Kunjungan PKG Lui & Rompin Negeri Sembilan Ke SK. Kilimu dan PKG Ranau: Kajian Tindakan Selangkah Ke Hadapan
Posted by ilmu on 1st Mei 2009
Lawatan rombongan yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Pegawai PKG dan guru-guru dari PKG Lui Negeri Sembilan membuka era baru dalam Pasukan Kajian Tindakan Sabah khususnya di Daerah Ranau (PKG Ranau) dan Sandakan (PKG Sandakan). Lawatan mereka di daerah ini (setelah berada di Sandakan selama 2 hari) bermula di SK. Kilimu Ranau pada 24 April 2009 pada pukul 11.00 pagi. Di sini Guru Besar SK Kilimu, En. Saili Masri telah memberikan penerangan ringkas berkaitan dengan aktiviti sekolah khususnya PSS. Pegawai Teknologi Pendidikan En. Losinin Johalin juga telah memberikan taklimat ringkas tentang penghasilan iovasi Kelas Digital melalui kajian tindakan.
Selepas majlis di SK. Kilimu, rombongan dibawa ke PKG Ranau untuk menerima Memorendum persefahaman (MOU) dan 20 buah draf kertas cadangan Kajian Tindakan Kebangsaan kepada Pegawai Teknologi Pedidikan PKG Lui En. Shahrizan Tahir. Pada majlis ini juga, Jurulatih Pasukan Kajian Tindakan, En. Losinin Johalin dan En. Azmy Hj. Ahmad (PTP PKG Sandakan) telah mengumumkan dengan rasminya PKG Lui sebagai PKG angkat Kajian Tindakan Inovasi.
Rombongan kemudiannya dibawa ke Kundasang Memorial War sebelum mendaftar masuk untuk menginap di Kem Biro Tata Negara Kundasang. Pada keesokan harinya, rombongan dibawa ke Taman Air Panas Poring, Kinabalu Nature Resort Mesilau dan Gunung Kinabalu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Mudah-mudahan lawatan ini akan memberikan manafaat kepada semua pihak yang terlibat
Posted in Lawatan Penanda Aras | No Comments »













