Musim Baru Bermula, Musim Lampau Telah Berlalu

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera. Lama tak berkunjung ke blog ni. Maklumlah bila dalam kesibukan ini, mood untuk menulis terjejas. Bukan kerana tidak ada isu tetapi susah untuk mencari masa yang sesuai untuk berada di hadapan laptop. Al kisah.. Tahun 2014 banyak membawa perubahan kepada kerjaya saya. Selain baru selesai continue study, saya juga ditukarkan pula ke pejabat baru. Bukan sebatu dua tapi beribu-ribu batu. Betullah kata orang ada masanya musim baru akan tiba jua terutamanya perkhidmatan kita sebagai orang yang diamanahkan untuk memegang satu jawatan dalam kerjaya yang kita ceburi.  Sejak musim lampau berlalu, saya terpaksa belajar benda yang baru untuk meningkatkan lagi tahap kompetensi. Belajar amalan terbaik dalam organisasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Dulu saya belajar tentang pengurusan pendidikan dan mengetahui ada banyak isu-isu teoritikal dan skeptikal. Bila kita terlibat dalam pengurusan organisasi secara langsung, barulah kita tahu keadaan sebenar. Musim baru yang telah bermula membuatkan saya jadi lambat untuk bergerak dan bekerja. Banyak menunggu arahan. Berbeza di tempat lama. Saya menjadi master mind dan menggerakkan semua jentera pentadbiran. Ini pun baru hendak belajar tugas baru. Belum dapat sentuhan yang sebenar lagi. Apa pun saya berharap agar cepat menguasai bidang baru yang lebih mencabar demi kemajuan diri dan stakeholder semuanya.

5 thoughts on “Musim Baru Bermula, Musim Lampau Telah Berlalu

  1. Alahmdulillah…thniah sir.. 🙂 smoga terus menemui kejayaan …dunya walakhirah…dan smoga terus kuat dn istiqamah dlm apa jua keadaan..bittaufiq wannajah…allahummayasir wala tu’assir.amin

  2. Assalamu’alaikum…tahniah tuan…semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan tanah air kita; terus menyumbang melalui tulisan-tulisan yang membina melalui blog buat tatapan dan panduan umum. Jemput ke blog saya http://edu4u.edublogs.org ..terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *