Kembara Suci : Sebuah Catatan Abadikan Kenangan…

Labbaik Allahumma labbaik…labbaik ‘ala syarika laka labbaik. Innalhamda..wanni’mata. Laka walmulk… Laa syari.ka lak…… Telah sekian lama terdetik di hati ini untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah dan Al-Madinatul Munawwarah. Impian dan harapan berserta doa tiap masa dilafazkan baik di hati mahun pun di bibir kerana keinginan itu sentiasa memuncak. Ahlamdulillah, hasrat semakin hampir tercapai apabila mendapat ilham dari Allah SWT untuk mencari pakej Umrah Ramadan 2011 selama 40 hari.

Tarikh 25 Julai 2011, merupakan tarikh yang paling bermakna dalam hidup saya kerana penerbangan telah ‘confirm’ bersama 41 orang jemaah yang lain dari seluruh negara melalui Pakej Umrah Ramadan 2011 Umrahaj Sdn bhd. Rasa syukur kepada Allah dan rasa gembira tak dapat dibayangkan. Sebelum penerbangan, saya mula membuat persiapan  fizikal dan mental, lebih-lebih lagi saya diberitahu cuaca di tanah suci ketika itu sangat panas sehingga 50 darjah celsius.

 

 Di KL Sentral untuk menuju ke KLIA

Alhamdulillah, rombongan kami berlepas pada 25 Julai 2011, pukul 5.00 pagi dari KLIA ke Dhaka, Bangladesh. Kami menaiki pesawat McDouglas jenis lama milik  GMG Airlines sebuah syarikat swasta Bangladesh. Macam Air Asia tapi syarikat GMG ini kecil sahaja. Bilangan pesawatnya pun tidak banyak. Hanya ada 8 buah sahaja. Kami tiba di Dhaka pada pukul 9.00 pagi waktu Dhaka setelah 4 jam dalam penerbangan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hazrat Shahjalal International Airport Dhaka, Bangladesh

Penerbangan kami yang seterusnya dijadualkan pada pukul 11.00 pagi. Sambil menunggu, kami sempat melihat-lihat kedai menjual coklat. Saya tidak pasti sama ada harga coklat kesukaan saya dijual pada harga yang mahal atau tidak. Harganya Takka Bangladesh (TK2780.00).  Rombongan kami telah menunggu agak lama di Dhaka Airport kerana pesawat seterusnya asyik ditunda. Last-last dapat terbang ke Jeddah pada pukul 4.00 petang. Penerbangan dengan GMG Airline Boeing 777 memakan masa selama 7 jam. Sampai di Jeddah lebih kurang 4.00 petang waktu Arab Saudi. Kami menunggu selama 3 jam untuk pemeriksaan imigresen dan urusan pengangkutan. Setelah selesai urusan di airport, kami bertolak ke Madinah pada pukul 7.00 petang dengan menaiki bas khas. Kami berhenti di sebuah pekan kecil di tengah pada pasir yang dinamakan  Al-Kura untuk solat Maghrib dan makan malam. Pertama lagi menjamah makanan arab. Memang sedap dan lazat…huhu  Makan pakai pakai talam, nasi banyak ukuran 4 orang makan (kalau kebiasaan di tempat kita ini) dan ayam salai setengah ekor. (Hahaha macam mana mau bagi habis ni kata saya dalam hati).

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          OLYMPUS DIGITAL CAMERA          OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini tempat makan bersila…..dlm group.

nasi bukhari setalam, ayam setengah ekor dan sayur timun. Harga 12 riyal sahaja.

Kami meneruskan perjalanan. Saya tertidur dalam perjalanan. Selesa di dalam bas ber-ekon.. Sekitar pukul 3.00 pagi kami singgah di Usfan untuk minum Syai.. (tea).. harga 2 riyal. Saya sempat merakam gambar pokok kayu ini….

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

pokok tanpa daun….

Kami sampai di Madinah pada pukul 5 pagi. Sempat solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi. Alunan suara Imam Sheikh Dr. Ali Al-Huzaifi, Qari yang saya minati menggamit kenangan saya sewaktu di Malaysia. (Selalu dengar dari CD yang dipasang di kereta sahaja). Dapat dengar suaranya secara life, hati saya sangat teruja.

Setelah siang menjelang, saya dapat melihat Kota Madinah dan sekelilingnya terutama di kawasan Masjid Nabawi dan Kubur Baqi’ yang menempatkan 10 ribu kerabat dan sahabat Baginda SAW. Subhanallah, saya cuba menghayati suasana perjuangan baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dalam memperjuangkan agama Allah SWT di bumi ini. Terasa sangat kerdil sekali…. kami berada di Madinah selama 12 hari dan alhamdulillah sempat berkunjung ke beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba’, Bukit Uhud, Bukit Magnet, Pasar Kurma, Kilang Percetakan AlQuran dan Kubur Al-Baqi di samping sentiasa berada di Kawasan Madinah dan Masjid Nabawi untuk melihat tapak-tapak perjuangan Rasulullah SAW yang suci. Saban waktu semasa menuju ke Masjid Nabawi akan melalui Abu Bakar Gate No. 29, kerana kami tinggal di Hotel Al Muhajirin dan akan melalui Makam Baginda Nabi SAW dan makam Baqi yang berada lebih kurang 200 meter dari situ. Selama 12 hari di sini, saya dapat merasakan kehalusan sikap orang-orang Madinah yang kebanyakkannya dari keturunan Aus dan Khazraj. Friendly sangat-sangat.

Di Madinah, 4 hari sebelum puasa ramadan 2011 bermula… kami sempat menikmati pelbagai makanan tempatan dan kurma segar. Tak sangka hanya dengan 7 biji kurma + 7 cawan air zamzam, rasa kenyang dan tak dahaga pun selama sehari walaupun di bawah matahari yang terik dan cuaca yang kering. Tidak hairanlah jika Rasulullah SAW serta para sahabat baginda pergi berperang berbekalkan kurma dan air zamzam sahaja.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          OLYMPUS DIGITAL CAMERA          OLYMPUS DIGITAL CAMERA          

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          OLYMPUS DIGITAL CAMERA          Kilang Pencetakan AlQuran 

Makam Salah Seorang Isteri Baginda SAW.. Kurma segar... manis kelat..Bukit Magnet..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          Pasar Kurma OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          OLYMPUS DIGITAL CAMERA

sewaktu melakukan ziarah di beberapa tempat, seperti Bukit Uhud (Bukit pemanah) dalam sejarah berlakunya Perang Uhud. Di tempat saya berdiri dalam gambar di atas, tempat tentera pemanah muslimin ditempatkan… Kemudian menuju ke bukit magnet. Seperti yang pernah saya dengar, bukit magnet boleh menarik sebuah bas bergerak sendiri sehingga kelajuannya mencapai 100km sejam. Ini semuanya atas kehendak Allah yang maha suci.. Subhanallah.

Setelah berada di Madinah selamat 12 hari… sempat berpuasa di sini selama 8 hari.. rombongan kami seramai 40 orang (dulu 41 orang – tapi seorang jatuh sakit dan sedang dirawat / ditahan di Hospital Madinah). Kami mulai berihram di Bir Ali atau Masjid Dzul Qhulaifa.. sekitar pukul 2.00 petang. Kami tiba di Tanah Suci Mekah pada pukul 8.00 malam. Setelah selesai check in di Darul Kopiah (apartment).. saya dan rombongan berpecah untuk mengerjakan tawaf dan saie… ingat Hj. Azdie, Hj. Azmi dan Hj. Azizul.. dari Kota Bharu Kelantan…. Alhamdulillah dapat melaksanakannya dengan lancar dan selesai bertahallul pada pukul 10.00 malam.

Umrah 1 Bir Ali Masjid Dzul Qulaifa.. Otw From Madinah to Mekah Umrah ke 8.. 

Saie Ke 2..Bukit Safa Tahalul kedua..

Alhamdulillah… berada di Mekah selama 32 hari. Aktiviti harian tak berbeza.. 5 waktu solat di Masjidil Haram. Pergi balik dari penginapan lebih kurang 150 meter saja.  Tarawih mulai pukul 9.00 malam sampai pukul 11.30 malam. Rehat dalam 1 jam setengah, pukul 1.00 pagi mulai solat tahajjud di Masjidil Haram.

Ingat sangat …time Tarawih, Imam Sheikh Abdullah Al-Juhany dan Imam Sheik Maher Al-Muakkaley akan memimpin solat ini dan diikuti oleh hampir 700 ribu hingga ke 900 ribu jemaah. Nanti Tahajjud… Imam Besar Masjid Harap Sheikh Sudais dan Sheikh Saud Suraim pula akan mengimankannya … Tahajud selesai pada pukul 3 pagi setelah 1 juzuk untuk 10 rakaat tahajud selesai. Jemaah tahajud pun ramai juga dalam 500 ribu lebih juga.. kurang sikit daripada tahajud.

Nanti keesokannya, kalau larat pergi umrah .. miqat di Masjid Tana’im (Masjid Saidina Aisyah R.A). Alhamdulillah dapat juga melaksanakan 7 umrah badal untuk kerabat-kerabat yang telah pergi kerahmatullah..

Tawaf.. Beli nasi bukhari.. With My Friend From Yaman.. 

Tawaf Wida..Segar....kurma kelat manis.. bikin batuk..

Setelah berada di sini selama beberapa hari (tak ingat berapa hari), kami dapat berita kematian ahli rombongan kami yang dirawat / ditahan di Hospital Madinah. Menitis airmata kerana mengingatkan kemuliaan orang yang mati di Madinah dan dikuburkan di Baqi.. sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Jika kamu ingin mati di Madinah, Jika boleh, lakukanlah….(maknanya mintalah kepada Allah)…dan Sesungguhnya di akhirat kelak aku akan bersaksi kepada mereka yang dikebumikan di Baqi”.. Allahu akbar.Beberapa hari kemudian, seorang lagi jamaah kami meninggal dunia di Mekah Al Mukarramah. (Al-Fatihan kepada mereka – semoga roh merka dicucuri rahmat)

Sedikit pengalaman berpuasa di sini… sahur pukul 3.30 pagi. makan makanan ala masakan melayu (tukang masak indon). Sepanjang hari…kadang-kadang sangat dahaga (lapar tidak) kadang-kadang tidak dahaga langsung sampai ke petang. Tahu rahsianya ialah… jangan minum air botol (RO atau Mineral Water) yang dijual di kedai. Minumlah air zamzam kerana ia tahan di dalam badan. Tak cepat dikumuhkan…kalau minum minuman botol, dalam 2 atau 3 jam dah dikumuh melalui kencing. (balik-balik pergi ke tandas). Makan kurma lagi bagus, makan nasi tapi kurangkan makan daging kerana nanti cepat dahaga. Apa lagi kalau makan daging unta….

Waktu berbuka puasa…sengang. Bawa beberapa ketul kurma ke masjid. Nanti di sana banyak orang tarik tangan kita suruh duduk dalam kumpulan mereka terutama di Madinah. Di Mekah, pandai-pandailah cari kumpulan. Dapat makan laban (Yugort) dan kurma pun jadilah. Lepas solat maghrib barulah balik ke penginapan, makan berat pula. setelah berpuasa sebulan, tibalah gema takbir Syawal menandakan Hari Raya Aidilfitri telah tiba… Sayu ingat kepada kaum keluarga dan sahabat handai di tanah air.

Pagi Raya.. With My Friend From Yaman.. Tawaf Wida..

Di pagi syawal…

Kenangan di sini amat berguna. Sekurang-kurangnya menjadi terapi iman bila ia turun naik… rasa syahdu apabila mengimbasnya kembali. Berada di sini selama 32 hari (40 hari termasuk di Madinah), rombongan kami berlepas ke tanah air melalui Jeddah Airport. Check ini hampir 4 jam juga. Kami menaiki pesawat yang sama semasa datang. Pesawat GMG Airlines Boeing 777 keluaran tahun 1992. Semasa dalam penerbangan ini agak cemas juga (memang sangat cemas pun) bila air menitis dari atas kabin pesawat… ingatkan aircond lacking… rupa-rupanya air zamzam yang tumpah milik kawan kakak tu dari Bahau, Negeri Sembilan). Ingatkan tak sampai Malaysia doh! he2

Kompleks Haji Jeddah.. Jeddah Airport.. 

7 jam penerbangan ini sampai di Dhaka..transit macam biasa. Sampai di airport, kumpulan kami berpecah kepada 2. 1 kumpulan pergi ke hotel, kami ada 12 orang lain tidur di airport kerana masa menunggu tidaklah begitu lama untuk penerbangan selanjutnya. Tak disangka-sangka, kapal terbang GMG Airlines yang sepatutnya membawa kami ke Malaysia telah dibatalkan. Bahkan GMG telah membatalkan seluruh penerbangan mereka ke Kuala Lumpur? Apa lagi…Jemaah kami terkandas selama seminggu. Nasib kawan-kawan di Hotel tak diketahui langsung kerana telah “terputus hubungan”.

Saya cuba berurusan dengan GMG officier tidak tahu berapa kali sehari tetapi mereka hanya menjawab, ‘kami sedang mencari’ pesawat lain (Macam MAS ke, United Airlines ke, BIMAN Airlines ke…) yang pergi ke KL. Tidak tahan dengan kerenah mereka, dengan bantuan Sdr Zahar dari Kelantan (kebetulan saya ada simkad banglalink), dapat melaporkan masalah ini kepada Wisma Putra yang akhirnya penerbangan kami telah diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di Dhaka. Cerita.. kisah ini sangat panjang dan penuh dengan ‘isi-isi penting’ dan cukup perisa untuk dinikmati pahitnya kerana bayangkan 5 hari 5 malam tidur tanpa apa-apa di transit hall yang sempit dan tidak segar. hari ke 5, kami terpaksa dihantar ke hotel dengan kawalan ketat tanpa visa kerana semua rombongan sudah jatuh sakit (kena fever, flu, cough dan headache)… 2 orang doktor bangla dihantar untuk merawat kami…. Huhu… kami sempatlah tinggal di hotel Double…apa xingat sangat namanya.. dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 8 malam.  Dapatlah mandi setelah ntah berapa hari tidak sentuh air sebab tiada baju apa semua…

Hazrat Shahjalal Int. Airport, Dhaka.. semasa pergi Airport Transit Hall..Dhaka.. Bangladesh..semasa balik terkandas 

Dhaka..hotel Double apa tak ingat.. Keadaan Dhaka City,,

Walaupun kenangan pahit kerana terkandas di Dhaka, namun ada jua kebaikannya. sekurang-kurangnya dapat melihat Dhaka City ini dari dekat. Mudah-mudah dapat kembali ke negara ini sekali lagi untuk perjalanan khuruj fii sabiilillah… InsyaAllah. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT diringkaskan ceritanya di sini, kami telah dibawa oleh pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) untuk kembali ke Malaysia dan mendarat dengan selamat di KLIA pada entah berapa hari bulan….tidak ingat sudah…tapi sampai saja, keesokan hari terus start kuliah….

4 thoughts on “Kembara Suci : Sebuah Catatan Abadikan Kenangan…

  1. Syabas dan terima kasih di atas coretan kebaranya sebagai pedoman utk sy , keluarga dan rakan2 yg bercadang utk kembara ke timur tengah khasnya Mekah , Madinah dan Yaman .

  2. Syabas dan terima kasih di atas coretan kembaranya sebagai pedoman utk sy , keluarga dan rakan2 yg bercadang utk kembara ke timur tengah khasnya Mekah , Madinah dan Yaman .InsyAllah

  3. … Duhai hati2 yg bertaut kerana ingin mencari redha Illahi… jika hatimu telah memilih putih…..maka tetaplah pada warna putih itu…..dn jngnlah dicmpurkan yg putih itu walau dngn setitik hitam sekalipun….kerana…..walau setitik itu..pasti akan mempengruhi wrnah putih jua… semoga terus berjaya… fiddunya wal akhirah… – …smoga hati2 ini sntiasa indah terhias putih…Mahabbah Lillahi Robbi…_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *