KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Mac, 2009

Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah: Ranau Turut Mengungguli Anugerah Tokoh

Posted by ilmu on 18th Mac 2009

Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di BTPN Sabah dan Auditorium Tun Hamdan Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu pada 8-12 Mac 2009 berakhir dengan Daerah Ranau dan Sandakan masing-masing mengungguli Tokoh NILAM Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2009.

Adik Shahizam Tahir, Pelajar Tingkatan 5 dari SMKA Mohamad Ali Ranau telah memenangi dua hadiah bernilai RM700 berserta piala dan sijil. Kategori yang telah dimenangi oleh beliau ialah Johan NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar dan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri.

Selain beliau, seorang lagi wakil daerah Ranau iaitu Adik Mohd. Zulisyraf Zulkiflee dari SK. Kilimu Ranau mewakili kategori Sekolah Rendah Luar Bandar mendapat Naib Johan dalam karnival ini. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 berserta piala dan sijil.

Enam Kategori yang telah dipertandingkan dalam anugerah kali ini ialah SM/SK Bandar, Luar Bandar dan Pedalaman.  Semua pemenang megikut kategori akan mewakili Negeri Sabah ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 20-24 April 2009 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.  

Posted in NILAM | No Comments »

Bengkel Kajian Tindakan Sabah Sempena Hari Karnival Bestari ICT Peringkat Kebangsaan

Posted by ilmu on 17th Mac 2009

Sempena dengan Hari Karnival Bestari ICT Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang akan diadakan di SMK Agama Sandakan, Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) telah mengadakan bengkel bagi menghasilkan bahan prototaip yang akan dipamerkan nanti.

Di antara bahan yang telah disediakan ialah Train Of Speech, Multiplication The Easy Way, Word Pollination, Piramid Jawi, Kamus B2M ( Bahasa Melayu – Murut), Penulisan Kaedah 25 Sen dan  Baca Bestari.

Ahli PKTS yang telah terlibat ialah Pn. Elsie Lee (BTPN), En. Azmi Hj Ahmad (PKG Sandakan), En. Losinin Johalin (PKG Ranau), Pn. Jalina Guasai (BTPN), En Rafian Yahya (PKG Tenom), Pn. Rosimah (SMK Banggi), Pn. Yong (SK. Sg Anid 3, Sandakan), Pn. Hindun (PKG Sipitang), Pn. Junndiah (PKG Sipitang) dan En. Azroy (SK. Gumisi, Tenom) dan En. Hawang (SK. Giok Tamparuli)

 

 

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Kunjungan Ke PKG & SMK Tambunan: Penanda Arasan & Permuafakatan

Posted by ilmu on 6th Mac 2009

Gambar Lawatan Ke PKG Tambunan_1 Gambar lawatan ke SMK Tambunan_1 Gambar lawatan ke SMK Tambunan_2 Gambar Lawatan Ke SMK Tambunan_3 Gambar Lawatan Ke SMK Tambunan_4 Gambar Lawatan Ke SMK Tambunan_5

Kunjungan & lawatan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ranau bersama SMK Bundu Tuhan dan SK Kilimu ke PKG Tambunan dan SMK Tambunan telah mewujudkan idea baru bagi memperkemas dan mencemerlangkan pengurusan dan perlaksanaan program PSS di sekolah-sekolah yang terlibat.

Lawatan yang disertai oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ranau, Guru Media dan Perpustakaan, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan pelajar SMK. Bundu Tuhan dan SK. Kilimu ini adalah salah satu daripada pengisian ke arah pusat sumber cemerlang peringkat negeri pada tahun ini.

Semasa lawatan tersebut, Pengetua Sekolah Tn. Hj. Mohd. Mohlis Yusak, GPM Pn. Ann Doreen Dorall, PK1 Pn. Midiana @ Jane Frances Dautis, sebilangan guru dan  pelajar telah mengiringi kami ke beberapa lokasi dan memberikan taklimat berkaitan dengan program kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah yang telah dijalankan.

Sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan sama ada di peringkat negeri mahu pun peringkat kebangsaan. Di antaranya ialah PSS, NILAM, ASAT, Guru Inovatif, Sekolah Harapan Negara, Alam Sekitar, 3K dan usahawan Muda.

Justeru, saya mencadangkan supaya lebih banyak lagi sekolah di daerah Ranau yang membuat kunjungan ke SMK Tambunan untuk menimba pengetahuan baru di samping bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga pendidik. 

Posted in Program PKG Ranau | 2 Comments »

Merintis Kerjasama Padu Warga Akar Umbi KPM : Pengarah BTP (KPM)

Posted by ilmu on 4th Mac 2009

 lawatan pengarah lawatan pengarah ke bahagian PBU lawatan pengarah KB

Lawatan YBhg. Tn. Hj. Adenan Bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia ke Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara, Kota Belud pagi tadi menyuntik kerjasama padu warga akar umbi KPM terutamanya di bahagian PBU.

Dalam ucapan dan amanatnya di PTPB, beliau mahu supaya semua warga BTP di daerah masing-masing memberikan kerjasama yang padu kepada PPD dan sekolah. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua rangkaian BTP di peringkat daerah yang telah berusaha membantu pihak sekolah terutamanya mempastikan penggunaan kemudahan  ICT, Bahan Media Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah.

YBhg Pengarah juga telah menjelaskan fungsi baru BTP dan rangkaian lebih mencabar mulai tahun 2009. Selain daripada fungsi lama, beberapa fungsi baru telah diamanahkan kepada pihak BTP. Antaranya ialah Pengurusan Penyenggaraan peralatan ICT dan komputer di sekolah, Schoolnet, TV Pendidikan Kampus Astro, EduWebTV, Pembestarian Sekolah, PPSMI, Makmal Komputer, Pusat Akses, Bilik Komputer, Pusat Sumber dan Media Pendidikan, Pemantauan ICT dan Smart School Qualification Standards (SSQS).

Turut hadir dalam majlis sambutan sempena lawatan ini ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud Tn. Hj. Said Bin Andong, Wakil BTPN Sabah (Encik Suhailee Hj. Ahmad), Kakitangan PTPB yang diketuai oleh Encik Ahmad Bin Hj. Rashkin, Semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bahagian PBU (Ranau, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Banggi), wakil dari SMK. Arshad dan SK. Pekan Kota Belud. 

Posted in BTPN Sabah | No Comments »