KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Program Ukhuwwah Di Kg Merungin 2, Ranau

Posted by ilmu on 19 Julai 2009

kumpul di masjid ranau di kg tinutuanpenduduk1 telekom1surau kg merungin2 sambutan paluan gongmajlis suai kenal_lelaki majlis suai kenal helwahadirin hadirin2sumandak dusun kamianak-anak masak-masakterima sumbangan tanam buah2anbaris makan nasyid ot spot

Telekom Malaysia Bhd, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) telah menggalas tanggungjawab menjalinkan ukhuwwah ke sebuah kampung terpencil iaitu Kg. Merungin 2, kira-kira 50km melalui jalan tanah merah yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Tujuan ziarah ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di kalangan penduduk muallaf Islam serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam bidang dakwah. Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Mustapa Sakmud, Presiden Belia Sabah, Tn. Haji Jamli (Pengurus TM Sabah), Sdr. MohammadAdzmin @ Losinin, Timbalan Yang DiPertua ABIM Ranau, Sdr. Rezlan Muhammad (JHEAINS), Pegawai-pegawai Telekom dari KL dan Sabah, Ahli Biro Pembangunan Pelajar Islam Ranau, Pemimpin kampung dan penduduk-penduduk kampung Merungin 2 dan sekitarya.

Dalam majlis ini, pihak telekom telah menyumbangkan kewangan, peralatan masjid/surau dan bantuan kepada fakir miskin. Majlis diserikan lagi dengan majlis suai kenal,  persembahan nasyid, acara sukaneka dan jamuan makan tengahari.

Sebagai kenangan, satu upacara menanam buah-buahan telah disempurnakan oleh Sdr Mustapha Sakmud selepas menunaikan sholat zohor secara berjamaah. Pada hari yang sama, 4 lagi rombongan ABIM, Telekom dan JHEAINS melakukan ziarah yang sama di Kg. Tinutuan, Kg. Langsat, Kg. Tampios dan Rumah Putera Harapan (RPH) ABIM Ranau.

4 Responses to “Program Ukhuwwah Di Kg Merungin 2, Ranau”

  1.   steel valve Says:

    You write too good, if you have to write better, I will come back to see, I like offset butterfly valve.

  2.   mbt shoes Says:

    Your write-up is in reality scary!How I desire they could have some actions to solve this. mbt shoes may be you will like, thank you!

  3.   halawatuliman Says:

    ..saling bantu membantu dan kerjasama…ukhuwah amat pnting dalam melahirkan masyarakat islam yg bersatu padu dan bersatu hati…..insyaAllah… aktiviti yg amat baik saudara,teruskan usaha anda melestarikan dakwah islam dnegeri dbawah bayu…

  4.   Ibtisam Says:

    Assalammualaikum sir..

    Sy ingin bertanya pendapat Sir..
    Apa pandangan dan pendapat sir..sekiranya kaum Hawa lbih banyak menerajui bagi mengimarahkan masjid..khususnya bg kg sendiri..memandangkan…peranan kaum Adam kelihatan kian hilang..ada ..tp semakin berkurang..dn klu ada pun..blh dikira berapa bilangan..organisasi masjid ada…namun dr segi kelicinan pentadbiran agak lemah..dan bagi seorang yg masih muda..sdh tentu bnyk cabaran utk memulakan dan mencorak langkah….pd cadangan sir..apakah yg sesuai dilakukan diperingkat awal agar proses perubahan dpt dilakukan dengan baik dan diterima orang lain..? mohon pendapat dan cadangan.

    Sekian..Hamba Allah.

Leave a Reply



XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>