Program Ukhuwwah Di Kg Merungin 2, Ranau
Posted by ilmu on 19th Julai 2009
Telekom Malaysia Bhd, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) telah menggalas tanggungjawab menjalinkan ukhuwwah ke sebuah kampung terpencil iaitu Kg. Merungin 2, kira-kira 50km melalui jalan tanah merah yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Tujuan ziarah ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di kalangan penduduk muallaf Islam serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam bidang dakwah. Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Mustapa Sakmud, Presiden Belia Sabah, Tn. Haji Jamli (Pengurus TM Sabah), Sdr. Mohammad Adzmin @ Losinin, Timbalan Yang DiPertua ABIM Ranau, Sdr. Rezlan Muhammad (JHEAINS), Pegawai-pegawai Telekom dari KL dan Sabah, Ahli Biro Pembangunan Pelajar Islam Ranau, Pemimpin kampung dan penduduk-penduduk kampung Merungin 2 dan sekitarya.
Dalam majlis ini, pihak telekom telah menyumbangkan kewangan, peralatan masjid/surau dan bantuan kepada fakir miskin. Majlis diserikan lagi dengan majlis suai kenal, persembahan nasyid, acara sukaneka dan jamuan makan tengahari.
Sebagai kenangan, satu upacara menanam buah-buahan telah disempurnakan oleh Sdr Mustapha Sakmud selepas menunaikan sholat zohor secara berjamaah. Pada hari yang sama, 4 lagi rombongan ABIM, Telekom dan JHEAINS melakukan ziarah yang sama di Kg. Tinutuan, Kg. Langsat, Kg. Tampios dan Rumah Putera Harapan (RPH) ABIM Ranau.
Posted in Aktiviti Sosial, Progam ABIM Ranau | No Comments »

























