Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau 2009
Posted by ilmu on 18th Ogos 2009
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau telah berlangsung pada 1 Ogos 2009 di SMKA Mohamad Ali, Ranau. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Hj Dr. Muhiddin Yusin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” amat tepat kerana merujuk kepada peranan guru sebagai pencanang budaya kecemerlangan dan tamadun negara bangsa Malaysia. Dalam majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah tahun ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kempen mencintai ilmu, derma darah, senamrobik, anugerah guru cemerlang, inovatif dan kreatif, anugerah sekolah cemerlang, pusat sumber cemerlang, koir dan acara kemuncak dengan penganugerahan Tokoh Guru 2009. Semangat serta kekuatan iltizam jelas terpancar di wajah para guru yang hadir, lebih-lebih lagi para guru yang sanggup berbakti di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Selamat Hari Guru 2009.
Posted in Hari Guru | No Comments »



















