SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Posted by ilmu on 14 September 2010
Sempena kedatangan hari lebaran 1431H bersamaan 2010M ini, saya serta seluruh warga Kolaborasi Ilmu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kehadiran aidilfitri kali ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita semua. Selepas sambutan aidilfitri, kita akan kembali ke destinasi masing-masing untuk meneruskan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kepada yang memandu kenderaan, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

