Posted by ilmu on 20th Februari 2009

Gambar hiasan.
Temasya sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Daerah Ranau telah dijalankan pada 16-19 Februari 2009. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Dr. Joachim Gunsalam (ADUN Kundasang). Seperti biasa, banyak acara telah dipertandingkan untuk mendapatkan wakil ke MSS Bahagian dan Negeri.
Tahniah kepada penganjur. Seperti biasa pejabat ini juga terlibat sebagai pengurus teknikal PA System. Tahniah kepada En. Rajibin Rasman (PTP 2) kerana menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
Posted in Belum dikategorikan | No Comments »
Posted by ilmu on 20th Februari 2009

Selaras dengan pelancaran bahan media baru iaitu web TV oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui BTP, latihan kepada Guru-guru Media dan Perpustakaan sedang giat dijalankan. Dalam Siri / Fasa 2 ini, antara yang terlibat ialah 79 orang dalam daerah Ranau. Latihan selama 2 hari untuk 3 kumpulan bermula pada 18/2/2009 dan berakhir pada 26/2/2009 di Makmal Komputer SMK Dato Padukan Mat Salleh telah diadakan.
Jurulatih yang mengendalikan kursus ini ialah Cik Rafiah Awang Tuah dari Zeal Hi Tech. Dalam kursus ini, perkara yang didedahkan ialah proses pendaftaran, prosedur membuat playlist dan cara-cara menggunakannya.
Tahniah kepada semua peserta kursus. Diharapkan anda dapat menggunakan media ini sebagai bahan bantu mengajar dan belajar.
Posted in Wev TV Pendidikan | No Comments »