Anak Lari Dari Rumah, Siapa Yang Disalahkan?
Posted by ilmu on 10 Ogos 2012
(Sebahagian daripada keratan akhbar yang memaparkan gejala yang tidak diingini terhadap anak-anak)
Sebentar tadi saya diajukan dengan soalan ni.. Tergamam seketika… sambil berfikir salah siapa sebenarnya perkara ni berlaku. Tiba-tiba timbul pula minat di hati saya untuk menganjurkan satu forum bagi mengupas tajuk ni secara mendalam. Rasanya sangat menarik. Mesti perbahasan akan hangat kerana pelbagai pihak akan menegakkan hujah masing-masing. Rasanya siapa yang akan menganjurkannya. Adakah JK Pengurusan Masjid Ar-Rahman, ABIM Ranau atau NGO lain yang saya sertai? Semangat saya semakin tinggi untuk menganjurkan forum ini di peringkat daerah. Mudah-mudahan berjaya.
Saya tidak bermaksud mengupas tajuk ini secara mendalam dalam blog ini kerana biarlah para pengunjung yang memberikan pendapat. Ada baiknya saya mendiamkan diri dulu. Pun begitu dalam memperkatakan tajuk ini, rasanya tak terlepas 2 persoalan utama iaitu tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab anak itu sendiri?? Saya dah tak sabar menanti perkongsian ilmu yang akan merungkai perkara ini secara jitu…. nantikan.


Ogos 22nd, 2012 at 11:27 PM
Pepatah Arab ada menyebut, “mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. “
“persoalannya, corak apakah yg akan kita tinggalkan..?”
apa pun..adakala tindakan & perilaku anak2 amat dipengaruhi olh keadaan persekitarannya…kita pun sedia maklum kebanyakan kes2 seperti diatas sering berlaku dlm golongan remaja..zaman remaja adalah zaman pergolakan jiwa…pada peringkat inilah remaja akan mula utk mencari dan mengenali indentiti diri mereka…jika tersilap langkah dn bimbingan…takut2 mereka akan mengalami kekeliruan identiti sehingga mempengaruhi sikap dn emosi mereka.Ibaratnya mengasah pisau…jika terlalu kasar takut kan rosak matanya…jika terlalu lembut takut lmbat pula tajamnya…maka dngn itu sedang2lah…
*sekadar berkongsi pendapat…
apa pun tajuk ini sngt menarik..pasti kupasan dan hujah yg diberikan nanti smgt hebat dn bermanfaat… moga berjaya mncapai matlamat..