SK Longut, Ranau – Sekolah Pedalaman Yang Berpotensi Menjadi Lebih Cemerlang
Posted by ilmu on 16 Mei 2010
Pada 3 Mei 2010, saya berkesempatan melawat dan memberikan khidmat bantu kepada SK. Longut. Sekolah pedalaman yang terletak 70 km dari pekan Ranau (mengikut jarak JKR). Saya mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke sekolah ini melalui jalan alternatif.. First time ke sekolah ini… Sebuah rumah guru yang terdiri dari 2 unit pintu dan tidak diduduki telah dijadikan sebagai bilik P&P dan pentadbiran. 1 bilik darjah dan 1 bilik guru. Bangunan sekolah lama agak dhaif dan kurang sesuai dijadikan bilik darjah.. Saya bertemu langsung dengan Guru Besar sekolah, Sidek Kampadong yang baru sahaja 4 bulan bertugas di sini dan memberikan penerangan tentang program sekolah. Di antara program yang dijalankan ialah penggunaan Pembelajaran Asas Kendiri berasaskan web dan program Nyah Masalah LINUS yang telah berjaya mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas di kalangan pelajar Tahap 1 terutamanya Tahun 1. Tahniah kepada warga SK. longut Ranau….











Oktober 10th, 2010 at 6:02 PM
Nice information, many thanks to the author. It is incomprehensible to me now, but in general, the usefulness and significance is overwhelming. Thanks again and good luck!
Julai 24th, 2011 at 4:43 PM
Very Interesting Information! Thank You For Thi Information!
Ogos 14th, 2011 at 8:53 PM
…semoga sekolah2 pedalaman diseluruh sabah akan terus maju seiring dngn pembangunan masa kini..insyaAllah…