KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Disember 3rd, 2008

Pembentangan Hasil Inovasi & Kajian Tindakan Negeri Sabah

Posted by ilmu on 3rd Disember 2008

Pembentangan hasil Kajian Tindakan dan Bahan Inovasi Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 18 dan 19 November 2008 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Laporan Kajian Tindakan dan Bahan Inovasi juga telah dinilai seperti pada tahun 2006 dan 2007. Sebanyak 7 bahan inovasi yang layak ke Peringkat Negeri dan keputusan penghakiman adalah seperti berikut:-

Johan : Penulisan Kaedah 25 sen ( En. Freddie & En. Hawang – Tamparuli)

Naib Johan : Kamus BMM ( En. Rafian Yahya – Tenom)

Ketiga : Piramid Jawi ( Cik Junndiah – Sipitang)

Hakim-hakim yang telah menilai penghasilan ini ialah En. Henry Goh ( Inst. Perguruan Gaya), En. Losinin Johalin ( PTP Daerah Ranau), En. Azmi Ahmad (PTP Daerah Sandakan) dan Pn. Theresa ( PKTS Sabah)

Tahniah kepada semua pemenang.

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Pesta Kubis Kundasang 2008

Posted by ilmu on 3rd Disember 2008

       

Tarikh 15 dan 16 November pada setiap tahun merupakan tarikh sambutan Pesta Kubis Kundasang. Pesta ini diadakan untuk meraikan penduduk Kundasang dan memberikan peluang kepada masyarakat di sini untuk memasarkan produk pertanian mereka dalam “Vegetable Fair”. Selain daripada itu, turut diadakan ialah pelbagai pameran dan jualan gerai daripada para peniaga yang datang dari seluruh Sabah. Salah satu aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak pengurusan ialah 4X4 Kundasang Challange. Rasa cemas juga apabila melihat aksi-aksi 4X4 yang mengambil bahagian.

Posted in Oh..Kundasang..Ranau | 2 Comments »