Kunjungan Ke PKG & SMK Tambunan: Penanda Arasan & Permuafakatan

Gambar Lawatan Ke PKG Tambunan_1 Gambar lawatan ke SMK Tambunan_1 Gambar lawatan ke SMK Tambunan_2 Gambar Lawatan Ke SMK Tambunan_3 Gambar Lawatan Ke SMK Tambunan_4 Gambar Lawatan Ke SMK Tambunan_5

Kunjungan & lawatan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ranau bersama SMK Bundu Tuhan dan SK Kilimu ke PKG Tambunan dan SMK Tambunan telah mewujudkan idea baru bagi memperkemas dan mencemerlangkan pengurusan dan perlaksanaan program PSS di sekolah-sekolah yang terlibat.

Lawatan yang disertai oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ranau, Guru Media dan Perpustakaan, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan pelajar SMK. Bundu Tuhan dan SK. Kilimu ini adalah salah satu daripada pengisian ke arah pusat sumber cemerlang peringkat negeri pada tahun ini.

Semasa lawatan tersebut, Pengetua Sekolah Tn. Hj. Mohd. Mohlis Yusak, GPM Pn. Ann Doreen Dorall, PK1 Pn. Midiana @ Jane Frances Dautis, sebilangan guru dan  pelajar telah mengiringi kami ke beberapa lokasi dan memberikan taklimat berkaitan dengan program kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah yang telah dijalankan.

Sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan sama ada di peringkat negeri mahu pun peringkat kebangsaan. Di antaranya ialah PSS, NILAM, ASAT, Guru Inovatif, Sekolah Harapan Negara, Alam Sekitar, 3K dan usahawan Muda.

Justeru, saya mencadangkan supaya lebih banyak lagi sekolah di daerah Ranau yang membuat kunjungan ke SMK Tambunan untuk menimba pengetahuan baru di samping bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga pendidik. 

2 thoughts on “Kunjungan Ke PKG & SMK Tambunan: Penanda Arasan & Permuafakatan

  1. Lawatan memang baik untuk menambahkan pengalaman dan meningkatkan inovasi dalam perkhidmtan. Tahniah kepada pihak tuan kerana berjaya membawa 2 buah sekolah ini ke SMK Tambunan.

  2. Saya nak b’tanya kepada wakil sekolah SK Kilimu dan SMK Bundu Tuhan, ape p’sediaan yg perlu untuk bertandig PSS Cemerlang ni? Sbb GB minta sye b’sedia untuk anugerah PSS cemerlang peringkat daerah. Tq krn sudi b’kongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *