Kursus Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Posted by ilmu on Julai 22, 2009
Hari ini 23 Julai 2009, di Pusat Kegiatan Guru Ranau, saya sempat menyampaikan kursus pembelajaran interaktif melalui internet (www.zoom-a.com) kepada 103 orang pelajar Tahun 6 SK. Pekan Ranau. Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran Akses kendiri (Self Access Learning) berasaskan ICT dan portal pembelajaran zoom-a. Pembelajaran Akses Kendiri melalui web mampu meningkatkan motivasi pelajar kerana mereka boleh menguruskan sendiri latihan mengikut kemampuan mereka. Sepanjang kursus ini semua pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti.








Ogos 11th, 2009 at 11:20 pm
Boleh tak guru-guru sejarah berkongsi bbb, idea, atau cara mengajar sejarah dengan berkesan untuk menengah atas. Pelajar-pelajar saya tidak berminat dengan subjek ini.
Ogos 15th, 2009 at 2:03 am
3PBL ( Project, Problem & Personel Based Learning) adalah agak sesuai untuk menyelesaikan masalah motivasi pelajar menengah atas terutamanya subjek sejarah. Teknik ini menggabungkan kaedah pengajaran konvensional dan berasaskan ICT.
Ogos 17th, 2009 at 2:34 pm
Saya sangat berbangga dengan penampilan saudara dalam profesion keguruan, sangat aktif dan inovatif. Banyak perkara-perkara baru dapat tersiar dalam laman blog saudara yang boleh dikongsikan bersama oleh warga pendidik. Jika ada masa dapatkah kita berhubung semula dan sama-sama aktif dalam KGKS, saya masih menaruh harapan pada saudara untuk aktif semula dan sangat mengharapkan saudaralah tenaga penggerak KGKS di daerah Ranau kerana buat masa ini ahli-ahli KGKS daerah Ranau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah sejak peninggalan saudara yang hanya muncul sekali sahaja, lepas itu saudara menghilangkan diri tanpa khabar berita. Ok saudara, selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa.
Ogos 17th, 2009 at 2:36 pm
Ogos 17th, 2009 at 5:07 pm
Terima kasih atas kehadiran tuan dalam blog ini dan seterusnya meninggalkan komen yang membina. Saya akan berusaha untuk melibatkan diri kembali dalam KGKS kerana saya tetap yakin dalam organisasi inilah saya boleh menyumbang sesuatu kepada guru-guru khususnya di daerah Ranau.
November 14th, 2009 at 6:45 am
banyak membantu saya membuat kajian tindakan , teruskan usaha murni untuk kejayaan anak-anak didik