Mandi Salji di Kuala Lumpur..

Tak pernah saya merasa sejuk di Kuala Lumpur (kecuali dalam aircond la)….. Lebih-lebih lagi sekarang. Panas kering + angin panas yang begitu cepat menghidrasi badan dan peluh. Tambah-tambah lagi puasa dan kurang minum air. Rasa haus tak dapat bayangkan macam mana.

Lain pula halnya petang kelmarin. Di tengah panas terik, sempat juga mandi salji. 🙂 sesuatu yang tak disangka. Peristiwa berlaku di Masjid SP. Sewaktu kemuncak rasa dahaga, saya dan beberapa orang kawan ditugaskan untuk khidmat ta’am (menyediakan makanan)..  Saya ambik bahagian yang paling mencabar iaitu menyediakan minuman sejuk. haha…mcm nak meletup puasa nampak ais batu yang sejuk dan warna minuman sirap bandung pink.

Waktu mengendalikan kerja menyediakan minuman dalam 40 jag air bersama kawan, saya cuba membuat kerja cepat sikit dari biasa kerana masa berbuka puasa dah dekat. Agak terburu-buru hingga terlari-lari ke sana ke mari mengambil dan menyediakan bahan. 🙂 dah biasa kerja express ni…. Keadaan tak begitu selesa. Bukan saja lantai licin tapi juga tak pakai selipar. Masa menghantar 2 jag air sirap yang sarat dengan air dan air batu…. “Argghhh bdukkkk!!! tergelincir.. apa lagi, 2 jag air di tangan menyimbah dada.. huhhhh sejuknya…. mula-mula rasa kesal tapi bertukar jadi syok pula… hehehe. SEGAR TERASA!!  “Malangnya” tak terminum… hehe.. nak yang free sebab istilah tak sengaja…  baju putih saya menjadi warna kemerahan. Kerana basah, warna pink dan manis di badan, saya terus mandi. Dah tak selesa…. Bingung tapi terpaksa…  🙂 Begitulah…Allah tunaikan hasrat saya untuk mandi salji setelah beberapa hari rasa bahang di Kuala Lumpur… huhu

Perjalanan Yang Jauh..

 

Andai menyingkap masa hadapan, pasti terasa perjalanan masih begitu jauh dan lama. Apatah lagi jika ada sesuatu yang istimewa ditunggu. Begitulah manusia memang kurang kesabarannya…

Namun jika diimbau kenangan lama, terasa baru saja berlalu pergi. 10 tahun yang lalu, rasa baru semalam. Apatah lagi jika kenangan itu baru sebulan ditinggalkan. Begitulah manusia tidak sedar akan kehidupannya yang begitu cepat pergi. Umur, masa dan peluang beredar mengikut pusingan jam yang beredar pergi dan tak akan kembali lagi.

Perjalanan jauh turut terasa apabila berpergian menuju ke suatu tempat. Perjalanan yang mencabar dan meletihkan. Bukan sahaja jaraknya jauh tetapi kaedah perjalanan yang tidak menyeronokkan. Ada orang suka dan tak suka naik kereta jauh-jauh.. begitu juga kapal laut, kapal terbang, bot laju, sampan di laut, jalan kaki dan berbagai-bagai lagi.

Pada masa post ini ditulis, saya sudahpun berada di Kota Metropolitan Kuala Lumpur untuk menuju ke beberapa destinasi kembara dakwah.. Menaiki pesawat Air Asia dengan flight terbarunya A320-200 yang baharu sahaja berkhidmat sebulan lepas. Apa yang agak lain daripada kebiasaan ialah pesawat ini bergerak dalam kelajuan 800km/sejam dan tiba di LCCT 15 minit awal daripada biasa. Ni diumumkan oleh ketua pramugarinya.

Kadang-kadang naik kapal terbang ni tak menyeronokkan. Bukan kerana tidak biasa tetapi keadaan cuaca yang tak baik. Kapal bergegar-gegar kuat, kadangkala turun naik mendadak. Huh…kecut perut. Keadaan perjalanan yang tidak selesa ini mempengaruhi hingga terasa jauh sangat perjalanan ke destinasi yang dituju… 🙂 🙂

Anak Lari Dari Rumah, Siapa Yang Disalahkan?

  

(Sebahagian daripada keratan akhbar yang memaparkan gejala yang tidak diingini terhadap anak-anak)

Sebentar tadi saya diajukan dengan soalan ni.. Tergamam seketika… sambil berfikir salah siapa sebenarnya perkara ni berlaku. Tiba-tiba timbul pula minat di hati saya untuk menganjurkan satu forum bagi mengupas tajuk ni secara mendalam.  Rasanya sangat menarik. Mesti perbahasan akan hangat kerana pelbagai pihak akan menegakkan hujah masing-masing. Rasanya siapa yang akan menganjurkannya. Adakah JK Pengurusan Masjid Ar-Rahman, ABIM Ranau atau NGO lain yang saya sertai? Semangat saya semakin tinggi untuk menganjurkan forum ini di peringkat daerah. Mudah-mudahan berjaya.

Saya tidak bermaksud mengupas tajuk ini secara mendalam dalam blog ini kerana biarlah para pengunjung yang memberikan pendapat. Ada baiknya saya mendiamkan diri dulu. Pun begitu dalam memperkatakan tajuk ini, rasanya tak terlepas 2 persoalan utama iaitu tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab anak itu sendiri?? Saya dah tak sabar menanti perkongsian ilmu yang akan merungkai perkara ini secara jitu…. nantikan.