Laporan Bab 1 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN MELALUI ASTRO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

BAB 1 : PENDAHULUAN

 

1.1  PENGENALAN

Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di negara kita. TV Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah terutama sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan ilmu hisab pada waktu itu .

            Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215 buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringakat awal, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada ketika itu sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke kedua-dua negeri ini. TV Pendidikan di Sabah khasnya hanya bermula pada Tahun 1980 yang dilancarkan bersama dengan Radio Pendidikan On Air melalui RTM Sabah.

Pada Tahun 1999, TV pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada masa itu Diterajui oleh YB Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia. Keputusan Kerajaan memancarkan TV Pendidikan ke udara melalui ASTRO telah mengurangkan kos tahunan yang sebelum ini mencecah RM5juta kepada RM400 ribu sahaja.

Siaran TV Pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan di daerah Ranau sejak tahun 2000 dengan pemasangan fasa pertama sebanyak 46 buah sekolah daripada 77 buah sekolah di daerah ini. Dalam pemasangan ini, 3 faktor utama yang diambilkira melayakkan pemasangan set ASTRO iaitu :-

i)    Mempunyai kemudahan TV

ii)   Mempunyai janakuasa elektrik sama ada janakuasa sendiri atau SESB

iii)  Mempunyai jalan perhubungan dan pengangkutan.

Faktor-faktor di atas merupakan syarat yang penting sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemasangan ini dijangka akan dapat mengatasi masalah penerimaan siaran yang agak terhad terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Ini terbukti apabila selepas pemasangan set ASTRO, kualiti siaran sangat memuaskan terutamanya kepada 12 siaran yang termasuk di dalam pakej pendidikan iaitu:-

a)      Siaran TV 1 (Umum)

b)      Siaran TV2 (Umum)

c)      Siaran TV3 (Umum)

d)     Siaran NTV7 (Umum)

e)      Siaran 11 ( Discovery Travel & Adventure)

f)       Siaran 13 (TV Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia)

g)      Siaran 50 (Discovery Channel)

h)      Siaran 51 ( Animal Planet)

i)        Siaran 52 ( National Geographic)

j)        Siaran 61 (Disney Channel)

Ke semua saluran yang dimasukkan ke dalam pakej TV Pendidikan mempunyai unsur-unsur pelajaran dan pengetahuan yang memberi manafaat kepada para pelajar.

TV merupakan salah satu daripada media (Heinich, Molenda dan Rusell, 1993)  atau alat bantu mengajar yang melibatkan dua pancaindera manusia iaitu pendengaran

dan penglihatan. Sebagai satu media yang melibatkan lebih daripada satu deria,  TV sememangnya akan menambahkan keberkesanan dalam menyampaikan isi-isi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas1

                Media dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat, bahan atau sumber  (konkrit atau abstrak) juga dapat digunakan dan dieksploitasi oleh seseorang pelajar secara sistematik untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej untuk pembelajaran.2

 

 1.2  LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian-Kajian Berkaitan Penggunaan Media:

Kebanyakkan penyelidikan yang telah dilaksanakan untuk mengkaji penggunaan media mendapati teknologi yang digunakan (papan tulis elektronik) telah berjaya mengatasi masalah yang berkait dengan pemisahan di antara pensyarah dengan pelajar (Idrus, 1993; Brande, 1993).  Beberapa kajian juga telah melaporkan paras dan jenis interaksi yang berlaku di antara pensyarah dan sistem media elektronik yang digunakan (Oliver & McLouglin, 1997)

Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka.  Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999).

___________________________________________________________________

1      Lihat Yusuf Hashim, Media Pengajaran dan Latihan, 2001, Ms2

2      Lihat Hazimah Hj Samin, Penggunaan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2001, Ms1

 

 

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau video, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau video, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar (2000), Jamaludin Mohaidin (2000), Heinich et al (1996

Mereka berpendapat penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.  TV/Video dikatakan dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan.  Malah TV/video yang direkabentuk secara khusus dan sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke dalam persembahannya.

Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar.  Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran.  Menurut Fontana(1988) televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang.  Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985) video yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan.  Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran

Manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley).  Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.  Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran.  Misalnya jika guru menayangkan filem serta mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah.  Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya.  Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran.  Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.”

Kajian ini dijalankan kepada 36 orang murid SMK Kundasang yang dipilih berdasarkan kepada 3 kumpulan pelbagai aras kemahiran iaitu:-

i)    Murid Prestasi Tinggi (MPT) – 12 orang

ii)   Murid Prestasi Sederhana (MPS) – 12 orang

iii)  Murid Prestasi Rendah (MPR) – 12 orang

Para Pelajar dari SMK Kundasang telah diambil sebagai respondan dalam kajian ini. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi 18 orang pelajar
dalam satu kumpulan.  Setiap kumpulan akan melalui satu sesi pengajaran yang berbeza mengikut mood yang ditetapkan iaitu:

 

–  Kumpulan 1 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media bahan TV Pendidikan. Kumpulan ini terdiri daripada 18 orang pelajar

–  Kumpulan 2  diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan nota dan lembaran kerja sahaja. Kumpulan ini juga terdiri daripada 18 orang pelajar.

 

Dalam kajian ini, semua pelajar diberikan soalan yang sama dalam ujian Pra, ujian pos  dan  IMMS. Semua pelajar dalam kumpulan 1 dan 2 menerima sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa serentak. Semua pelajar dalam kumpulan 1 menonton siaran TV Pendidikan pada masa yang sama. Semua pelajar diberikan pendedahan yang sama sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama menggunakan bahan-bahan yang  disediakan oleh guru. Antara matlamat kajian ini adalah untuk melihat perbezaan keputusan ujian dengan menggunakan 2 kaedah pengajaran dan     pembelajaran iaitu:-

i) Kaedah konvensional berbantukan buku teks, buku lembaran kerja, chalk and  
    talk dan kertas ujian.

ii) Kaedah penggunaan TV pendidikan sama ada off air atau on air.

iii) Dalam kajian ini bahan yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar ialah off
     air yang dirakamkan melalui Siaran TV Pendidikan (Channel 13) bertajuk      SIMPLE MACHINE,  Tingkatan 2.

iv) Rancangan TV Pendidikan ini telah dirakam ke dalam CDR dan diperbanyakkan   
     supaya dapat digunakan di dalam komputer makmal.

 

1. 3   TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentang sejauh manakah TV Pendidikan (Channel 13) melalui ASTRO membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dari aspek keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan. Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kekangan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi penggunaan TV Pendidikan. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:

A)        Mengetahui sejauhmanakah minat, sikap serta motivasi  pelajar tehadap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan berbantukan media TV Pendidikan melalui Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS)

B)        Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran “chalk and talk” atau berbantukan lembaran nota dan kerja dengan menggunakan soalan-soalan ujian pra (pratest) dan ujian pos (post test)

C)        Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripada pelbagai opsyen dan  para pelajar yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza-beza terhadap rancangan TV Pendidikan dengan menggunakan borang soalan selidik lisan  (temubual).

D)        Mengetahui jika ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi penggunaan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Data diperolehi daripada tinjauan awal yang dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan kajian-kajian masa lalu pihak Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru Ranau.

 

1.4 PERNYATAAN MASALAH

Pihak pengkaji telah mendapati bahawa terdapat banyak isu yang boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan TV Pendidikan melalui ASTRO. Antara lain isu yang sering dibincangkan ialah :-

i) Kadar Penggunaan

ii) Sebab-sebab Penggunaan

iii) Keberkesanan Penggunaan

Kajian ini akan memfokuskan kepada isu ketiga seperti yang tercatat si atas iaitu mengkaji tentang keberkesanan penggunaan TV Pendidikan melalui ASTRO dalam proses pengajaran dan Pembelajaran.

            Walau bagaimanapun secara tidak langsung, pengkaji juga turut mendapatkan data secara ringkas tentang bilangan guru yang pernah menggunakan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sebab-sebab mengapakah mereka menggunakan TV Pendidikan tersebut.

 

1. 5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini menetapkan persoalan kajian berdasarkan tujuan dan objektif kajian seperti berikut:-

A)        Minat, Sikap dan Tahap Motivasi

i)                    Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

ii)                  Apakah perbezaan motivasi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan atau siaran TV Pendidikan.

iii)                Bagaimanakah sikap penerimaan serta penghayatan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan TV Pendidikan

B) Perbezaan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan 1 (TV Pendidikan) dan Kumpulan 2 (Lembaran Nota dan Latihan) serta perbandingan data markah melalui ujian pra an ujian pos.

i)                    Adakah terdapat signifikan pada min kesan keseluruhan pengajaran guru yang menggunakan siaran dan bahan TV Pendidikan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan bahan.

ii)         Adakah terdapat perbezaan signifikan pada min skor ujian pra dan ujian pos di kalangan murid-murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan atau siaran TV Pendidikan dan cara tradisional.

vi)                Apakah perbezaan secara keseluruhannya di antara pengajaran berbantukan TV Pendidikan dengan kaedah “chalk and talk” dari segi keberkesanan menyampaikan isi-isi pengajaran.

C)        Adakah tahap penggunaan siaran TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini memuaskan. Data diukur melalui temubual yang melibatkan 20 orang responden.

D) Adakah terdapat faktor-faktor lain yang menjadi kekangan kepada  pihak sekolah yang menyebabkan kegagalan menggunakan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

 

1. 6 BATASAN KAJIAN

            Ketepatan keputusan kajian adalah bergantung kepada kualiti maklumat yang diperolehi daripada sampel kajian dan prosidur persampelan. Piawaian kualiti, prosidur , instrumen dan mekanisme telah dituruti untuk mendapatkan hasil yang menyakinkan. Prosidur persampelan berbentuk persampelan berstrata mengikut dua tahap. Peringkat pertama Ujian Pra dan Temubual dan peringkat kedua Ujian Pos dan IMMS. Senarai murid mengikut tahap pencapaian, jantina dan jumlah responden dalam satu kelas dipilih dengan teliti dan sistematik. Langkah piawaian ini telah diambil bagi mengelakkan berlakunya biasan. Kajian ini tidak menilai pendapat dan pengaruh luar daripada guru dan pelajar lain di sekolah ini.

            Sebagai satu kajian sains sosial dan teknologi. Ada beberapa kekangan yang boleh menyukarkan proses menginterpretasi data secara menyeluruh khasnya dalam konteks (cause-effect) program. Namun begitu pengkaji telah menggunakan pelbagai pendekatan termasuk dalam mengumpul data dari perspektif guru dan murid, ujian pra, ujian pos dan IMMS.

            Dalam kajian ini, pengumpulan data adalah terbatas kepada penilaian keberkesanan penggunaan perisian TV Pendidikan dalam  P&P , berkaitan produk, proses, input dan konteks perlaksanaan program. Walau bagaimanapun beberapa maklumat latar belakang pembolehubah bebas telah dikumpul yang boleh digunakan dalam analisis lanjutan untuk mengetahui hubungan kesan program terhadap komitmen sekolah ke arah membudayakan penggunaan TV Pendidikan dalam P&P.

            Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menyedari kewujudan sedikit kelemahan, boleh menjejaskan interprestasi kajian. Ini merupakan salah satu cabaran kepada pengkaji untuk mendalamkan kemahiran dalam bidang kajian tindakan ( action research). Pengumuman awal dan permohonan membuat kajian di sekolah ini telah secara tidak langsung mengubah keadaan konteks dan menyebabkan responden memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengkaji.

 

1. 7      DEFINISI OPERASIONAL

Beberapa istilah yang digunapakai di dalam kajian ini fihuraikan dalam sub topik di bawah

 

1.7.1 TV Pendidikan

Merujuk kepada Program TV Pendidikan melalui ASTRO yang telah dilancarkan pada Tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

1.7.2 Rancangan TV

Merujuk kepada rancangan-rancangan TV Pendidikan yang diterbitkan untuk siaran. Rancangan TV ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia

 

1.7.3 Perisian Rancangan

Merujuk kepada rancangan TV Pendidikan yang telah dirakamkan ke dalam CD untuk digunakan dalan siaran TV Pendidikan Off Air. Ini adalah satu kaedah yang digunakan sekiranya para pelajar tidak berkesempatan megikutinya secara langsung

One thought on “Laporan Bab 1 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *