KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Mendidik Akal Budi : Merapatkan Barisan Yang Kukuh BTPN Sabah dan Rangkaian

Posted by ilmu on 12 Februari 2009

   picture0007aa STAF PEJABAT 

   KPP BTPN Sabah              Ketua Unit PKG/PTPB                  PTPB PBU                   PTP PKG Ranau

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan setiap organisasi bermula daripada sikap dan mentaliti para pegawainya. Kecemerlangan bermula daripada sikap dan mentaliti pegawai yang diberikan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap dan mentaliti akan mempengaruhi tahap kecekapan, akautabiliti dan responsibiliti seseorang pegawai yang akhirnya melahirkan satu imej diri, budaya kerja dan pencapaian di dalam kerjaya yang diceburinya.

Bagi saya, sikap dan mentaliti ada hubungkaitnya dengan akal budi yang dimiliki seseorang. Akal budi lahir daripada kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap tanggungjawab. Kerana itu, kita perlu mendidik akal budi agar sentiasa timbul rasa keinsafan yang tinggi dan kesediaan untuk bekerja semata-mata kerana Allah. Untuk mendidik akan budi, satu teamwork perlu merapatkan barisannya, kukuhkan kerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk mencapai kecemerlangan kerja.

Saya lihat dari sudut yang kecil, BTPN Sabah dan Rangkaiannya sehingga ke PKG Ranau mempunyai keperluan untuk membentuk satu organisasi yang mantap dan sedia untuk melaksanakan tugas berat dengan semangat permuafakatan “bagai aur dengan tebing”. Bermula daripada KPP, Ketua Unit PKG, PTPB dan PTP PKG. Kekukuhan barisan mampu menghasilkan budaya kerja yang cemerlang, InsyaAllah.

Mesyuarat Penyelerasan BTPN/PTPB/PKG yang telah diadakan baru-baru ini iaitu pada 9/10 dan 11 Februari 2009 bertempat di BTPN Sabah sedikit sebanyak telah menghasilkan motivasi kendiri. Bagaikan emas salut..jika digilap akan berkilat kembali.

Bagi diri saya, semangat kerja amat tinggi, harapan untuk ke arah kecemerlangan juga sangat tinggi. Setinggi langit.. Pun begitu keupayaan kerja berbanding masa kita kerana banyak faktor lain yang menjadi penyebab seperti kerjasama pelanggan dan kakitangan. Adalah diharapkan agar semua yang terlibat dalam melaksanakan program BTPN, PTPB dan PKG bergerak satu rentak, satu nada dan satu tujuan supaya yang dipikul, berat dan ringannya sama dirasa. Mudah-mudahan PKG Sabah akan menjulang kegemilangan dengan satu nama yang sinonim dengan PKG kita.

5 Responses to “Mendidik Akal Budi : Merapatkan Barisan Yang Kukuh BTPN Sabah dan Rangkaian”

  1.   Joe43 Says:

    Tahniah tuan. Saya bekas pegawai PKG. Saya setuju dengan pendapat tuan. Semoga sentiasa cemerlang dalam apa juga kerjaya yang kita ceburi.

  2.   Joe43 Says:

    Semoga semua sahabat yang masih ada di PKG akan menunjukkan prestasi cemerlang untuk membantu pihak kementerian sesuai dengan tugas yang telah diamanahkan

  3.   suhailee Says:

    Teruskan usaha, rapatkan barisan dan mantapkan pemaufakatan….
    Tahniah…

  4.   pkgranau Says:

    Terima kasih Tuan Suhailee (ketua unit kami). “Kami Di Bawah Sedia Menjunjung Tugas Yang Di Amanahkan”.

  5.   Cinta_ILmu Says:

    Ya sya setuju. Dalam organisasi, yang sangat penting ialah kerjasama semua pihak. Setuju 100%.

Leave a Reply



XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>