dihadapi oleh sekolah yang telah menyebabkan penggunaan TV pendidikan tidak dapat dijalankan di sekolah-sekolah. Losinin dan Pasukan Kajian Ranau (Jurnal Kajian PSPN : 2004) telah mengenalpasti beberapa  sebab utama mengapa TV Pendidikan tidak dapat dijalankan di sekolah-sekolah. Faktor-faktor berikut adalah seperti berikut:-

(a) Sikap pentadbir dan guru yang mengambil ringan terhadap penggunaan  TV pendidikan

(b) Tidak mempunyai kemudahan TV atau TV tidak dapat digunakan kerana rosak dan tidak dapat dibaiki

(c) Berlaku kerosakan pada set DMT, Disc dan kehilangan Kad Pintar ASTRO

(d)  Tidak Mempunyai peruntukan yang cukup untuk membeli minyak penjanakuasa atau tiada janakuasa terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar

(e)  Pihak ASTRO lewat menghantar jadual siaran ASTRO ke sekolah-sekolah dan

(f) Jadual waktu induk sekolah yang digubal tidak selaras dengan jadual siaran TV Pendidikan

Oleh sebab itu, pengkaji turut menyedari bahawa TV di sekolah bukanlah semata-mata untuk dijadikan sebagai perhiasan dan harta modal, akan tetapi ia haruslah dimanafaatkan bersama. Jadi, segala kekangan yang dihadapi hendaklah ditangani bersama baik di peringkat guru, pentadbir, pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Gabungan dan Negeri, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan syarikat ASTRO mestilah sama-sama bergabung tenaga untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

 

4.4     RUMUSAN

Kajian ini telah membuktikan bahawa TV Pendidikan merupakan salah satu media yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Selain daripada menarik dan meningkatkan motivasi pelajar, ia juga menghiburkan. Menonton TV Pendidikan akan menghilangkan rasa tekanan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas. Tidak hairanlah jika semua rumah di negara kita memiliki sekurang-kurangnya satu peti TV untuk kemudahan tontonan keluarga.

          Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’

Falsafah diatas bertepatan sekali dengan naluri manusia yang telah disempurnakan oleh Tuhan dengan pancaindera yang lengkap dan jika digunakan sepenuhnya akan memudahkan kita mengingat apa sahaja maklumat yang dicari. Demikian juga pelajar yang menimba ilmu pengetahuan perlulah dididik dengan menggunakan keadah pedagogi yang berkesan dan menarik. Jika pedagogi yang digunakan oleh guru benar-benar berkesan, maka pelajar akan menjadi seorang insan yang berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.        

 

4.5  CADANGAN        

i)        Sebagaimana yang dinyatakan bahawa kajian ini adalah penting untuk melihat dan mengetahui perbezaan keberkesanan proses pengajaran berbantukan bahan atau siaran TV Pendidikan.

ii)       Dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan bahan dokumentasi di peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

5        Senario penggunaan TV Pendidikan masa ini menunjukkan penurunan sebanyak 20% berbanding 10 tahun yang lepas. Kajian seperti ini boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan kembali penggunaan TV Pendidikan.

                                               

Bibliografi / Rujukan:

Alessi, S.M. & Trollip, S.R. (1991). Computer-based instruction: Methods and York: Holt Rinehart and Winston, Inc.

Journal of Instructional Development, 10(3), 2-10.

Kulik, J.A.,  Bangert, R.L. , & Williams, G.W. (1983).  Effects of computer-based teaching on secondary school students. Journal of Educational Psychology, 75, 19-26.

Rieber, L.P. (1996). Animation as feedback in a computer-based simulation: Representation matters. Educational Technology Research and Development, 44, 91-101.

Rio, S.S. (1999). Ketrampilan dalam Teknologi: Multi Media dalam Pendidikan Sains. Kertas kerja Seminar Pendidikan Sains di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya pada 21 April 1999.

Sabrina Bakar (1998). Kesan mod persembahan yang berbeza dalam multimedia berasaskan komputer terhadap pencapaian matematik pelajar yang berbeza gaya kognitif. Unpublished masters dissertation, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Toh, S.C., Abdul Rahim Mohd. Saad & Ng, W.K. (1997). A study of the cognitive and affective effects of multimedia simulations and games amongst malaysian students. Kertas kerja Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-X, 1997 di  Universiti Putra Malaysia pada 21-23 November,1997.

Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaran sains dan matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Seberang Perai pada 19 Jun, 1999.

Tzur, R. (1999). An integrated study of children’s construction of improper fractions and the teacher’s role in promoting that learning. Journal for Research in Mathematics Education, 30(4), 390-416.

Wearne-Hiebert, D.C. & Hiebert, J. (1983). Junior high school students’ understanding of fractions. School Science and Mathematics, 83(2), 96-106.

Wigfield, A. & Meece, J. L. (1988). Math Anxiety in Elementary and Secondary School Students. Journal of Educational Psychology, 80, 210-216.

Nik Azis Nik Pa. 1997. Konsep tentang realiti dan prospek pendidikan di abad ke 21. Jurnal Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia. 2: 37-52.

Merill, M.D. 1983. Component Display Theory in Regeluth, C (ed). Indtructional design theories and models. New Jersey: Erlbaum Hillsdale.

Mohd Fadzli Ali. 2001. Distance Education: Constructivism and the Internet. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali ke 14. hlm. 242-246.

Gagne, R. 1985. The conditions of learning and theory of instruction. Ed ke 4. New York : Holt Pub.

Perkins D.N. 1991. technology meets constructivism: do they marriagel ?. Educational Technology, 31, No.5:18-23.

Phillips, Rob. 1977. Interactive Multimedia: A practical guide for educational applications. USA: Kogan Page.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reiber, L.P. (1994). Computer-based Microworlds: A bridge between constructivisme and direct instruction. Educational Technology Research and Development, 40 (1)

Roblyer, M.D. & Edwards, Jack. 1997. Integrating Educational Technology into Teaching. Ohio: Prentice Hall.

Losinin, 2004 . Tinjauan Penggunaan TVP Daerah Ranau, Jurnal Bil. 2/2004, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah..

Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | No Comments »

Meningkatkan kemahiran penguasaan fakta asas Matematik Tahun 5, SK tungou Ranau dengan menggunakan Kaedah ‘ RAJA CONGKAK ‘

Posted by ilmu on 12th Jun 2008

1.Nama Dan Alamat  Penuh Organisasi

 

Sekolah Kebangsaan Tungou Ranau

 

2. AJK Penyelidik ( Ahli Kumpulan )

En Benjamin Darunchok

Pn Siti Milia Emmy Giak

En Sahidin Yusof

 

3. Tajuk Kajian

Meningkatkan kemahiran penguasaan fakta asas Matematik Tahun 5, SK tungou Ranau dengan menggunakan Kaedah ‘ RAJA CONGKAK ‘

 

4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Berdasarkan hasil kerja yang diperiksa oleh guru, 8 orang murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan fakta asas Matematik. Ini menyebabkan markah yang diperolehi oleh murid terlalu rendah dan tidak mencapai tahap penguasaan minimum.

 

5. Fokus Kajian

Melibatkan 8 orang daripada 9 orang murid Tahun 5 yang tidak dapat menguasai fakta asas Matematik

 

6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus )

 

6.1 Objektif Am

i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai fakta asas Matematik

ii) Mempertingkatkan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan murid

 

6.2 Objektif Khusus

i ) 8 orang murid menguasai dan mengenali simbol fakta asas Mateamatik

ii) 8 orang murid yang terlibat dapat menyelesaikan masalah Matematik berdasarkan soalan-soalan yang terdapat dalam RAJA CONGKAK dan melepasi tahap penguasaan minimum.

 

7. Kumpulan Sasaran

Melibatkan 8 orang murid tahun 5 SK Tungou Ranau

 

8. Tindakan yang dicadangkan

i.    Mengadakan ujian Diagnostik kepada murid sasaran untuk mengenal pasti masalah .  asas murid.

ii.   Memberi bimbingan kemahiran fakta asas Matematik dengan menggunakan Kaedah dan Bahan Inovasi.

iii.  Memberi latih tubi menjawab soalan mudah ( Digit 0-9 ) kepada murid-murid

iv.   Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan.

v.  Membuat analisis data hasil ujian Pos.

vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti pengajaran dan pembelajarfan.

 

9. Bahan Dan Anggaran Kos

 

BIL

JENIS ALATAN BAHAN

KOS

1

Kontena 10 buah

RM20.00

2

Papan Lapis 1 keping

RM15.00

3

Ink pencetak

RM67.00

4

Kertas 4 Rim

RM44.00

5

Double Tape

RM5.00

6

Marker Pen

RM5.00

7

Kad manila 20 keping

RM15.00

8

Gunting

RM4.80

 

JUMLAH

RM175.80

  

 

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt

 

BIL

AKTIVITI

TARIKH

01

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan

16.06.2008

02

Pembetukan Kertas cadangan

17.06.2008

03

Mesyuarat perancangan Kajian

18.06.2008

04

Mesyuarat Penyediaan soalan Ujian Pra

27.06.2008

05

Pelaksanaan ujian Pra

01.07.2008

06

Pemprosesan data Ujian Pra

04.07.2008

07

Mesyuarat perancangan untuk Temu Bual Dan Pemerhatian

07.07.2008

08

Melaksanakan Pemerhatian

13.07.2008

09

Menjalankan sesi Temu Bual

15.07.2008

10

Pemprosesan Data Temu Bual Dan Merumus Data

20.07.2007

11

Mesyuarat Teknik Rawatan

25.07.2008

12

Pelaksanaan Teknik Rawatan

28.07.2008

13

Perancangan Dan Pelaksanaan Ujian Pos

01.08.2008

14

Pemprosesan Data Ujian Pos

08.08.2008

15

Penilaian Kendiri/Renungan/Refleksi

11.08.2008

16

Penulisan Laporan Kajian

12.08.2008

17

Pemurnian Laporan

15.08.2008

18

Membentang Laopran Kajian

18.08.2008

19

Menghantar Laopran kajian ke BTPN sabah

22.08.2008

 

  

                                                                                    Lampiran 1 : Borang Soal Selidik

 

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

 

Skala :

          1     = Tidak setuju

          2     = Kurang setuju

          3     = Setuju

          4     = Sangat setuju

 

BIL

ITEM

NILAIAN

1

Saya suka membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru

1

2

3

4

2

Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru Matematik

1

2

3

4

3

Saya dapat menentukan simbol fakta asas matematik

1

2

3

4

4

Saya dapat membezakan simbol fakta asas matematik

1

2

3

4

5

Saya boleh menyelasaikan soalan Matematik yang diberikan oleh guru di dalam kelas

1

2

3

4

6

Saya selalu membaca sifir

1

2

3

4

7

Saya boleh mengira nombor sehingga 100

1

2

3

4

8

Saya merasa susah untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi Bahagi

1

2

3

4

9

Ibu bapa selalu membimbing saya mengira nombor di rumah

1

2

3

4

10

Saya suka mengira objek

1

2

3

4

 

 

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | No Comments »

Meningkatkan kemahiran murid tahun 4 untuk menjawab soalan Sains bahagian B (Kertas 2) dengan menggunakan kaedah “Biasan Aura Minda”.

Posted by ilmu on 12th Jun 2008

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

 

 

1.  Nama Dan Alamat Penuh Organisasi.

     Sekolah Kebangsaan Tungou, Ranau.

 

2.  Nama / AJK Penyelidik ( Ahli Kumpulan ).

     Encik Kaparing Tahir  ( Ketua )

     Encik Jaudin Kontingi

     Puan Kuinah @ Erus Sahamin

 

3. Tajuk Kajian.

     Meningkatkan kemahiran murid tahun 4 untuk menjawab soalan Sains bahagian B  (Kertas 2) dengan menggunakan kaedah “Biasan Aura Minda”.

 

4.   Refleksi Masalah / Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu.

      Berdasarkan hasil kerja murid yang telah diperiksa oleh guru di dapati 11 orang

      murid Tahun 4  tidak  memahami kehendak soalan dan seterusnya tidak dapat

      menjawab soalan dengan lengkap.  Akibatnya kebanyakan murid memperolehi

      markah yang rendah.

 

5.  Fokus Kajian/ Isu Keperihalan Yang Dikaji.

     Melibatkan 11 orang murid Tahun 4 yang tidak dapat menjawab soalan Sains

     bahagian B kerana tidak memahami kehendak soalan. Soalan bahagian B ini terdiri

     daripada soalan struktur dan menggunakan istilah Sains yang sukar.

 

6.  Objektif Kajian

    6.1 – Objektif Am

             i) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak dapat memahami kehendak

                 soalan.

            ii) Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah “Biasan Aura Minda”.

 

   6.2 – Objektif Khusus

            i)  Murid dapat mengenali 3 istilah khas yang dapat digunakan untuk memahami

                kehendak soalan.

            ii) Murid sasaran dapat menjawab tiga daripada  lima soalan struktur dengan betul

 

7.  Kumpulan Sasaran.

     Melibatkan 11 orang  murid Tahun 4   SK. Tungou, Ranau.

 

8. Tindakan Yang Dicadangkan.

     i)   Mengadakan Ujian Pra kepada kumpulan sasaran untuk mengenal pasti masalah

          asas murid.

    ii)   Memberi bimbingan  memahami kepada murid cara memahami kehendak soalan.

   iii)   Bimbingan rakan sebaya.

   iv)   Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid.

    v)   Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan

          kaedah dan bahan inovasi yang digunakan.

vi)  Membuat analisis data hasil ujian pos.

vii) Membuat laporan kajian berkaiatan kekuatan dan kekurangan aktiviti  aktiviti

       pengajaran dan pembelajaran.

 

  

9.   Bahan Dan Anggaran Kos.

 

 

Bil

 

Jenis Alatan/ Bahan

 

Kos

 

1

 

 Kertas  A4 – 3 rim X RM 13.50

 

RM 54.00

 

2

 

 Kos Pencetakan ( ink Pencetak ) 1 set

 

RM 67.00

 

3

 

Alat tulis ( marker pen )- 5 kotak X RM 13.00

 

RM 65.00

 

4

 

 Kad Manila- 10 Keping X RM 1.00

 

RM 10.00

 

5

 

 Double Tape

 

RM   5.00

 

 

 

 Jumlah

 

 RM 134.00

 

  

10.  Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt.

 

 

Bil

 

Aktiviti

 

Tarikh

 

1

 

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan

 

20.05.2008

 

2

 

Penyediaan Kertas Cadangan

 

26.05.2008

 

3

 

Mesyuarat Perancangan Kajian

 

10.06.2008

 

4

 

Mesyuarat Penyediaan Soalan Ujian Pra

 

17.06.2008

 

5

 

Pelaksanaan Ujian Pra

 

24.06.2008

 

6

 

Pemprosesan Data Ujian Pra

 

02.07.2008

 

7

 

Mesyuarat Perancangan Untuk Temu Bual dan pemerhatian

 

09.07.2008

 

8

 

Melaksanakan Pemerhatian

 

16.07.2008

 

9

 

Menjalankan Sesi Temu Bual Dengan Murid

 

18.07.2008

 

10

 

Pemprosesan Data Temu Bual Dengan Murid

 

21.07.2008

 

11

 

Mesyuarat Teknik Rawatan

 

24.07.2008

 

12

 

Pelaksanaan Teknik Rawatan

 

28.07.2008

 

13

 

Perancangan dan Pelaksanaan Ujian Pos

 

29.07.2008

 

14

 

Pemprosesan Data Ujian Pos

 

01.08.2008

 

15

 

Penilaian Kendiri/ Renungan/ Refleksi

 

04.08.2008

 

16

 

Penulisan Laporan Kajian

 

05.08.2008

 

17

 

Pemurnian Laporan

 

06.08.2008

 

18

 

Membentang Laporan Kajian

 

07.08.2008

 

19

 

Menghantar Laporan Kajian Ke BTPN Sabah

 

20.08.2008

 

 

 

Lampiran 1 : Borang Kaji Selidik

 

 

 

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling

 

sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

 

Skala:

 

            1          =  Tidak Setuju

 

            2          =  Kurang Setuju

 

            3          =  Setuju

 

            4          =  Sangat Setuju

 

 

BIL

 

ITEM

 

NILAIAN

 

1

 

Saya suka belajar mata pelajaran Sains.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

2

 

Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru Sains.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

3

 

Saya dapat memahami kehendak soalan sains dalam

bahagian B.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

4

 

Saya dapat memahami istilah Sains.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

Saya boleh mengenal pasti istilah Sains yang digunakan

dalam soalan Sains Bahagian B.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

6

 

Saya merasa susah untuk menjawab soalan sains dalam

bentuk struktur.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

7

 

Ibu bapa selalu membimbing saya menjawab saoalan Sains

dalam bahagian B.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

8

 

Sains merupakan satu mata pelajaran yang paling saya

minati.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | No Comments »

Meningkatkan kemahiran Menulis Ayat Menggunakan Perkataan Yang Diberi Berdasarkan Gambar dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas 2, Bahagian C, Tahun 6 dengan menggunakan “Kaedah “Keretapi Ayat””.

Posted by ilmu on 12th Jun 2008

Kertas Cadangan Kajian Tindakan.

 

  1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi.

 

Sekolah Kebangsaan Tungou,

Peti surat 93,

89308 Ranau.

 

  1. Nama / AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan)

 

Encik Edburga @ Jerome Agong

Puan Jamurah Galitang

Puan Sobina bt. Boisi @ Augustinos

 

 

  1. Tajuk Kajian

 

Meningkatkan kemahiran Menulis Ayat Menggunakan Perkataan Yang Diberi Berdasarkan Gambar dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas 2, Bahagian C, Tahun 6 dengan menggunakan “Kaedah “Keretapi Ayat””.

 

  1. Refleksi Masalah / Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu.

 

Berdasarkan keputusan markah Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Semester 1, guru telah mendapati bahawa 10 orang murid dalam kelas Tahun 6 telah mendapat markah yang terlalu rendah dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas 2, terutama sekali dalam bahagian C.

 

Punca yang menyebabkan masalah ini ialah, murid tidak dapat menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi  berdasarkan gambar dengan betul dalam bahagian C.

 

Sekiranya murid, dapat menguasai kemahiran membina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar, mereka boleh menulis dan menceritakan peristiwa yang berlaku dalam gambar seterusnya mendapat markah yang tinggi dalam bahagian C. 

 

 

  1. Fokus Kajian/ Isu Keperihalan Yang Dikaji

 

Melibatkan 10 orang dari 14 orang murid Tahun 6 yang tidak dapat menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.

 

     6.  Objektif Kajian  (Am dan Khusus )

           

6.1      Objektif Am

 

i.                    Mengenalpasti masalah murid  tidak dapat menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

 

ii.                  Membina kemahiran murid menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

 

            6.2  Objektif Khusus

 

                   i.     Murid yang terlibat menggunakan tatabahasa yang betul 

                          dalam binaan ayat .

 

                   ii.    Murid sasaran dapat menulis lima ayat yang lengkap 

                          menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

 

        7.  Kumpulan Sasaran

 

             Melibatkan 10 orang murid Tahun 6, SK Tungou, Ranau. 

 

 

8. Tindakan Yang Dicadangkan

 

     i)   Mengadakan ujian diagnostik kepada murid sasaran untuk  

          mengenalpasti masalah asas murid.

 

    ii)   Memberi bimbingan kemahiran asas menulis ayat menggunakan     

          kaedah “Keretapi Ayat”.

 

    iii)  Memberi latih tubi menulis ayat dalam Bahagian C, Kertas 2 kepada murid-

          murid yang disasarkan.

 

     iv)  Membuat ujian pos kepada murid-murid terlibat untuk melihat  

           keberkesanan penggunaan kaedah “Keretapi Ayat”.

 

      v)  Membuat analisis data hasil ujian pos.

 

      vi)  Membuat laporan kajian berkaitan kekuatan dan kekurangan aktiviti   

            pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Keretapi Ayat”. 

 

 

9.   Bahan Dan Anggaran Kos

 

 

 

Bil.

 

Jenis Alatan / Bahan

 

Kos (RM)

1.

Kertas A4

5 rim X RM13.50

 

       67.00

2.

Kos Percetakan

Dakwat Printer

 

     100.00

3.

Alat tulis

4 X 5 batang

 

       10.00

4.

Kad Manila

20 keping X 60 sen

 

       12.00

5.

Double tape

2 gulung X  RM2.50

 

         5.00

6.

 

Notebook

 

7.

 

LCD

 

8.

 

CD kosong

 

9.

 

Kamus

 

 

 

JUMLAH

    

       194.00

 

 

 10.   Jadual Pelaksanaan Kajian /  Carta Gantt.

 

 

Bil.

 

 

Aktiviti

 

Tarikh

1

 

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan

26/05/08

2

 

Pembentukan Kertas Cadangan

26/05/08

3

 

Mesyuarat Perancangan Kajian

26/05/08

4

 

Mesyuarat Penyediaan Soalan Ujian Pra

10/06/08

5

 

Pelaksanaan Ujian Pra

18/06/08

6

 

Pemprosesan Data Ujian Data

20/06/08

7

Mesyuarat Perancangan Untuk Temu Bual Dan Pemerhatian

 

24/06/08

8

 

Melaksanakan Pemerhatian

30/06/08

9

 

Menjalankan Sesi Temu Bual Dengan Murid

01/07/08

10

 

Pemprosesan Data Temu Bual dan Merumus Data

03/07/08

11

 

Mesyuarat Teknik Rawatan

07/07/08

12

 

Pelaksanaan Teknik Rawatan

14/07/08

13

 

Perancangan Dan Pelaksanaan Ujian Pos

16/07/08

14

 

Pemprosesan Data Ujian Pos

28/07/08

15

 

Penilaian Kendiri/Renungan/Refleksi

31/07/08

16

 

Penulisan Laporan Kajian

01/08/08

17

 

Pemurnian Laporan

04/08/08

18

 

Membentang Laporan Kajian

05/08/08

19

 

Menghantar Laporan Kajian Ke BTPN Sabah

20/08/08

 

 

 

                                                                                  Lampiran 1: Borang Kaji Selidik

 

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah inji dan bulatkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

 

Skala:

 

       1                   = Tidak Setuju

 

       2                   =  Kurang Setuju

 

       3                   =  Setuju

 

       4                   =  Sangat Setuju

 

 

BIL

 

ITEM

NILAIAN

1

Saya suka belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris menggunakan ”Keretapi Ayat”.

 

1

2

3

4

2

Saya dapat memahami pelajaran yang diajar oleh guru Bahasa Inggeris pada hari ini menggunakan ”Keretapi Ayat”.

1

2

3

4

3

Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru Bahasa Inggeris.

1

2

3

4

4

Saya dapat menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat.

1

2

3

4

5

Saya boleh membina ayat tunggal.

 

1

2

3

4

6

 

Saya berasa senang untuk menulis ayat berdasarkan gambar setelah mengikuti proses pembelajaran ”Keretapi Ayat”.

1

2

3

4

7

 

Ibu bapa selalu membimbing saya menulis di rumah.

1

2

3

4

8

Saya suka membaca buku Bahasa Inggeris.

 

1

2

3

4

9

Saya dapat memahami cerita berdasarkan gambar.

 

1

2

3

4

10

Saya dapat bercerita dalam Bahasa Inggeris menggunakan gambar.

1

2

3

4

 

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | No Comments »

Bengkel Kajian Tindakan SK. Tungou, Ranau

Posted by ilmu on 12th Jun 2008

        

Bengkel Kajian Tindakan Peringkat SK. Tungou Ranau telah diadakan pada 26 dan 27 Mei 2008 bertempat di PKG Ranau. Tujuan bengkel ini adalah untuk mendedahkan kepada ketua-ketua panitia tentang kaedah perlaksanaan Kajian Tindakan Teknologi Pedagogi dan Pembinaan Bahan Inovasi yang akan digunakan dalam sesi P&P di sekolah. Bengkel ini turut dikendalikan oleh En. Saimun Jaimin dan En. Rajibin Rasman, Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah 2008. Bilangan peserta 20 orang.  

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »