KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Mei 17th, 2009

UCAPAN KERAMAT “SELAMAT HARI GURU”

Posted by ilmu on 17th Mei 2009

Hari Guru yang disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan bukti pengiktirafan ke atas jasa seorang pendidik. Pendidik merupakan medium penyebar ilmu yang mempunyai tahap akauntabiliti dan resposibiliti yang tinggi. Guru Menyemai, menyiram, menyubur, membuah dan menghasilkan ketamadunan dunia yang sangat ajaib. Dari guru lahir professor, doktor, jurutera, jurubina, angkasawan, ahli sains, kaji bintang dan berpuluh-puluh lagi karier yang mempunyai reputasi dan pasaran tinggi di seluruh dunia. Bahkan TANPA guru, dunia ini tak akan maju dalam semua bidang. Sejak kelahiran Nabi Adam A.S, guru sudah wujud. Begitulah sepanjang kemandirian manusia, guru tidak putus dek zaman.

Guru masa kini lebih  formal. Sudah ada profession. Sudah disistematikkan dengan adanya institusi pengajian dari peringkat rendah hingga ke tinggi. Guru bukan saja di sekolah bahkan guru ada di mana-mana. Sungguh bertuah menjadi seorang guru. Allah SWT telah janjikan salah satu pahala yang terus mengalir walaupun kita sudah pergi ke alam baqa’ ialah ilmu yang bermanafaat. Sebab itu, menyampaikan ilmu perlulah ikhlas. Gaji No.2, yang lebih penting ialah ikhlas dulu… 

Cabaran guru lebih hebat lagi. Pelajar kita semakin bijak. Mereka lebih terdedah kepada dunia luar dan pelbagai ilmu. Mereka juga sangat kreatif. Oleh sebab itu, para guru juga terpaksa lebih cepat untuk memperkasakan diri dengan ilmu. Membuat pelbagai kajian untuk mengetahui keperluan. Belum lagi cerita berkaitan disiplin.. masalah disiplin di sekolah memang banyak. Ini semua adalah cabaran. Bukan mudah untuk mengatasi semuanya.

Sempena Hari Guru tahun ini yang bertemakan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, adalah tepat pada waktunya. Tepat waktu untuk memperteguhkan iltizam, menyahut cabaran melalui tema itu. Tiada pilihan lain, guru perlu terus ke hadapan. Bina rentak larian yang padu. Semangat juang yang tinggi. Patuh kepada etika yang positif lagi cemerlang dan berkhidmat kerana Tuhan semata-mata.

SELAMAT HARI GURU 2009

Posted in Hari Guru | No Comments »