KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Hasil Kajian Amalan “Smart Partnership” 5 Buah Sekolah Daerah Ranau

Posted by ilmu on 7 Julai 2008

PERKONGSIAN PINTAR (Smart Partnership) DALAM PENDIDIKAN-

FOKUS DI SEKOLAH – SEKOLAH DALAM DAERAH RANAU

 

ABSRTAK

 

Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abdul Rafie Mahat seringkali menyentuh tentang konsep ‘Smart Partnership’ sehingga diperkatakan dengan begitu  meluas. Saya telah melakukan kajian khas dengan menggunakan instrumen ringkas di 5 buah sekolah responden dalam daerah Ranau iaitu SK. Pekan, SK. Pekan 2, SJK(C) Pai Wen, SK. St. Benedict dan SK. Kilimu untuk mendapatkan tindakbalas maklumat yang boleh dikongsikan bersama. Dalam laporan ini, saya cuba  memberikan fokus  khususnya antara  harapan, amalan dan realiti di peringkat  daerah Ranau. Pada bahagian permulaan, saya ingin  membincangkan soal  konsep, matlamat dan  rasional perkongsian ini diamalkan. Kemudian saya juga memberikan  beberapa contoh cara  pelaksanaannya di pelbagai peringkat sehingga ia dapat  direalisasikan. Namun,  betapa baikpun  idea dari  konsep ini, tetap akan timbul banyak  persoalan dan halangan yang  perlu difikirkan bersama. Saya juga  memberikan beberapa kesan / faedah /implikasinya kepada semua pihak jika konsep ini berjaya diamalkan serta masa depan dalam sistem pendidikan khususnya di  sekolah-sekolah dalam daerah Ranau.

 

 

PENDAHULUAN

 

Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat dalam bentuk perkongsian bagi kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Konsep Perkongsian?

 

Mengikut Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Rafie Bin Mahat, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pengukuhan Dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan” menyatakan:

 

“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi  penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui PIBG”.

 

Saranan Ketua Pengarah itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak (Smart Partnership) penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini.

 

Selain itu perkongsian pintar atau bijak adalah satu gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Dalam konteks sektor awam, perkongsian pintar berlaku apabila agensi-agensi berkongsi kepakaran, mengguna pakai pengalaman atau produk dalam sesuatu bidang yang telah terbukti berjaya dan sesuai.

 

Berkaitan dengan konsep “Smart Partnerships” atau perkongsian bijak atau pintar adalah konsep “Smart community”. Konsep ini merujuk kepada satu kumpulan masyarakat di mana agensi kerajaan, perniagaan, pendidikan, kesihatan dan institusi-institusi bukan kerajaan bersama-sama dengan orang awam dalam memahami dan menghayati potensi teknologi informasi untuk memperbaiki amalan kerja dan cara hidup.

 

Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 pula bermaksud :

 

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.

 

Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang Pembantu Superintenendent di Coquitlam, British Columbia:

 

“In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”.

 

Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, ungkapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama. Di kalangan masyarakat Melayu, ungkapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001)

 

Oleh itu pada pendapat saya, perkongsian yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah merupakan usaha mengukuhkan semula segala kelakuan-kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini. Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan bergerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat.

 

Rajah 1: Menjelaskan bagaimana hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam mencapai matlamat atau objektif yang sama. Ia juga boleh disebut sebagai hubungan tiga penjuru.

 

Apakah Matlamat Perkongsian Di Peringkat Sekolah Dalam Daerah Ranau?

 

Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, konsep perkongsian dalam pendidikan di daerah ini cuba mencapai matlamat supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keperihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang. Selain itu peranan pihak sekolah memerlukan masyarakat daerah ini untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah seperti disiplin, kesihatan, kebajikan, akademik dan sebagainya. Diikuti pula suasana kehidupan bandar yang semakin ketara dan kompleks sifatnya menyebabkan 5 buah sekolah responden menjadi institusi sosial yang memerlukan penyertaan dan kerjasama daripada ibu bapa dan masyarakat.

 

Melalui perkongsian juga, kita kita boleh membetulkan srtuktur kekeluargaan yang semakin berubah seperti mengejar kebendaan dan bersikap individualistik tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling mereka. Tambahan pula masyarakat yang berada di sekitar sekolah-sekolah yang dikaji sebahagian besar terlibat dalam bidang perniagaan. Mereka banyak menumpukan kerjaya mereka dan sentiasa bersaing di antara satu sama lain. Keadaan mereka sangat sibuk dan hanya mempunyai sedikit waktu untuk datang ke sekolah dan berjumpa dengan pentadbir ataupun guru-guru yang mendidik anak mereka. Keadaan ini jika tidak diubah akan melemahkan lagi peranan pihak sekolah untuk menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan para pelajar. Mengikut C. Bernard (1938) Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 dalam bukunya yang berjodol ‘The Functions Of The Executives’ menjelaskan: bahawa pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’.

 Bersambung….

10 Responses to “Hasil Kajian Amalan “Smart Partnership” 5 Buah Sekolah Daerah Ranau”

  1.   nick Says:

    Terima kasih untuk kajian yang membantu ini.Saya berminat untuk mendapatkan artikel lengkap kepada kajian ini.bagaimanakah saya dapat memperolehinya? Saya juga mohon bantuan untuk memperolehi apa-apa maklumat lebih lanjut berkaitan perkongsian pintar.terima kasih

  2.   admin Says:

    Terima kasih saudara. Saya akan hubungi saudara melalui email.

  3.   ashima Says:

    tahniah saudara. saya juga seorang guru dan berminat untuk mengkaji isu perkongsian ilmu/maklumat(knowledge sharing) di peringkat sekolah. Bagi membantu kajian saya, bolehkah saya mendapat maklumat lanjut tentang artikel yg telah saudara lakukan di sekolah2 di Daerah Ranau.

  4.   ilmu Says:

    Di antara projek yang telah dilancarkan ialah Projek Kelas Digital. Kertas kerja ada dalam simpanan saya. Bagaimana pun pada pendapat saya terdapat banyak lagi program yang boleh dilaksanakan sebagai satu proses “knowledge pollination” di antara beberapa sekolah yang terpilih.

    saya akan hubungi saudari melalui email. terima kasih.

  5.   mbt shoes Says:

    Your write-up is in reality scary!How I desire they could have some actions to solve this. mbt shoes may be you will like, thank you!

  6.   yun.ukm Says:

    I,m happy to share your research and it is effective research for all school to apply. I,m also now making PHD research about colaboration among school, parents and communities. I hope we can share knowledge and any research about that topic. How i can get your full research?TQ

  7.   hana Says:

    saya amat berminat untuk menjadikan kajian saudara untuk dijadikan bahan rujukan saya.Justeru itu, saya ingin mendapatkan hasil kajian yang lengkap dari pihak saudara.Terima Kasih.

  8.   ONG ( SJKC Pdg Tengku) Says:

    Tuan,

    Terima kasih untuk kajian yang membantu ini.Saya berminat untuk mendapatkan artikel lengkap kepada kajian ini.bagaimanakah saya dapat memperolehinya? Saya juga mohon bantuan untuk memperolehi apa-apa maklumat lebih lanjut berkaitan perkongsian pintar.terima kasih

  9.   ilmu Says:

    Terima kasih di atas perkongsian dan minat. Untuk maklumat lanjut tentang bahan ini sila berhubung dengan saya melalui email.

  10.   Kavitha Says:

    this article very interesting..im doing research on this topic. where i can get the complete article?thank you

Leave a Reply



XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>