Final Exam Ku…
Posted by ilmu on 4 Disember 2011
Esok!!.. Sampai sudah peperiksaan akhir!.. biasalah masa-masa sekarang, agak kelam kabut juga. Maklumlah bila dah sampai masa exam, baru kelam kabut cari nota. Bukan apa, selama beberapa hari dalam kuliah terutamanya semester ini, masa dihabiskan untuk membuat asimen dan kerja-kerja persediaan Seminar Pengurusan Pendidikan Lestari. Akhirnya bila sampai masa final exam, baru cari nota. Kadang-kadang cuba membuat spot tajuk yang keluar. Yalah.. kalau tidak buat spot, macam mana hendak ulangkaji semua tajuk. Mustahil…
Saya berfikir sejenak macam mana dapat kekalkan keputusan semester lepas, sekurang-kurangnya masih boleh mendapat Anugerah Dekan. Anugerah yang diidam-idamkan oleh semua student. Memikirkan hal ini saya cuba dapatkan tips belajar secara berkesan. Daripada pembacaan sama ada melalui buku ataupun internet, banyak cara belajar dengan berkesan tetapi saya cuba membuat kesimpulan sendiri. Maksudnya apa yang saya faham dan boleh lakukan. Cara yang sesuai bagi diri saya (mungkin tak sesuai bagi orang lain).
Teknik belajar dengan berkesan seperti apa yang saya faham, sesuai dan mampu saya dilaksanakan adalah seperti berikut:-
1. Masa lecturer mengajar, pasang telinga baik-baik. Dengar dengan baik dan teliti. Saya tidak suka bercakap-cakap semasa lecturer mengajar. Kalau ada kawan di sebelah suka bercakap-cakap, saya lari ke tempat lain
2. Saya buat nota berdasarkan apa yang dibincang
3. Cari bahan sokongan untuk melengkapkan nota
4. Ulangkaji tiap minggu tajuk-tajuk yang telah diajar
5. Kesan tajuk penting. Lecturer akan ulang-ulang tajuk yang penting. Mungkin tajuk ini akan keluar exam
6. Latih buat essei
7. Baca balik sampai faham.
Kalau dapat buat macam di atas InsyaAllah mesti dapat jawab soalan. Target exam kali ini cukup 3.7x ke ataslah….
Selamat berjaya kepada kawan-kawan..


Disember 4th, 2011 at 5:35 AM
moga dipermudhkn…GUd LuCk Sir!… insyaAllah..pasti boleh!
Aminn.
Januari 5th, 2012 at 2:28 PM
Makasih…hehe
Januari 8th, 2012 at 11:41 AM
sir..bla mau tmbh entri trbaru ?
waiting