KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Ulangtahun 1 Blog Kolaborasi Ilmu : Perutusan Admin

Posted by ilmu on 14 Februari 2009

 

Ilustrasi: Sewaktu menawan puncak Gunung Kinabalu. Menawan puncak Gunung Kinabalu lebih mudah daripada mengharungi cabaran dalam kerjaya jika sasaran kita menjadi orang yang cemerlang

Alhamdulillah, nampaknya rahmat Allah SWT semakin murah. Umur kita masih dilanjutkan sedetik lagi untuk menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan kita ke dunia ini untuk menjadi khalifah yang mengabdikan diri semata-mata kepadaNya serta mengimarahkan dunia yang bersifat hanya sementara ini dengan melaksanakan tugas masing-masing mengikut kerjaya kita.

Dalam perjuangan kita yang tidak pernah selesai ini, kita tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran. Cabaran yang datang pun tidak serupa. Ada yang ringan, sederhana dan tidak kurang juga yang berat. Persefsi kita terhadap cabaran-cabaran yang datang juga berbeza. Ada yang memandangnya sebagai positif dan ada juga yang memandangnya negatif. Ada yang menganggapkan sebagai takdir dan ada juga yang menganggapkan sebagai salah diri sendiri. Apapun pandangan dan tanggapan kita terhadap cabaran, pastinya tidak ramai orang yang suka jika diuji secara hebat. Kerana, ujian yang berat boleh menjadikan seseorang itu hilang pedoman. Bagi saya, cabaran mematangkan kita tetapi pada masa yang sama, saya tetap ada perasaan takut jika Allah SWT mendatangkan ujian yang tidak mampu saya tanggung. Apa yang saya boleh buat ialah berdoa kepadaNya agar diberikan kekuatan jasmani dan rohani di saat Allah SWT menguji saya dengan ujian yang berat itu.

Bercakap tentang kerjaya, saya telah berkhidmat agak lama dalam sektor pendidikan. Saya telah mengharungi banyak pengalaman dan tugas yang berbeza. Pengalaman pula sering bersilih ganti menelusuri era yang ditempuhi. Termasuklah sekarang ini yang dikatakan sebagai zaman IT (Teknologi Maklumat). Saya terlibat secara langsung dalam perkembangan IT sekolah-sekolah di pelbagai peringkat.

Kemunculan blog KOLABORASI ILMU ini sebenarnya adalah satu keperluan yang dicadangkan oleh kawan-kawan. Tujuan asal blog ini adalah untuk menerbitkan bahan-bahan berkaitan dengan kajian tindakan tetapi akhirnya saya juga mengsisikan beberapa bahan lain yang berkaitan dengan beberapa bidang ilmu yang saya perolehi daripada pembacaan.

Hari ini blog KOLABORASI ILMU menyambut ulangtahunnya yang pertama. Saya mengharapkan agar blog ini akan terus dilawati dan memberikan manafaat kepada para pembaca.

Terima kasih.

6 Responses to “Ulangtahun 1 Blog Kolaborasi Ilmu : Perutusan Admin”

  1.   Cinta_ILmu Says:

    Tahniah..slmt ulangtahun blog saudara losinin

  2.   BlogRanau Says:

    selamat berjaya dalam lapangan dan slmt ulangtahun blog. jangan lupa kolaborasi kta. tq

  3.   Siti Fatimah Ahmad Says:

    Assalaamu’alaikum…

    Salam perkenalan, kebetulan mencari bahan berkaitan teknologi, terjumpa blog saudara yang penuh dengan info dan pencerahan ilmu yang bermanfaat. SYABAS dan TAHNIAH atas ulang tahun blog saudara ini. Kemuliaan manusia adalah dengan akalnya. ketinggian akal menusia itu diuji dengan ilmu yang diperolehinya untuk dikongsikan kepada sesiapa yang memerlukannya. Selamat berkhidmat untuk negara.

  4.   Nor Azura @ Nor Afiqah Fatihah Says:

    Tahniah!..Selamat ulangtahun blog ini..Semoga blog ini menjadi pemangkin perkongsian ilmu kita semua..

  5.   ilmu Says:

    Ucapan saudara/i amat berharga bagi saya. Terima kasih. Mudah2n ada manafaatnya..bersama

  6.   halawatuliman Says:

    ..semoga kejayaan terus mengiringi tuan..didunia mahupun akhirat… insyaAllah..

Leave a Reply



XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>