Program Penandaarasan Di SK Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh

Alhamdulillah, bulan lalu saya telah berpeluang untuk melaksanakan program penandaarasan di salah sebuah sekolah Band 1 dalam Daerah Gombak, Selangor. Program penandaarasan ini adalah sebahagian daripada program yang disyarat kepada saya untuk melengkapkan kursus National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya berada di sekolah ini selama setengah bulan. Sepanjang berada di sekolah ini, saya telah berusaha untuk mengenalpasti amalan-amalan terbaik  (The Besat Practices) yang diamalkan oleh warga sekolah sebagai satu benchmarking ke arah menjadi seorang pemimpin pendidikan yang berkesan dan berwibawa. Bukan mudah untuk menjadi  pemimpin pendidikan yang cemerlang. Apatah lagi seorang pendidik yang benar-benar menjiwa budaya ilmu dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang di sekolah. Sesungguhnya setiap kecemerlangan itu perlu diikuti dengan ilmu dan tindakan yang tepat. Amalan yang jitu, ilmu yang mendarah daging dan sikap positif mampu menjadikan diri kita dan orang yang kita pimpin itu menjadi hebat dan berjaya.

Yang pasti saya telah belajar banyak perkara yang cemerlang di sekolah ini. Terima kasih kepada Guru Besar dan semua warga SK. Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh Selangor.

IMG_20140716_082746