Kajian Penanda Aras Ke atas Pusat Sumber Sekolah-sekolah Daerah Ranau

Gambar PSS semasa lawatan:

SK. KinasarabanSK. Pekan 2SK. Pekan 2SK. PinausokSK. Pinausok

 

Penyelidikan ini dilaksanakan di lima belas buah pusat sumber sekolah dalam daerah Ranau. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK. Datu Paduka Mat Salleh Ranau, SMK. Ranau, SMKA. Mohamad Ali Ranau,  SMK. Lohan Ranau, SMK. Bundu Tuhan Ranau, SK. Pekan 2 Ranau, SK. Don Bosco Ranau, SK. Kilimu Ranau, SK. Nalapak Ranau, SK.Bongkud Ranau, SK. Pinausok Ranau, SK. Kundasang Ranau, SK. Kituntul Ranau,  SK. Narawang Ranau, SK. Lohan Ranau

Tujuannya adalah untuk mengesan perkembangan Pusat-pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah-sekolah berkenaan setelah sekolah -sekolah ini dipantau mulai tahun 2006. Dalam konteks perkembangan PSS ini, di antara aspek-aspek yang ditinjau ialah kesan-kesan pemanauan dari segi aktiviti, pemprosesan bahan, keadaan bahan yang telah dibekalkan, kekerapan penggunaan, organisasi prasarana dan keperluan guru-guru. Kaedah kajian kes telah digunakan untuk kajian ini, maklumat kajian diperolehi melalui kaedah temubual, pengisian borang soal selidik oleh responden, penggunaan senarai semak, pemeriksaan rekod serta pemerhatian oleh pihak penyelidik.

Item-item di dalam borang soal selidik dijadikan asas kepada penyelidik untuk menjalankan temu bual kepada pihak responden. Senarai semak pula digunakan untuk mendapatkan maklumat asas berkenaan dengan kemudahan dan peralatan yang tedapat di perpustakaan, bilik tayangan serta setor bahan media. Dapatan kajian difokuskan kepada aspek-aspek organisasi prasarana dan keperluannya, kekerapan penggunaannya, keadaan bahan-bahan sumber serta kesan-kesan projek. Dari segi kesan projek, dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa bilangan buku dan peralatan sumber pengajaran-pembelajaran di PSS telah ditambah.

Beberapa masalah pengurusan telah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanannya, antaranya ialah:

i.   Peralatan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang tidak lengkap pemasangannya.

ii.  Penggunan kurang berminat untuk menggunakan beberapa jenis bahan sumber kerana mereka tidak mahir  untuk mengendalikannya.

iii.  Kakitangan yang menguruskan PSS kurang berpengetahuan dalam aspek penggurusannya. Walaupun sistem klasifikasi Dewey digunakan untuk mengkatalog buku-buku PSS tetapi kad katalog untuk buku-buku berkenaan tidak disediakan di PSS berkenaan.

iv.  Tidak terdapat sistem yang berkesan untuk penyelenggaraan peralatan. Di samping itu, bahan-bahan yang dibekalkan tidak diberi tanda pengenalan.

v.    Ruang PSS tidak digunakan secara maksimum.

vi.   Peruntukan kewangan untuk PSS tidak digunakan sepenuhnya.

Dari segi penggunanya pula dapatan menunjukkan:

i.      Buku-buku fiksyen lebih banyak dipinjam oleh pelajar, terutama buku-buku bergambar yang bersaiz hurufnya agak besar . Sebaliknya, buku-buku bukan fiksyen kurang diminati dan dipinjam.

ii.     Penggunaan bahan-bahan sumber pendidikan oleh guru-guru adalah berbeza. Guru-guru lebih gemar menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bukan elektronik.

iii.    Penggunaan PSS adalah secara formal , dimana perpustakaan lebih kerap digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelanjutan kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

iv.     Kurang bukti menunjukkkan wujudnya integrasi di antara PSS dengan aktiviti kurikulum di sekolah kerana para guru kurang berpengetahuan untuk menggunakan PSS secara yang berkesan.

v.      Murid-murid tahun 2-6 banyak meminjam buku daripada PSS. Sebaliknya murid-murid tahun 1 kurang membuat pinjaman kerana merreka mendapat kemudahan tersebut melalui sudut bacaan yang disediakan dibilik darjah masing-masing.

vi.      Penggunaan PSS adalah bermusim dan promosi penggunanya kurang berkesan.

vii.     Wujudnya persaingan di antara bilik PSS dengan bilik  darjah. Terdapat pihak sekolah yang menukar PSS untuk dijadikan bilik darjah apabila keperluan bilik darjah lebih mendesak akibat daripada pertambahan pelajar. PSS juga digunakan sebagai tempat untuk kelas pemulihan.

viii.     Penggunaan bilik akses komputer telah dijalankan secara maksimum.

Dalam aspek organisasi , dapatan menunjukkan struktur organisasi PSS adalah mengikut model yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan PSS, kajian ini memperakui supaya:

i.          Guru-guru yang mengendalikan PSS (termasuk guru-guru daripada sekolah-sekolah kecil) perlu diberi latihan kursus dalam aspek pengurusan PSS.

ii.          Peruntukan masa mengajar yang wajar mesti diberikan kepada guru-guru PSS bagi memastikan mereka dapat berusaha untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan PSS.

iii.         Bimbingan perlu diberi kepada guru-guru dalam aspek penggunaan ABM.

iv.         Bantuan kepada sekolah-sekolah kecil dari segi kemudahan hendaklah diteruskan.

v.           Aspek-aspek pengurusan yang perlu diberikan perhatian utama ialah:

a. mengkaji satu sistem pembelian bagi sekolah PTJ dan PCG

b. mengadakan satu sistem penandaan barangan dan pengkatalogan.

c. mempertingkatkan latihan pengurusan untuk kakitangan PSS dan
    penyelenggara peralatan.  

 

2 thoughts on “Kajian Penanda Aras Ke atas Pusat Sumber Sekolah-sekolah Daerah Ranau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *