KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for Julai, 2009

Kursus Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Posted by ilmu on 22nd Julai 2009

DSC_0001 DSC_0006DSC_0003 DSC_0004DSC_0002 DSC_0008

Hari ini 23 Julai 2009, di Pusat Kegiatan Guru Ranau, saya sempat menyampaikan kursus pembelajaran interaktif melalui internet (www.zoom-a.com) kepada 103 orang pelajar Tahun 6 SK. Pekan Ranau. Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran Akses kendiri (Self Access Learning) berasaskan ICT dan portal pembelajaran zoom-a. Pembelajaran Akses Kendiri melalui web mampu meningkatkan motivasi pelajar kerana mereka boleh menguruskan sendiri latihan mengikut kemampuan mereka. Sepanjang kursus ini semua pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi dan  mengambil bahagian dalam semua aktiviti.

Posted in Pembelajaran Akses Kendiri | 6 Comments »

Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Gerhana Matahari

Posted by ilmu on 22nd Julai 2009

DSC_0401 DSC_0398DSC_0396 DSC_0395DSC_0394 DSC_0399

Bengkel pengajaran dan pembelajaran Gehana Matahari untuk guru-guru Sains SK/SMK Daerah Ranau telah diadakan pada 20 Julai 2009, pukul 2.00 hingga 5.00 petang  di Pusat Kegiatan Guru Ranau dengan kerjasama Agensi Angkasa Di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Bengkel ini diadakan sempena fenomena Gerhana Matahari Penuh yang berlaku di China pada 22 Julai 2009. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Taklimat dan bengkel telah dikendalikan oleh Sdr Dr. Mustapha Nasir, seorang ahli astronomi (bukan :-)   astrologi) yang bertugas di Pusat Sains Lingkudau (PUSKAL) Daerah Ranau.

Posted in Program PKG Ranau | 2 Comments »

Kajian Tindakan: SMK Ranau Sabah Mulakan Langkah

Posted by ilmu on 22nd Julai 2009

peserta 4... peserta 3...cari gambar dulu... peserta 2...peserta 1... penceramah...peserta kursus di sinikah saya berdiri..terima cenderamata 

Bengkel kajian tindakan peringkat SMK Ranau Sabah telah diadakan pada 22 Julai 2009 dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di bilik gerakan sekolah tersebut. Dalam kursus singkat ini, peserta kursus telah didedahkan dengan teknik penulisan kertas cadangan mengikut format yang digunakan oleh pihak EPRD dan BTP. Peserta kursus juga telah didedahkan dengan teknik pemilihan isu kajian, penetapan objektif serta dokumentasi. Seramai 40 orang guru dari sekolah ini termasuk pengetua, penolong-penolong kanan, ketua jabatan dan guru-guru telah terlibat dalam kursus ini.

Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »

Salam Israk dan Mikraj: Mula Kewajiban Solat Mendidik Akal Budi

Posted by ilmu on 19th Julai 2009

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Posted in Bicara Agama | No Comments »

Program Ukhuwwah Di Kg Merungin 2, Ranau

Posted by ilmu on 19th Julai 2009

kumpul di masjid ranau di kg tinutuanpenduduk1 telekom1surau kg merungin2 sambutan paluan gongmajlis suai kenal_lelaki majlis suai kenal helwahadirin hadirin2sumandak dusun kamianak-anak masak-masakterima sumbangan tanam buah2anbaris makan nasyid ot spot

Telekom Malaysia Bhd, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) telah menggalas tanggungjawab menjalinkan ukhuwwah ke sebuah kampung terpencil iaitu Kg. Merungin 2, kira-kira 50km melalui jalan tanah merah yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Tujuan ziarah ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di kalangan penduduk muallaf Islam serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam bidang dakwah. Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Mustapa Sakmud, Presiden Belia Sabah, Tn. Haji Jamli (Pengurus TM Sabah), Sdr. Mohammad Adzmin @ Losinin, Timbalan Yang DiPertua ABIM Ranau, Sdr. Rezlan Muhammad (JHEAINS), Pegawai-pegawai Telekom dari KL dan Sabah, Ahli Biro Pembangunan Pelajar Islam Ranau, Pemimpin kampung dan penduduk-penduduk kampung Merungin 2 dan sekitarya.

Dalam majlis ini, pihak telekom telah menyumbangkan kewangan, peralatan masjid/surau dan bantuan kepada fakir miskin. Majlis diserikan lagi dengan majlis suai kenal,  persembahan nasyid, acara sukaneka dan jamuan makan tengahari.

Sebagai kenangan, satu upacara menanam buah-buahan telah disempurnakan oleh Sdr Mustapha Sakmud selepas menunaikan sholat zohor secara berjamaah. Pada hari yang sama, 4 lagi rombongan ABIM, Telekom dan JHEAINS melakukan ziarah yang sama di Kg. Tinutuan, Kg. Langsat, Kg. Tampios dan Rumah Putera Harapan (RPH) ABIM Ranau.

Posted in Aktiviti Sosial, Progam ABIM Ranau | No Comments »

Gerhana Matahari Penuh (China)- Sekolah Daerah Ranau Laksanakan Aktiviti

Posted by ilmu on 13th Julai 2009

Gerhana matahari penuh akan berlaku di China pada 22 Julai 2009 dan sedikit kesan di Sabah memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti. Wakil Agensi Angkasa Sabah Dr. Mustapha Nasir berkata, gerhana matahari akan berlaku pada tarikh ini dan dialu-alukan kepada guru-guru sains sekolah-sekolah mengadakan aktiviti pembelajaran secara online melalui internet untuk melihat secara langsung fenomena gerhana berkenaan. Ini akan dapat meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains angkasa lepas.

Beliau berkata, guru-guru sains sekolah-sekolah Daerah Ranau dijemput untuk mendengar taklimat khas yang akan disampaikan pada 20 Julai 2009, jam 2.00 petang di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Ranau. 

Posted in Belum dikategorikan, Program PKG Ranau | No Comments »