KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Mac 4th, 2009

Merintis Kerjasama Padu Warga Akar Umbi KPM : Pengarah BTP (KPM)

Posted by ilmu on 4th Mac 2009

 lawatan pengarah lawatan pengarah ke bahagian PBU lawatan pengarah KB

Lawatan YBhg. Tn. Hj. Adenan Bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia ke Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara, Kota Belud pagi tadi menyuntik kerjasama padu warga akar umbi KPM terutamanya di bahagian PBU.

Dalam ucapan dan amanatnya di PTPB, beliau mahu supaya semua warga BTP di daerah masing-masing memberikan kerjasama yang padu kepada PPD dan sekolah. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua rangkaian BTP di peringkat daerah yang telah berusaha membantu pihak sekolah terutamanya mempastikan penggunaan kemudahan  ICT, Bahan Media Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah.

YBhg Pengarah juga telah menjelaskan fungsi baru BTP dan rangkaian lebih mencabar mulai tahun 2009. Selain daripada fungsi lama, beberapa fungsi baru telah diamanahkan kepada pihak BTP. Antaranya ialah Pengurusan Penyenggaraan peralatan ICT dan komputer di sekolah, Schoolnet, TV Pendidikan Kampus Astro, EduWebTV, Pembestarian Sekolah, PPSMI, Makmal Komputer, Pusat Akses, Bilik Komputer, Pusat Sumber dan Media Pendidikan, Pemantauan ICT dan Smart School Qualification Standards (SSQS).

Turut hadir dalam majlis sambutan sempena lawatan ini ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud Tn. Hj. Said Bin Andong, Wakil BTPN Sabah (Encik Suhailee Hj. Ahmad), Kakitangan PTPB yang diketuai oleh Encik Ahmad Bin Hj. Rashkin, Semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bahagian PBU (Ranau, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Banggi), wakil dari SMK. Arshad dan SK. Pekan Kota Belud. 

Posted in BTPN Sabah | No Comments »