Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Kanak-kanak

PENGENALAN

Keluarga merupakan sebuah institusi yang mampu mempengaruhi ahli-ahlinya yang terdiri dari ibu bapa dan anak-anaknya. Ibu bapa sebagai pengurus bertanggungjawab untuk membentuk dan memastikan anak-anaknya menjadi insan yang berguna dan mampu menyumbang ke arah kebaikan sejagat. Di samping itu, ibu bapa mempunyai peranan yang penting di dalam mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan pendidikan anak-anak mereka.  Struktur dan nilai keluarga tersebut sering dipengaruhi oleh kecekapan yang membabitkan proses memperbaiki kedudukan ekonomi serta peningkatan pencapaian diri ibu bapa tersebut.

Selain dari itu, kurangnya sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang kepada kegagalan dari segi pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan gejala luar yang semakin mencabar pada masa kini. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang terdekat kepada anak-anak dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Kegagalan ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian anak-anak mereka malah mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara terancang dan tanpa disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini kepada pihak lain akan menyebabkan ibu bapa secara tidak langsung mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Sebagai contoh, pertembungan budaya di dalam keluarga dan kurikulum yang dilaksanakan dalam pendidikan di sekolah akan mengujudkan suatu suasana yang menekan dan hilangnya tumpuan di kalangan pelajar-pelajar yang sering bermasalah. Keadaan ini seharusnya ditangani oleh para ibu bapa bagi membentuk anak-anak mereka seiringan dengan kurikulum sekolah yang mempunyai objektif membentuk insan yang berguna.

Pendidikan merupakan suatu wadah bagi seseorang untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tahap pencapaian mereka melalui kedudukan taraf sosio ekonomi dalam masyarakat. Namun, ini bukannlah ukuran yang tepat dalam pencapaian hasrat diri yang sebenar. Peranan pelbagai pihak terutama sekali ibu bapa memainkan peranan yang penting dan utama di dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka.

Pencapaian akademik seseorang pelajar akan diukur melalui pencapaian mereka di dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun, pengukuran ini seharusnya melihat kepada skop yang lebih luas lagi agar pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah mampu terus berdikari untuk memperbaiki diri serta kaedah pembelajaran mereka yang paling sesuai. Jesteru itu, kegagalan pelajar-pelajar di dalam pengukuran ini adalah berpunca daripada pembelajaran yang tidak berlaku sebaik mungkin. Pelbagai faktor berdasarkan pelbagai sudut kajian telah dijalankan bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran pelajar-pelajar tersebut.

Faktor-faktor persekitaran keluarga di dapati memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka. Institusi keluarga merupakan institusi terawal dan terpenting serta bertanggung jawab di dalam pembentukkan peribadi individu samada dari segi akqidah, syariah atau pun akhlak (Mustafa Haji Daud, 1989). Ini dapat diperjelaskan dengan melihat sendiri betapa besarnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-anaknya sehinggakan ia mampu membentuk sahsiah seorang anak tersebut. Perasaan pertalian kasih sayang mampu membentuk ketaatan dan kesetiaan dalam memudahkan anak-anak menerima tunjuk ajar dan nasihat daripada kedua ibu bapanya. Ini adalah bersifat kekal dan berpanjangan serta mampu mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka.

Kekukuhan dari segi ekonomi dalam sesebuah keluarga memainkan peranan yang penting di dalam menyediakan keperluan dari segi nafkah dan pendidikan. Keperluan yang dapat dipenuhi sedikit sebanyak mempengaruhi proses pembelajaran yang dialami oleh anak-anak. Oleh yang demikian kesempurnaan dalam proses pembelajaran akan menghasilkan serta membentuk generasi yang gemilang pada masa hadapan. Keupayaan ibu bapa untuk memberikan pendidikan sepenuhnya kepada anak-anak mereka akan menjamin masa depan yang cerah.

 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN 

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar-pelajar namun berikut adalah antara beberapa faktor yang mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar antaranya; sikap ibu bapa itu sendiri, minat ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, didikan dan bimbingan ibu bapa, latar belakang ekonomi, dan keruntuhan rumahtangga.

 Sikap Ibu Bapa Pelajar

Sikap merujuk kepada kepekaan para ibu bapa terhadap keperluan pendidikan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa seharusnya lebih sensitif dengan pendidikan anak mereka kerana sebarang aktiviti berbentuk pendidikan akan membantu meningkatkan pembelajaran seperti kelas tusyen, membeli buku-buku bacaan dan tambahan, lawatan dan sebagainya. Selain dari itu, ibu bapa juga mempunyai banyak masa dengan anak-anak berbanding dengan pihak lain dan masa yang lebih panjang ini seharusnya digunakan untuk mendorong dan menggalakkan anak-anak untuk memperbaiki proses pembelajaran mereka dengan bimbingan yang berguna.

Minat Ibu Bapa

Minat didefinisikan sebagai sebuah keghairahan dan kegemaran untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang akan menumpukan pada daya usaha , masa, pemikiran dan sumber-sumber bagi memenuhi keinginan minatnya (Sufean, 1996). Ibu bapa hendaklah mempunyai minat yang mendalam terhadap kemajuan anak-anaknya kerana tanpa minat ini akan menyebabkan perhatian serta perasaan ambil berat terhadap pembelajaran anak mereka berkurangan dan bukan menjadi sebagai suatu perkara yang utama dalam kehidupan sehariannya.

 Dengan adanya minat dikalangan ibu bapa ini akan menimbulkan suatu suasana dorongan yang positif ke atas anak-anak mereka di dalam pencapaian kecemerlangan dalam pembelajaran serta membentuk kecerdikan dan kecerdasan anak-anak tersebut. Walaubagaimanapun terdapat segelintir ibu bapa yang kurang minat terhadap pembelajaran anak-anak mereka dan menyerahkan segala urusan serta tanggungjawab pembelajaran ini sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Pendidikan Ibu Bapa

Latar belakang pendidikan ibu bapa dapat mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Ini adalah disebabkan mereka yang mempunyai pendidikan yang baik mampu untuk mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka melalui pengetahuan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam pelajaran. Di samping itu, latar belakang pendidikan ini juga mempengaruhi minat sebenar ibu bapa kerana ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang baik akan lebih mengutamakan minat  anak mereka dalam pendidikan berbanding dengan ibu bapa yang langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Sebaliknya ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan akan mengutamakan anak-anak mereka untuk lebih berdikari bagi memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.

 Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang baik dapat membantu proses pembelajaran anak-anak mereka di luar masa persekolahan jika dibandingkan dengan ibu bapa yang tidak mempunyai pendidikan. Kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai pendidikan akan berada dalam kedudukan ekonomi yang stabil dan mampu membantu perkembangan pembelajaran anak-anak mereka selain memberi keselesaan pembelajaran di rumah yang lebih menarik minat anak-anak untuk menjalankan ulangkaji pelajaran.

Didikan serta Bimbingan Ibu bapa

Keberkesanan pembelajaran anak-anak juga dipengaruhi oleh didikan awal yang diberikan oleh ibu bapa. Didikan yang diterima sebelum dan selepas dilahirkan akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-kanak tersebut (Manja, 1990). Ini disebabkan didikan awal akan membentuk corak pembelajaran sebenar anak-anak mereka dan pemberian didikan dari awal akan membentuk kecemerlangan dalam pembelajaran. Didikan serta pencorakan ini dapat mempengaruhi anak-anak kerana menurut Ariffin (1990) menyatakan 70 peratus adalah masa ibu bapa berinteraksi dengan anaknya berbanding Cuma 30 peratus interaksi yang berlaku di antara guru dan anaknya. Proses didikan ini hendaklah secara berterusan sehingga mereka meningkat dewasa kerana proses pembelajaran akan terus berlaku dalam bentuk akademik dan sebagainya.

 Setiap pelajar memmpunyai hak untuk diberi peluang dalam pencapaian pelajarannya disebabkan terdapat pelajar yang dilahirkan dengan kebijakan semuljadi. Sekiranya mereka tidak mendapat dorongan serta peluang akan menyebabkan kebijakan yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya dan akan hilang begitu sahaja. Didikan yang diberikan oleh ibu bapa hendaklah disertakan dengan kasih sayang agar keharmonian serta kesan yang positif dapat mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka kelak.

 Sebagai pendidik, ibu bapa juga hendaklah mempunyai sifat-sifat yang terpuji, penuh dengan kasih sayang dan merupakan role model kepada anak-anak untuk meneruskan proses pembelajaran mereka tidak kira di mana juga. Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar kerana didikan yang diberikan tidak hanya tertumpu pada pelajaran sahaja malah ia meliputi halatuju anak-anak mereka suatu hari nanti yang akan berhadapan dengan masyarakat serta dunia yang mencabar ini.

Latar Belakang Ekonomi.

Kedudukan ekonomi keluarga memainkan peranan yang penting di dalam menentukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka. Terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai kedudukan atau tahap ekonomi yang baik akan mengukur keupayaan tersebut ke atas ahli-ahlinya dan bukan kepada apa yang mampu mereka capai sebenarnya. Keadaan ini sering berlaku sehinggakan terdapat anak-anak yang tidak mendapat hak sewajarnya untuk masuk sekolah rentetan kemiskinan yang dialami oleh ibu bapa mereka. Menurut Sa’ibah (2000), ciri-ciri keluarga iaitu taraf hidup atau status ekonomi merupakan asas yang kuat bagi pencapaian akademik anak-anak mereka. Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut lebih terdorong oleh ibu bapa mereka untuk berusaha dan mencari jalan bagi memenuhi tuntutan keperluan hidup mereka daripada berusaha dari segi meningkatkan pendidikan keluarga tersebut. Perkara ini hendaklah berlaku secara seimbang bagi memenuhi semua perkara yang seharusnya ada dalam diri semua orang.

 Selain dari itu, kekangan kewangan atau ekonomi keluarga ini akan menyebabkan tidak terdapat keselesaan mahupun makanan yang berzat serta tidak mencukupi. Perkara ini sering berlaku di kawasan luar bandar kerana kesedaran berkenaan pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka merupakan perkara yang hanya diwajibkan kepada mereka agar tidak buta huruf sahaja. Tanggapan sedemikian tidak seharusnya ada walaupun mereka dihimpit dengan tekanan dari segi ekonomi keluarga. Ini tidak bererti bahawa lebih baik kedudukan ekonomi keluarga tersebut maka lebih baiklah pencapaian anak-anak mereka. Sebaliknya pemikiran atau tanggapan ibu bapa terhadap pentingnya pendidikan seharusnya dititikberatkan agar semua kanak-kanak atau pelajar-pelajar mendapat hak serta peluang mereka untuk mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Keruntuhan Institusi Keluarga

Institusi keluarga merupakan asas atau pokok persoalannya kepada kesan atau pengaruh secara keeseluruhan kehidupan anak-anak atau generasi yang akan datang. Tahun 1960-an merupakan keemuncak keruntuhan sebahagian besar institusi keluarga di barat berlaku sejak bermulanya revolusi industri. Ini merupakan suatu bencana yang amat buruk telah berlaku kepada perkembangan positif kepada generasi akan datang. Keruntuhan keluarga banyak menyumbang kepada berlakunya jenayah di barat seperti pembunuhan, rogol, rompakan, penyalahgunaan dadah, penipuan dan sebagainya. Ini merupakan kesan terbesar bila berlakunya keruntuhan keluarga. Pembunuhan tanpa belas kasihan sering berlaku akibat dari tekanan perasaan yang dilalui seperti kurangnya kasih sayang, dendam, tidak bertimbang rasa, dan kejam. Oleh disebabkan demikian berlakunya jenayah yang hampir tidak menyamai perasaan seorang manusia biasa sebaliknya lebih menakutkan kegembiraan dan kepuasan timbul dari jenayah yang dilakukan.

 Keruntuhan keluarga semakin menular di Malaysia akibat dari pelbagai masalah dan yang amat ketara sekali apabila pasangan terlalu muda untuk melalui alam perkahwinan tanpa persediaan serta persiapan yang rapi dibuat. Keruntuhan keluarga ini masih dapat dibendung apabila budaya kasih sayang dan kekeluargaan masih wujud dalam diri masing-masing serta bersedia untuk memelihara anak-anak yang tidak mempunyai keluarga yang sempurna akibat perceraian, kematian dan sebagainya.

 Kesan kepada pelajar pula adalah dari segi kemampuan atau pun kedudukan ekonomi yang serba kekurangan. Kurangnya kasih sayang yang sepatutnya diberikan oleh kedua ibu bapa dan ini menyebabkan pelajar tersebut berkemungkinan terlalu pasif atau agresif dari segi perangi mereka akibat dari tekanan dalam yang dialami. Tumpuan terhadap pelajaran sudah tidak relevan lagi kerana bergantung kepada kekurangan yang dimiliki dari segi fizikal sehinggalah rohani.

 Keruntuhan keluarga ini juga berlaku apabila budaya barat telah meresap ke dalam keluarga tersebut. Pergaulan bebas serta tidak berpanduan akan menjejaskan pencapaian akademik anak-anak mereka kerana segala pergaulan tidak dikawal dan tidak terkawal lantaran budaya barat yang membenarkan. Pergaulan bebas ini akan menghancurkan mereka sehingga hanyut dengan arus pembangunan perdana sehingga nilai-nilai kemanusiaan tersebut cuma dijadikan alasan bagi atau petikan dalam buku sahaja. Oleh yang demikian ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang paling penting di dalam membentuk generasi akan datang serta menjadi contoh kepada semua ahli keluarga serta masyarakat bagi kesejahteraan yang mendatang.

KESAN DARI PENGARUH IBU BAPA

Ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas perilaku anak-anak mereka kerana pembentukan sahsiah serta tingkahlaku anak-anak adalah bergantung kepada corak yang telah dilaksanakan. Terdapat beberapa faktor telah dikenalpasti serta mempunyai hubungan dengan pengaruh ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka seperti sikap, minat, latar belakang pendidikan, cara didikan, kedudukan ekonomi keluarga, dan keruntuhan rumahtangga. Pengaruh yang negatif terhadap anak-anak mereka akan membantutkan proses pembelajaran berterusan yang bukan sahaja di sekolah malah di rumah.

Keadaan anak-anak mereka semakin tertekan apabila tidak dapat mencapai keputusan yang baik di kalangan mereka di sekolah tambahan lagi terdapat ibu bapa yang memberi tekanan dengan cara memarahi anak-anak mereka kerana pencapaian tersebut. Sebaliknya ibu bapa seharusnya memahami perasaan anak-anak yang menghadapi situasi seperti berikut kerana sokongan serta dorongan secara positif amat diperlukan masa itu. Sekiranya ibu bapa tidak dapat memahami keadaan tersebut maka anak-anak mereka akan kurang minatnya pada pelajaran sebaliknya cuba menghiburkan dirinya dengan permainan serta perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang menghiburkan dan kadangkala mendedahkan serta menjerumus anak-anak mereka kepada aktiviti yang negatif dan tidak bermoral.

 Selain dari itu, kekurangan atau kekangan ekonomi keluarga sering menyebabkan anak-anak mereka mengalami keciciran dalam arus pendidikan perdana. Perkara ini  amat serius kerana keciciran ini akan melahirkan kanak-kanak yang kurang berminat kepada pelajaran dan keadaan ini akan berpanjangan sehingga ke generasi yang akan datang. Anak-anak mereka terpaksa membantu ibu bapa untuk mencari rezeki sehinggakan pembelajaran mereka terabai. Sebaliknya ibu bapa hendaklah mengutamakan pendidikan anak-anak mereka daripada melibatkan mereka ke dalam usaha memperbaiki ekonomi keluarga. Kajian Kementerian Pendidikan mendapati masalah keciciran di sekolah adalah berpunca dari faktor penyumbang utama iaitu kemiskinan. Ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah akibat dari kealpaan ibu bapa mengukur pendidikan dengan kemiskinan yang dialami. Begitu juga dengan pemakanan yang berzat dan mencukupi sering berkait rapat dengan penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka disamping tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan rawatan pakar bagi penyakit tersebut. Ini semua merupakan pengaruh dan kesan yang disebabkan oleh ibu bapa itu sendiri.

 Pada dasarnya, semua ibu bapa mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anak ke sekolah untuk memperoleh pendidikan yang sempurna bagi menjamin masa depan. Terdapat keluarga yang tidak memberhentikan anak mereka dari sekolah walaupun mereka di belenggu kemiskinan. Ini kerana katanya, ibu bapa terlibat tidak mahu anak-anak mereka tercicir dan mewarisi kemiskinan serta kemelut keperitan hidup mereka. Ibu bapa berkenaan akan berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan secukupnya atau dengan memohon bantuan melalui saluran yang disediakan seperti peruntukan biasiswa atau pun bantuan daripada badan kebajikan bagi membiayai anak-anak mereka bersekolah.

 Pihak kementerian pendidikan juga telah menyediakan program khas (Program Pembinaan Ilmu Kekeluargaan) bagi menangani permasalahan kesedaran di kalangan keluarga atau ibu bapa yang mempunyai masalah berhubung dengan pembelajaran anak-anak mereka. Ia bagi menimbulkan kesedaran di kalangan ibu bapa betapa pentingnya pendidikan bagi anak-anak mereka. Oleh yang demikian adalah menjadi agenda negara bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang dari semua aspek melalui pendidikan yang diberikan di sekolah-sekolah atau pun di institusi pendidikan tinggi dengan dorongan dan didikan sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.

KESIMPULAN

Ibu bapa merupakan pihak yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pelajaran serta pembelajaran yang sewajarnya. Ini disebabkan pengaruh ibu bapa tersebut yang secara langsungnya memberi kesan samada secara positif atau negatif kepada anak-anak mereka berdasarkan kepada sikap, minat, latar belakang pendidikan, cara didikan, kedudukan ekonomi keluarga dan institusi keluarga itu sendiri. Pihak luar seperti sekolah dan masyarakat merupakan sokongan kepada keberkesanan pembelajaran yang dijalankan di sekolah secara formal dan ibu bapa pula merupakan pendidik sepanjang hayat kepada anak-anak serta generasi akan datang secara berterusan dan  berpanjangan.

6 thoughts on “Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Kanak-kanak

  1. Salam sir…betulkah konsep pendidikan telah digugurkan dskola..? maksudnya…seorg guru hanya mengajar shja dskola..dan tugas mendidik spatutnya diserhkn spenuhnya kpd ibu bpa..tujuannya adlh utk meringnkn bebanan srg gru…atau maklumat ini kurg tepat..jd hnya ingin kepastian… sbb…sy cuma dngnr tntg ni dr shbt yg belajar di IPG…jd sir tentu lebih arif kn…klu ya..knpa ya? 🙂

  2. Waalaikumussalam, Aik..nampaknya semakin ramai yang salah faham. Lebih bahaya jika kekal tak mendapat meklumat yang betul. Lebih-lebih lagi kepada bakal guru yang akan memikul tanggungjawab sebagai pendidik generasi sepanjang zaman. Konsep pendidikan di sekolah tak pernah digugurkan. Buktinya kita masih berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cuma pendidikan di rumah dilihat lebih berkesan kerana bbrpa faktor, seperti yang diperkenalkan oleh John Piaget. Wallahu ‘alam

  3. oo..mcm tu ya.. 🙂 sy pun hnya mendengar dr seorg rakan..agak kompius & trkrjut jgk bla dngr..dn tkut terslh fhm..jd ambil keputusn untuk tnya sir. lg pun bg sy…guru sebagai pendidik mana blh dipisahkan.. 🙂 mengajar dan mendidik…ianya bagai irama dan lagu..klu 1 tkda maka tk lengkaplah…kedua2nya memainkan peranan penting dlm membentuk anak2 yg berjaya …terima kasih atas penjelasan .. 🙂

  4. assalam sir, saya mahu bertanya, masih relevankah faktor kemiskinan dalam pembentukan kecerdasan kanak-kanak kerana sekarang ini terdapat pelajar yang miskin tetapi mendapat pencapaian akademik yang cemerlang.

  5. Waalaikumussalam wtb.. bagus soalan ini. Pendapat saya masih releven. Faktor kemiskinan menyebabkan pelajar kekurangan bekalan makanan yang seimbang dan penting untuk tumbesaran serta perkembangan fizikal dan mental. Ini berlaku terutamanya di bandar-bandar. Selain dpd itu ramai pelajar di kampung-kampung tdk fokus kepada pembelajaran dan ponteng sekolah krn menolong ibu bapa di kebun, menanam padi, sayur, jaga adik, tolong menjual hasil pertanian dan sebgainya. Akibatnya pendidikan mereka tidak sempurna dan ramai yang berhenti sekolah terutamanya dari kampung2 yang jauh di Sabah kerana tidak cukup perbelajaan terutamanya apabila masuk ke sekolah menengah.

  6. Malaysia’s No. 1 for proton, perodua, naza, toyota, nissan, mercedes benz, mazda and kia car spare parts. We offering High Quality Product for any car models in a good and considerable price.
    If you have any further question you can simply contact our office (+60149222791) (+0341622659) to assist you immediately for the car parts that you need. We are open to assist you anytime.

    For more information kindly visit http://ikutkiri.com
    Show less

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *