“Teori Kasut Tindakan Dr. Edward De Bono – 1991
Posted by ilmu on 4 Disember 2011
Macam-macam sarjana ni. Kasut pun boleh mendatangkan banyak idea. Kalau saya, tidak dapat fikir lain. Kalau bukan untuk dipakai di kaki, kasut hanya boleh dijadikan perhiasan di rak-rak kasut bila dah tak boleh pakai. Hal ini berlainan dengan Dr. Edward De Bono. Kasut boleh ‘bertindak’ pula. Teori beliau dikenali sebagai ‘Teori 6 Kasut Bertindak’. Apa maksudnya? Sila baca dengan teliti pendapat beliau di bawah ini. Kupasan tentang teori ini telah saya ringkaskan supaya mudah difahami.
A
B
CD
G
1. PERTAMA KASUT BIRU (Lambang Cara Berfikir)
- Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-kerja rutin.
- Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin.
- Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang merbahaya.
- Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang selamat.
2. KEDUA KASUT KUNING (Lambang Amaran)
- Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan berbahaya.
- Kuning ialah lambang amaran.
- Pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas.
- Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.
3. KETIGA KASUT KELABU (Lambang Kekaburan)
- Kasut ini ialah lambang kekaburan.
- Banyak tindakan tidak dapat kita buat kerana keadaan masih kabur.
- Tindakan yang mesti dilakukan untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak mencari maklumat dahulu.
- Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.
4. KEEMPAT KASUT PERANG (Lambang Tindakan Pragmatik)
- Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik.
- Tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik.
- Kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan.
- Kita buat apa yang boleh dibuat.
5. KELIMA KASUT MERAH JAMBU (Lambang Kasih Sayang)
- Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan.
- kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan.
- Para doktor, peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan kemanusiaan.
6. KEENAM KASUT UNGU (Lambang Kuasa Rasmi)
- Kasut ini melambangkan kuasa rasmi.
- Apabila kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi.
- Kita mempunyai peranan rasmi.
- Para doktor, guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi.
- Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.
Nota: Teori Kasut Bertindak Ini Diperkenalkan Oleh Dr Edward De Bono Pada Tahun 1991


Disember 4th, 2011 at 5:41 AM
Jd dlm teori ni….cigu pakai 2 warna kasut….iaitu merah jmbu & ungu…
Disember 4th, 2011 at 3:13 PM
Tidak. Sy pakai warna Orange. Pragmatik… xsuka pink dan ungu.
Disember 5th, 2011 at 8:10 PM
o..gtu ka cikgu…tp..maksud sy..klu serog guru itu..majoritinya ramai pakai kasut pink dngn ungu kn..
sbb mereka lbih kpd tu but tu depends dngn org jga la..
Disember 7th, 2011 at 1:49 PM
ya kan… guru merupakan entiti bagi pink dn ungu
Disember 9th, 2011 at 9:05 PM
hebat betul kawan! baru saya tahu blog kamu ini. 10000xx…tq atas perkongsian ilmu untuk exam esok.
Disember 9th, 2011 at 10:07 PM
Eii chieng… relax arr jgn trlalu stress. Btw, we try our best for last paper. Tajuk ni mesti keluar punya…gd luck