SK. Kilimu, Ranau: Johan Anugerah PSS Cemerlang Negeri Sabah

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Sabah berakhir dengan kemenangan SK. Kilimu Ranau sebagai Johan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Dengan kemenangan ini, SK Kilimu akan mewakili Negeri Sabah Ke Peringkat Kebangsaan. Walaupun PSS sekolah ini masih dalam serba kekurangan terutamanya buku-buku, namun pihak PSS yang diterajui oleh Cikgu Dayang Alinah Binti Mohd. Salleh berjaya mengadakan banyak aktiviti pelajar, menyediakan sudut informasi, sumber ilmu dan dokumentasi yang cemerlang.

Berikutan kemenangan ini, PKG Ranau mengharapkan supaya semua PSS di daerah ini berusaha lebih gigih untuk mencemerlangkan PSS masing-masing untuk manafaat warga sekolah terutamanya para pelajar. Kemenangan SK. Kilimu wajar dicontohi dan dijadikan sebagai motivasi guru-guru PSS di daerah ini. Kemudahan bukanlah faktor utama kecemerlangan PSS. Budaya ilmu ke arah kecemerlangan pelajar terutamanya bagaimanakah PSS boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P itulah yang lebih penting. Maka, adalah amat kena pada masanya PSS yang berasa masih perlu untuk meningkatkan kecemerlangannya mengadakan lawatan ke PSS SK. Kilimu ini. 

Kategori lain yang dipertandingkan di peringkat negeri kali ini ialah PSS Cemerlang SR Bandar, SM Luar Bandar dan SM Bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *