KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

Archive for the '7 Benda Ajaib Dunia' Category

Kaabah

Posted by ilmu on 18th Februari 2008

mecca_p.jpgBinaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang dikunjungi jemaah haji dan umrah sehingga jutaan orang pada satu masa.

Sejarah

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: ” Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci ” Dinding Hatim adalah 33 kaki ” Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki ” Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. “Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,” jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Seni bina

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »

Angkor Wat

Posted by ilmu on 17th Februari 2008

Kuil Angkor Wat, Kemboja

Kuil Angkor Wat, Kemboja

Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat.

Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.

Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »

Chandi Borobdur

Posted by ilmu on 17th Februari 2008

borobudur_2_p.jpg350px-borobudur-complete.jpgBorobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Yogyakarya, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.

Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 masehi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan , Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah . Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.

Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat maka warga Indonesia berbangga dengan Borobudur.

Fungsi

Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei . Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.

Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha di India atau di China.

Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di pulau Bali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.

Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava gunung berapi . Terdapat dua bua gunung berapa yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di Sungai Progo . Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur,

Selain kuil Borobudur adalah 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu kuil Pawon dan kuil Mendut. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun , penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.

Etimologi

  • Istilah Borobudur tidak dapat dikesan dalam mana-mana artifak kecuali catatan Sir Thomas Stamford Raffle saja antara 1814 – 1816 iaitu ketika British mengambilalih sementara Bangkahulu dari Belanda.
  • Asal usul istilah Borobudur ini tidak jelas kerana penduduk setempat tidak lagi menjadi penganut agama Buddha. Penduduk pulau mistik Jawa telah lama melupakan agama Buddha. Kita akan merasa aneh akan kewujudan kuil Buddha ini kerana 99 % penduduk Indonesia berugama Islam.
  • Bore ialah ‘nama sebuah kampung’ di situ. Budur ialah ‘candi’. Jadi Borobudur bermaksud Candi Bore. Biasanya setiap candi dinamakan sempena nama sesebuah kampung berdekatan. Sepatutnya Raffle menulis ‘BudurBoro’, bukan ‘Borobudur’.
  • Dalam manuskrip Nagarakartagama yang menggunakan bahasa Jawa kuno , karya Mpu Prapanca pada 1365 menyatakan ‘Budur’ sebagai Budha. Jadi diandaikan ‘Budur’ dikaitkan dengan ajaran Buddha.
  • Borobudur juga dikatkan dengan Sambharabhudhara yang bermaksud “gunung” (bhudara) di mana di lereng-lerengnya terletak teras-teras.
  • Borobudur dikatakan perubahan sebutan “para Buddha” menjadi borobudur atau ‘budha’.
  • Dalam bahasa sanskrit dan Bali, Boro bermaksud ‘kompleks candi’ atau biara. Beduhur bermaksud “tinggi” atau di atas tanah tinggi.

Struktur Borobudur

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat . Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang- lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha . Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.

Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Manumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki , mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.

Kosmologi Buddha

Borobudur direka sebagai mandala gergasi, lambang laluan bodhisattva dari samsara kepada nirvana, melalui cerita Sudhana yang digambarkan dalam Gandavyuha Sutra, sebahagian dari Avatamsaka Sutra.

Stupa mengandungi lima tingkat :

Empat yang pertama mengandungi patung Buddha sambhoga-kaya keempat penjuru (seperti Amitabha dan Aksobhya), dari pantheon Mahayana. Tingkat ke lima khas bagi menggambarkan Buddha Vairocana, yang biasanya dikaitkan dengan pusat.
Tingkat kelima dilitupi dengan tiga pelantar bulat, dimana 72 stupa diatur mengelilingi satu stupa besar ditengah.

Sepanjang stupa, dinding-dindingnya dihiasi dengan ukiran arca menggambarkan kehidupan Buddha Shakyamuni dan Mahayana Sutras.

Arca dinding

Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng.

Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan -ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah

Semua arca ini di susun dari kiri ke kanan dan hendaklah dilihat dari kiri ke kanan, mengikut jarum jam atau mapradaksina dalam bahasa bahasa Jawa kuno . Cerita-cerita ini berdasarkan kitab Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir di kanan pintu gerbang . Candi ini menghadap ke timur, walaupun pandangan sisi kelihatan sama sahaja.

Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan. ( Hukum karma = buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat). Rangkaian cerita Buddha ini berakhir dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.

Sejarah arkeologi

Peringkat pertama : Borobudur dibina sekitar tahun 750 dan 850 masehi, berbentuk piramid bertingkat-tingkat, disediakan lorong berjalan kaki . Borobudur tidak dapat disiapkan oleh raja Sailendra yang pertama. Sebalik nya disiapkan 50 tahun kemudian, pada masa pemerintahan puterinya memerintah selepas itu.
Peringkat kedua: Saiz Borobudur dilebarkan dan ditambah 2 tingkat dan satu stupa induk.
Peringkar ketiga : Stupa induk diruntuhkan dan diganti dengan tiga lapis dan setiap lapis dibina deretan stupa loceng dan satu stupa induk.
Peringkat keempat: perubahan pada arca di tangga dan pintu gerbang,

Sejarawan mengaitkan terbengkalainya pembinaan Borobudur kerana kemerosotan pengaruh Hindu Buddha berikutan kedatangan agama Islam ke Jawan Tengah pada kurun ke-14.

Gambaran dinding Borobudur.

Gambaran dinding Borobudur.

Senibina

Borobudur apabila dilihat dari atas kelihatan seperti gergasi Buddha mandala dan sesuai dengan kosmologi Buddha dan ciri-ciri otak manusia. Berbentuk empat segi dan ketinggian 118 meter. Ada 72 stupa berbentuk loceng berlubang-lubang dan di dalam stupa itu ada patung Buddha sedang berehat.

Kira-kira 55,000 meter padu batu konkrit digunakan untuk membna bangunan Borobudur ini. Batu-bata ini diangkut melalui sungai dan mengambil masa 75 tahun untuk disiapkan.

Sistem saliran dan perparitan di sekitar Borobudur amat baik, Ada 100 muncung berlubang untuk air larian . Setiap muncung ini diukir kepala gargoyles ( makaras).

Borobudur dibina atas sebuah bukit semulajadi dan tidak sama dengan kuil-kuil Buddha di India dan China. Tetapi teknik bangunan sama dengan kuil-kuil lain di Indonesia.

Satu stupa dikatakan mewakili satu makam untuk Lord Buddha. Setiap kuil merupakan rumah dewa. Tetapi ada yang mempertikaikan ia sebuah kuil kerana ada ritual berbentuk ‘perjalanan haji’. Mereka akan berjalan mengikut anak tangga.

Kajian Arkeologi

Selama beberapa abad, Borobudur tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 masehi . Sejak itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan dan perjalanan penganut Buddha. Penduduk Magelang dikatakan berhijrah ke Jawa Timur berdekatan dengan Brantas pada 928 masehi. Selepas itu penduduk tempatan mengaitkan stupa besar dengan pelbagai cerita tahyul dan mistik – terutama selepas terjadi kemalangan , pendertaan dan punca kematian.

Contohnya tahun 1709, kematian pemberontak terhadap Raja Mataram telah mati dan dikaitkan dengan stupa besar.

Persoalan timbul, adakah Borobudur dibubarkan setelah mereka menganut agama Islam pada abad ke-15.

Tidak ada catatan jelas tentang siapa yang membina Borobudur ini. Sejarawan hanya mengandaikan Borobudur dibina oleh salah seorang raja Dinasti Sailendra antara 760 – 830 masehi. Sailendra adalah serpihan daripada kerajaan Sriwijaya yang berugama Hindu Buddha. Pembinaan mengambil masa 75 tahun dan siap semasa Maharaja Samaratunga, Empayar Sriwijaya.

Ada kekeliruan sama ada raja Salendra yang berugama Buddha yang membina Borobudur. Tetapi artifak yang ditemui di Sojomerto menunjukkan mereka berugama Hindu, Ini tidak menghairankan kerana terdapat banyak kuil Buddha dan Hindu di Lembah Kedu itu. Kuil Borobudur dibina sezaman dengan pembinaan kuil Hindu Shiva Prambanan.

732 masehi Raja Sanjaya selaku pengasas Dinasti Sailendra mengarah atau menaungi pembinaan kuil Hindu Shiva lingga di atas sebuah kuil , hanya 10 km di timur Borobudur. Sejarawan mendapati tidak ada konflik antara agama Hindu dan Buddha. Kemungkinan raja Hindu menaungi pembinaan kuil Buddha dan sebaliknya.

  • 1811-1816 Belanda telah berperang dengan Perancis. Demi keselamatan, Jawa sebagai tanah jajajah telah diserahkan kepada British buat sementara waktu sehingga peperangan selesai.
  • 1814 – Sir Thomas Stamford Raffles, Gabenor Jeneral British di Jawa telah mendapat berita tentang penemuan sebuah monumen di desa Boro, Kabupaten Magelang, Semarang, Jawa Tengah. Beliau berminat dalam sejarah Jawa. Pelbagai artifak, barang antik , buku dan surat-surat lama telah dikumpulkan dan dibawa ke Singapura. Dia telah mengarahkan H.C. Cornelius seorang jurutera Belanda untuk menyiasat lokasi tersebut yang penuh semak samun dan sebahagian telah diliputi abu lava gunung berapi.
  • 1931 pelukis Belanda berugama Hindu Buddha bernama W.O.J. Nieuwenkamp menyatakan teori bahawa Lembah Kedu asalnya sebuah tasik dan Borobudur bagai bunga teratai yang terapung-apung menghiasi tengah tasik tersebut. Bunga teratai selalu terdapat di mana-mana kuil Buddha, contohnya di Angkor Wat, Siem Reap , Kemboja. Roda dharma Buddha pecah lapan juga berasaskan bunga teratai ini.
  • 1835 tapak tersebut dibersihkan.
  • 1873 – monograf pertama tentang candi Borobudur diterbitkan dalam bahasa Belanda. Monograf ini berdasarkan laporan oleh Corrnellius , Hartmans dan FC Wilsen 1853 dan JFG Brumund . Gambar foto pertama dirakam pada 1873 oleh Isidore van Kinsbergen.
  • 1882 Belanda telah menugaskan arkeologis Groenveldt untuk menilai keadaan sebenar monumen itu.
  • 1900 – Ketua Hindia Belanda berasa bertanggungjawab memulihara candi Borobudur dan menubuhkan pasukan kahas.
  • 1907 – Theodoor van Erp mengetuai pasukan menggali dan memulihara hingga tahun 1911.
  • 1926 – Borobudur digali lagi tetapi terbengkalai kerana Perang Dunia Kedua tahun 1941.
  • 1956 – Kerajaan Indonesia merayu bantuan UNESCO. Profesor Dr. C. Coremans dari Belgium ditugaskan menyiasat punca kerosakan dan mencari jalan pemuliharaan.
  • 1963 – Kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Sukarnoi setuju Borobudur dipugar dan dibina semula. Namun peristiwa Gestapo 30 September menyebabkan kerja-kerja tergendala.
  • 1968 – Dalam Persidangan UNESCO ke-15 di Paris, Perancis, peruntukan kewangan dan tenaga profesional akan diberi kepada Indonesia bagi menyelamatkan manumen purba itu. Borobudur diwartakan sebagai Keajaipan Dunia.
  • 1971 – Kerajaan Indonesia melantik pasukan diketuai Profesor Ir.Roosseno untuk memulihara Borobudur.
  • 1972 – Jawatankuasa Perunding Antarabangsa UNESCO yang diketuai oleh Roosseno memulakan kajian dan kerja menyelamatkan Borobudur.Kos operasi sebanyak USD 7.750 juta . USD 5 juta disediakan oleh UNESCO dan selebihnya oleh Indonesia sendiri,
  • 10 Ogos 1973 – Presiden Soeharto merasmikan kerja-kerja pemuliharaan Borobudur dan siap tahun 1984
  • 21 Januari 1985 Sembilan stupa loceng di Borobudur telah dibom oleh 9 butir bom. Pada 1991 seorang mubaligh Islam, Husein Ali Al Habsyie telah dijatuhi hukuman mati kerana menjadi dalang pengeboman itu.
  • 1991 – Borobudur diwartakan sebagai Warisan Dunia UNESCO.
  • 27 Mei 2006 satu gempa bumi berukuran 6.2 skala richter telah memusnahkan Yogyakarta. Bagaimanapun Borobudur terselamat.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »

Taman Tergantung Babylon

Posted by ilmu on 17th Februari 2008

gardens-babylon.gif Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates. Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi. Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman. Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul “tergantung” seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas berandah atau suatu teres. Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis “Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan.” Jika taman itu wujud, ianya akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus. “Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat… Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya… Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya.” — Diodorus Siculus.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »

Taj Mahal

Posted by ilmu on 17th Februari 2008

Taj Mahal.

Taj Mahal.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Taj Mahal kekadang dipanggil ‘Taj’ sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan ‘permata senibina Islam’.

Asal dan Inspirasi

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Pengaruh

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun.

Taman rekreasi

Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.

Seni khat

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Kontraktor projek

Taj Mahal mendapat dibina oleh sekumpulan tukang / kontraktor dari seluruh dunia:

  • Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
  • [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
  • Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
  • Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
  • Chiranjilal seorang pakar dari Delhi – ketua pengukir mozek.
  • Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
  • Muhammad Hanif – penyelia
  • Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran – kewangan dan pembelian barangan.
  • Pengukir dari Bukhara.
  • Caligrafi dari Syria dan Farsi.
  • Inlayer dari India Selatan.
  • Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Bahan binaan

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhi arkitek Ustaz Ahmad Lauhari hukuman pancung. Di samping itu, kesemua tukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang ’sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata d dindingnya.

Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak terkena serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Pelancongan

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benada ajaib di dunia.Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta pelancong datang setiap tahun dan 200,000 darinya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak letak kereta dan bas elektrik.

Mitos

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa di seberang Sungai Jumna dengan ‘taj hitam’, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar warna putih sahaja.

Kontroversi

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.

Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah ‘Tejo-Mahalaya’ iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Bukti

  • Batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 lebih tua dari period Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York.
  • Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638 , tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal . Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal.
  • Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa.
  • Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »

Tembok Besar China

Posted by ilmu on 17th Februari 2008

Tembok Besar China (Cina mudah: 万里长城, Cina tradisional 萬里長城, harafiahnya Bandar 10,000 Li panjang), merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Tembok Besar China pada musim sejuk, berhampiran Beijing

Tembok Besar China pada musim sejuk, berhampiran Beijing

Sejarah

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 – 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
  5. 1368 – 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’.

Pemandangan dari menara pemerhati

Pemandangan dari menara pemerhati

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »

Piramid

Posted by ilmu on 17th Februari 2008

pyramid-egypt.jpgBangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ianya jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)

Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.

Posted in 7 Benda Ajaib Dunia | No Comments »