Program Outreach Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

pelajar smk dato paduka mat salleh by Kolaborasi Ilmu juruacara by Kolaborasi Ilmuhadirin2 by Kolaborasi Ilmu hadirin by Kolaborasi Ilmu ucapan ketua pengarah by Kolaborasi Ilmu ucapan datuk by Kolaborasi Ilmu 

Daerah Ranau telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan program jangkaujauh (Outreach) pada 20 hingga 23 April2009 dan seterusnya mengadakan screening kepada pelajar untuk mempastikan mereka layak dimasukkan ke Sekolah Pendidikan Khas.

Program outreach ini akan diadakan di empat buat sekolah iaitu SMK Bundu Tuhan, SMK. Matupang, SMK Ulu Sugut Malinsau dan SMK Dato Paduka Mat Salleh.

Majlis Perasmian akan diadakan pada 24 April 2009, 8.00 pagi di SMK Dato Paduka Mat Salleh, Ranau. Pihak AJK Pelaksana mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan PIBG ke majlis tersebut.

Pembestarian Sekolah Luar Bandar Malaysia

Ranau- Sebanyak 15 buah sekolah luar bandar terlibat dalam pembestarian di bawah Multimedia Development Corporation (MDEC), Multimedia Super Corridor (MSC) di seluruh Malaysia. Satu daripadanya adalah daripada Sabah dan sekolah tersebut ialah SMK Agama Mohamad Ali, Ranau.

Pihak kami, yakni BTPN dan PKG telah memantau status peralatan ICT untuk mengenalpasti kemudahan yang telah sedia ada di sekolah tersebut. Tindakan selanjutnya ialah memberikan khidmat bantu kepada sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran dan mempastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik dan berfungsi.

Tahniah kepada SMKA Mohamad Ali, Ranau.