KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Archive for the 'Bicara Agama' Category

Masa Berlalu Begitu Pantas

Posted by ilmu on 7th Ogos 2012

Masa berlalu begitu pantas. Dah bulan Ogos dan ini bermakna ada 5 bulan lagi dalam tahun 2012. Pagi ni saya tertanya-tanya mengapa masa sangat cepat berlalu. Dulu-dulu, saya rasa tempoh setahun cukup panjang. Tapi sekarang begitu singkat sekali. Masa tak menunggu kita untuk dimanafaatkan. Ia berlalu sepantas angin yang bertiup. Secepat awan yang berarak. Walaupun kadang-kadang hidup kita diselubungi kesedihan dan kekecewaan yang seolah-olah menghentikan jarum masa dan menginsut perlahan, namun realitinya adalah sama. Masa tak pernah bergerak sumbang. Tak pernah lebih lambat atau cepat. Lambat atau cepat masa berlalu dalam perasaan kita hanyalah suatu tipu daya semata-mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud’ “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran”. (Surat Al-Asr : Ayat 1-3)

Merujuk kepada firman Allah SWT di atas, jelaslah bahawa jika kita tidak memanfaatkan masa itu dengan sebaik-baiknya maka kita akan rugi. Banyak kata-kata hikmat yang selalu diungkapkan untuk menerangkan nilai masa yang begitu tinggi. Contohnya ”Masa itu emas” bahkan ia berharga lebih daripada segala-galanya.  Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya nescaya dia memotong kita. Masa tidak akan menunggu kita, ibarat masa berlalu, tak akan kembali lagi.

Hassan Al Banna pernah mengungkapkan bahawa masa itu adalah suatu kehidupan. Penyesalan atas masa yang telah berlalu tidak akan berguna lagi dan lebih kasar lagi ialah di antara tanda kehinaan itu ialah membuang masa. Sesungguhnya masa itu seperti pedang yang tajam dan kilat yang menyambar.

Mari kita pilih untuk diri kita apa yang memberi manfaat kepada diri kita dari waktu-waktu yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Tidak pernah aku rasa menyesal atas sesuatu sebagaimana aku rasa menyesal setiap kali matahari terbenam, maka berkurangnya usiaku tanpa bertambahnya amalanku”. Khalifah Umar Abdul Aziz juga pernah berkata, ”Sesungguhnya malam dan siang sentiasa bekerja untuk kamu, maka bekerjalah untuk kedua-duanya”. Hassan Al Basri sorang waliyullah memberi pesan kepada orang-orang di sekitarnya yang sering membuang masa dari melakukan kerja yang tidak berfaedah dengan kata-katanya yang berbunyi  ”Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu umpama hari-hari, apabila berlalunya satu hari maka sebahagian kamu pun pergi juga”

Justeru itu, masa yang singkat ini perlu dimanafaatkan dengan menimba ilmu pengetahuan, berbakti kepada diri, keluarga dan masyarakat serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung. Amin…

Posted in Bicara Agama, Demi Masa | 1 Comment »

Bubur Asyura Tidak Lama Lagi…10 Muharram 1433H

Posted by ilmu on 29th November 2011

Wah…. Selalu saja kita dengar ada majlis memasak Bubur Asyura. Kadang-kadang juga disebut sebagai bubur lambuk.. Tentunya kita rasa berasa kecur air liur. Manakan tidak… ia sejenis makanan yang dianggap istimewa. Tambahan pula hanya disediakan sekali dalam setahun. Apakah sebenarnya Bubur Asyura dan apakah sejarahnya?

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk
membuat Bubur Asyura.

 

JENIS BUBUR ASYURA 

  • Jenis manis – Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  • Jenis berempah dan mengandungi daging – Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  • Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain – Lazimnya datang dari Singapura.

SEJARAH ASYURA

 Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut
berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

SEJARAH ASYURA BAGI PERSPEKTIF SYIAH

Pada masa zaman sebelum Islam, ‘Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut ‘Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran.
Dalam sejarah Arab, hari ‘Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

SYAHIDNYA HUSAIN BIN ALI

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan
Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu yang beranggotakan hampir 10 ribu bala tentera. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah itu dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan.Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka menghadap
Khalifah di Damaskus dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan diberi tahanan rumah.

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA 

  • Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esokhari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  • Bersedekah
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  • Bercelak
  • Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  • Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa

BEBERAPA HADIS TENTANG KAFIAT PUASA HARI ASYURA

 (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura.  Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak   berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak   berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).”

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Dari Aisyah (r.a) katanya; “Orang Quraisy di zaman jahilliyah   berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah  juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda   datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai   berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa   pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: “Siapa yang mahu, dia boleh   berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh   meninggalkannya.”

 

Rujukan: Sahih Bukhari 1900; Sahih Muslim 1130 2. Javed Ahmad Ghamidi. Mizan, The Fast, Al-Mawrid 3. Ayyatullahi, Sayyid Mehdi (2005). Sayyidina Husain bin Ali bin Abi Thalib. Jakarta: Penerbit Al-Huda. ISBN 979-3515-42-2.

Posted in Bicara Agama, Bicara Ilmu, Perayaan | 1 Comment »

Salam Hijrah 1433H.. Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Posted by ilmu on 26th November 2011

Persefahaman Asas Perpaduan UmmahAlhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dialah yang Maha Berkuasa mengatur perjalanan alam
ini sejak dahulu hingga sekarang. Maha Suci Allah dari segala sifat makhluk yang lemah dan sangat kekurangan.

Tika ini, saat ini, kalendar kita baharu sahaja beralih dari 1432H ke 1433H. Doa akhir tahun 1432H dan doa awal tahun 1433H baharu sahaja dibacakan dengan penuh keimanan dan pengharapan agar tiap nafas yang kita miliki mampu menjadikan kita insan yang bersyukur kepada nikmat-nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita. Siapapun kita, yang jelasnya ialah kita semua akan kembali kepada Allah untuk dinilai di akhirat kelak. Tiap saat yang pergi, tiap tahun yang berlalu membawa makna hidup kita di dunia yang fana ini kian pendek dan menanti giliran untuk kembali ke hadrat Tuhan yang Maha Esa.

HIJRAH sering disebut-sebut. Sejak kebelakangan ini, menjadi budaya dalam masyarakat kita mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah sama ada melalui lisan, kad ataupun sistem pesanan ringkas (SMS). Amalan ini boleh mendatangkan kebaikan jika ia benar-benar dihayati dan diamalkan semata-mata kerana Allah SWT.

Dari segi sejarah, Hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiul Awal bersamaan 2 Julai 622 Masihi ketika
itu tahun ke 13 kerasulan Baginda. Peristiwa hijrah ini telah dijadikan permulaan bagi kaledar umat Islam sebagai memperingati peristiwa yang sangat bermakna dan bersejarah ini.

Peristiwa Hijrah bukan sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad SAW tetapi juga kepada Nabi dan Rasul yang lain.
Contohnya, Nabi Yaaqub a.s. telah berhijrah dari bumi Iraq untuk menghindari ancaman hasad dengki saudaranya. Nabi Ibrahim a.s. pula telah berhijrah ke Babil di Iraq dan kemudian ke Mekah sebagai menyahut perintah Allah. Nabi Luth
a.s. pula pernah berhijrah ke negeri Syam dan kemudian menetap di Nablus. Manakala Nabi Musa a.s. pernah berhijrah meninggalkan Mesir kerana ancaman dari Firaun.

Dalam konteks hari ini, penghijrahan bermaksud melakukan perubahan terhadap diri atau disebut anjakan paradigma iaitu berubah dari keadaan yang buruk kepada yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Berbekalkan peristiwa Hijrah, umat Islam seharusnya mengambil teladan untuk melakukan penghijrahan dalam kehidupan mereka. Ini sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam surah al-Ra’d ayat 15 “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri”.

Tema sambutan Maal Hijrah Tahun 1433H ini ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang membawa maksud bahawa umat Islam khususnya di Malaysia mempunyai banyak perbezaan yang mengakibatkan perpecahan ummah seperti budaya, ekonomi, fahaman politik dan taraf pendidikan. Justeru itu, umat Islam wajar memahami perbezaan ini dan berusaha untuk saling memahami di antara satu dengan yang lain serta menerima keadaan ini dengan redha agar rasa persefahaman dapat diwujudkan dalam satu aqidah berasaskan kepada ajaran Islam yang sebenar.

Hari ini 1 Muharram 1433H bersamaan 27 November 2011M, Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah diadakan di Dewaan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu. Bersama-sama kita hadirkan diri. InsyaAllah… Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua. Semoga Allah memberkati kita semua.

Posted in Bicara Agama, Bicara Ilmu, Coretan Diari, Di Jalan Allah..., Maal Hijrah | 1 Comment »

Konflik…konflik..

Posted by ilmu on 18th Oktober 2011

Menyebut perkataan konflik, sudah tentu intepretasi kita ialah pertentangan di antara dua atau lebih individu. Pertentangan ini barangkali melibatkan pemikiran kognitif, nilai, persepsi, budaya, pendapat, pendirian dan sebagainya.

Saya cuba mendalami tentang hakikat konflik dalam kehidupan. Saya mendapati ia hampir berlaku pada setiap hari kita berhadapan dengan  konflik, sama ada kecil atau besar dan sama ada disedari atau tidak. Saya mendengar dari  Dr. Ling Ai Yieng, seorang Pakar Konflik menerangkan tentang sebab-sebab konflik berlaku. Antaranya disebabkan oleh masalah komunikasi, perbezaan matlamat, persepsi dan budaya, perkongsian sumber terhad, saling bergantungan, persepsi nilai yang berbeza, masalah kepimpinan, perbezaan personel  personaliti, nilai dan tingkahlaku. Saya setuju kepada pendapat ini.

Saya juga cuba mencari dan membaca beberapa bahan untuk mengetahui cara menangani konflik ini dengan baik dan mendapati Model Dua-Dimensi yang dipelopori oleh Kilmann dan Gilbert agak sesuai. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah Pengelakan (Avoidance), Persaingan (Competition), penyesuaian (Accommodation), Kompromi (Compromise), dan Kolaborasi ( Collaboration).

Di dalam Islam, konflik dilihat sebagai perkara biasa, malah ia dianggap sebagai satu rahmat dari Allah SWT, kerana mampu membuka pintu kemudahan dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dan kepentingan manusia. Namun begitu, sekiranya konflik yang berlaku boleh membawa kepada keburukan, maka Islam telah menggariskan supaya ianya diselesaikan dengan adil melalui sistem yang telah ditetapkan oleh Islam. Firman Allah SWT di dalam Al Quran Surah Al-Hujuraat : 10 yang bermaksud “ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang ( bertelingkah ) itu; dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.”

Dr. Iqbal bin Yunus dari Institut Kefahaman Islam Amerika Syarikat telah mencetuskan ide S.A.L.A.M sebagai satu penyelesaian kepada konflik. S- Stating, A-Agreeing, L-Listening / Learning, A-Advising, M – Minimizing. Untuk mengetahui maksud S.A.L.A.M dengan lebih mendalam lagi, boleh diperolehi dari pelbagai sumber dalam internet.

Posted in Bicara Agama, Bicara Ilmu | No Comments »

MEMBENTUK IDENTITI PEMUDA BELIA HARAPAN BANGSA, MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI

Posted by ilmu on 28th November 2010

Selamat bertemu kembali.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhemah dakwah kepada semua pemuda belia sempena hari cuti sekolah terutamanya kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Daerah Ranau, Persatuan Bekas Pelajar Islam Daerah Ranau dan Ahli ABIM Ranau yang sekarang ini dalam rangka kerja gerakan dakwah dan sosial sempena cuti sekolah 2010. Usaha ini amat murni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT

 Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita negatif tentang generasi muda di samping kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara terutamanya kepada pempinan pertubuhan dan persatuan belia di negara kita.

Hari belia yang disambut pada 15 Mei lalu pada setiap tahun di negara kita adalah sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahun ini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satu tema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama . sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang

Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah : “ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.

Pemuda belia sarat dengan perjuangan untuk mencari falsafah hidup dan identiti diri masing-masing. Saban hari memikirkan hala tuju hendak kemana? Dengan pelbagai pengaruh yang mendatang dari tiap sudut. Pengaruh negatif akibat budaya yang tidak sihat serta pengaruh positif dari gerakan dakwah dan kemanusiaan bertembung seolah-olah sengaja bersaing untuk mendapatkan lebih ramai pengikut mereka. Justeru, pemuda belia yang kurang ilmu pengetahuan, kurang matang dan mudah terpengaruh tidak dapat menimbang sebelum memilih jalan mereka. Ayuh pemuda belia, jadikan sebahagian daripada kisah-kisah sejarah silam seperti ashabul-kahfi sebagai panduan hidup pemuda belia muslim…..

Saya telah memasukkan sambungan artikel ini di scribd http://www.scribd.com/doc/44267832/MENELADANI-PEMUDA-ASHABUL-KAHFI#

Posted in Aktiviti Sosial, Bicara Agama, kisah, Motivasi Bestari Pelajar, Personaliti, Progam ABIM Ranau | 2 Comments »

Salam Israk dan Mikraj: Mula Kewajiban Solat Mendidik Akal Budi

Posted by ilmu on 19th Julai 2009

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Posted in Bicara Agama | 3 Comments »

Titik Mula Perubahan

Posted by ilmu on 12th Mei 2008

Masa berlalu begitu pantas. Hari Isnin yang bakal tiba adalah hari baru, bukan lagi Isnin yang lepas. Segala-galanya berubah mengikut pergantian hari. Tidak ada yang kekal bentuk dan keadaannya kecuali objek-objek yang kaku dan mati. Tiap yang hidup itu pasti melalui proses perubahan bahkan perubahan itulah simbol kehidupan.

Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan. Jiwa Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam. Ibadahnya bertambah baik, akhlaqnya juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya. Segala-galanya haruslah lebih baik dari semalam walaupun hanya kebaikan yang bertambah itu hanya sedikit sahaja. Mereka takut tergolong dalam golongan yang ‘celaka’ sepertimana yang diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Secara fitrahnya, semua jiwa samada beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini. Cuma tidak semua manusia yang dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan.

Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita gagal mengesan dimana titik mula perubahan. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil. Kita mungkin menukar fesyen rambut, cara bercakap, cara berjalan dan sebagainya yang tergolong dari perubahan-perubahan kecil yang tidak memberi kesan besar pada perjalanan hidup kita atau mendekatkan kita dengan matlamat yang tinggi dan mulia.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dimana setiap perubahan itu berlaku sebagaimana sabdanya “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah, jika baik maka baiklah jasad seluruhnya dan jika apabila ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Iaitu hati”

HATI, ya disinilah segala perubahan harus bermula. Hati inilah yang membezakan manusia dan haiwan melata yang lain. Di sinilah letaknya kemuliaan insan. Hati ini perlu dibersihkan dari segala noda dan kekotoran yang menjadikannya keras dan hilang kepekaan. Perlu ditanggalkan segala kecenderungan kepada hawa nafsu dan segala yang bersifat murahan dan sementara. Hati ini perlu diisi dengan kemuliaan Iman. Hati ini juga perlu diisi dengan keyakinan pada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT.

Hati yang bersih dan lembut ini, hati yang bersih dari kecenderungan haiwani serta dipenuhi dengan keimanan dan keyakinan pada janji-janji dan ancaman Allah SWT ini akan melihat kehidupan ini dalam dimensi yang berbeza. Hati begini akan melahirkan kekuatan jiwa dan berbagai kekuatan lain untuk menempuh segala rintangan dan halangan. Segala-galanya dipandang kecil dan ringan, yang besar ialah Allah dan apa yang Allah janjikan.

Kekuatan inilah yang telah melahirkan generasi pertama yang dididik oleh Rasulullah SAW. Generasi yang tidak dijangkiti sifat tamak dan haloba, generasi yang tidak mengenal takut dan putus asa. Generasi yang apabila mendengar panggilan kepada keimanan dan kehidupan akhirat yang kekal abadi maka mereka melihat dunia dengan pandangan kecil dan tidak bernilai. Mereka yang merasa kerdil di depan Allah SWT tetapi dipandang mulia dan hebat oleh manusia lain.

Posted in Bicara Agama | 1 Comment »

JANGAN TERUS MENERUS KERUGIAN

Posted by ilmu on 12th Mei 2008

  

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita termasuk dalam golongan beriman kepada Allah.Keimanan seseorang boleh berkurangan dan bertambah hasil daripada perlakuan masing-masing dalam kehidupan seharian.Oleh yang demikian kita semestinya berusaha semaksimum yang mungkin untuk meningkatkan keimanan kita dalam menambahkan kualiti ibadah kita seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Perkara pertama yang kita fokuskan di sini ialah mengenai sembahyang 5 waktu iaitu sembahyang fardhu yang dilaksanakan secara berjemaah kerana terdapat beberapa keutamaannya seperti sabda Rasulullah s.a.w. “ Solat dengan berjemaah adalah 27 kali lebih baik daripada solat bersendirian”.

            Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat dengan berjemaah adalah 25 kali lebih untma dari solat di rumah atau di kedai.Ini adalah kerana apabila seseorang itu telah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata untuk bersembahyang, maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid selepas selesai solat, para malaikat berdoa ke hadrat Allah memohon ampun untuknya.Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu solat, dia terus-menerus mendapat  pahala seolah-olah dia sibuk bersolat.Sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu selama kamu duduk dalam masjid untuk setiap nafas satu darjat di syurga dan didoakan oleh malaikat dan dicatat untuk setiap nafas 10 pahala dan dihapuskan dosa daripadamu.

            Di sini cuba kita tafsirkan sebahagian daripada hadis di atas secara matematik supaya lebih jelas maksudnya. 25 kali lebih utama bersamaan dengan 100 % bagi yang sembahyang berjemaah.Bagi yang sembahyang sendiri ertinya satu yang bersamaan 4%.Kalaulah seorang pelajar yang hanya mendapat 4% sahaja markahnya tentulah kita mengatakan pelajar ini terlalu bodoh,tetapi inilah yang telah terjadi kepada masyarakat kita sekarang hanya memadai  dengan 4 sahaja daripada seratus.Ertinya jika 5 waktu, 5 x 4 = 20 sedangkan orang yang berjemaah 5 waktu,100 x 5 = 500,ini baru untuk sehari, bahaimana kalau untuk sebulan,20 x 30 =600 berbanding 500 x 30 = 15000. Fikir-fikirkanlah berapa banyak kerugian kepada yang tidak berjemaah di masjid.Begitu juga dengan wanita-wanita yang tidak sembahyang jemaah di rumah.Kenapa kelebihan yang begitu besar yang ditawarkan Allah kepada kita tetapi kita sia-siakan begitu sahaja. Mungkin kita sudah lupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan sementara mungkin 20 tahun,40 tahun,60 tahun,80 tahun selepas itu kita akan dipanggil juga ke hadrat Ilahi.

Begitulah sikap masyarakat terhadap kelebihan-kelebihan kebajikan untuk akhirat tidak diambil berat.Tetapi kalaulah angka-angka kebajikan di atas ditukarkan kepada ringgit Malaysia seorang yang melakukan kerja yang sama untuk sebulan akan mendapat RM600 dan seorang lagi pula akan mendapat RM15000.Sekiranya kerja ini ditawarkan kepada kita, sudah tentu kita sanggup melakukannya walaupun kerja itu terpaksa dilakukan sekalipun di hujung dunia.Benarlah seperti firman Allah “Tetapi kamu mengutamakan hidup di dunia,sedangkan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal”.( Al-A’laa;Ayat 16-17 ).

Ancaman Allah terhadap orang-orang yang berilmu amat berat seperti yang diterangkan oleh sebuah maksud hadis.Di dalam neraka berlaku satu letupan yang amat kuat sehingga menggegarkan penduduk neraka.Ahli neraka bergegas pergi ke tempat letupan itu berlaku didapati seorang yang pecah perutnya dan taliperutnya terburai keluar.Semuanya melihat kehiranan.Lalu seorang bertanya kepada ahli neraka yang pecah perutnya itu. “ Apakah perbuatan kamu di dunia dahulu sehingga seksaan yang begitu dahsyat menimpa kamu?”.Ia menjawab: Aku dahulu menyuruh orang ramai membuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan Allah terhadap perbuatan aku itu”. Tuntutan sembahyang berjemaah memang sangat kuat tuntutannya sehinggakan semasa dalam peperangan pun, Rasulullah bersama-sama dengan tenteranya menunaikan sembahyang fardhu secara berjemaah.

Sabda Nabi s.a.w. “Berjalanlah kamu ke masjid di dalam kegelapan malam, nascaya kamu diberi Allah kebajikan-kebajikan dengan setimbang berat sesuatu yang telah engkau pijak dengan kedua kakimu dari apa-apa yang engakau cintai dan benci sampai kepada 7 petala bumi”.

Sabda Nabi s.a.w: “ Manusia yang  paling cerdik ialah manusia yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan ( ibadah ) untuk hari selepas matinya..mereka itulah yang sebenar-benarnya cerdik”.

Dengan nikmat kurniaan Allah seperti mempunyai beberapa kenderaan yang selesa, pergunakanlah untuk mencari keredhaan Allah.

Firman Allah: “Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran” ( Al-Ashr:Ayat 1-3 ).

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:” Siapa yang ingin bertemu dengan Allah sebagai orang muslim, harus menjaga benar-benar sembahyang pada waktunya ketika terdengar suara azan”. Maka sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi s.a.w beberapa kelakuan hidayat dan menjaga sembahyang itu termasuk sunnatulhuda iaitu kelakuan-kelakuan hidayah.Andaikan kamu sembahyang di rumah sebagai kebiasaan orang yang tidak suka berjemaah bererti kamu meninggalkan sunnah Nabimu,pasti kamu tersesat.Sungguh sahaja dahulu,pada masa Nabi tiada seorang tinggal sembahnyang berjemaah kecuali orang-orang munafik yang terang-terang nifaq. Sungguh adakalanya seorang itu dihantar ke masjid didukung oleh dua orang kanan-kirinya untuk ditegakkan di barisan saf.

Kata Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin:”Termasuk orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ialah orang yang tidak sembahyang subuh berjemaah di masjid”.

Cuba-cuba renung-renungkan hadis berikut: Sabda Nabi s.a.w.: “ Demi Allah yang diri Muhammad berada ditangannya,kalaulah kamu melihat apa yang kulihat kamu akan sedikit tertawa, tetapi akan banyak menangis”. Tanya mereka, apakah yang tuan lihat, wahai Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w: “Aku melihat syurga dan neraka”.

Melalui risalah kecil ini saya mengingatkan diri saya sendiri dan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kaum muslimin dan muslimat telah diseur agar menunaikan sembahyang fardhu secara berjemaah. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan kekuatan untuk kita melakukan ketaatan dan meninggalkan segala larangannya.

Jangan adakan berbagai alasan akhirnya saudara tidak membuat perubahan yang positif dan melanjutkan kerugian yang telah lama ditanggung.Wallahua’lam.

  Rujukan : Ilya Ulumuddin dan  Nasihat Agama dan Wasiat Imam        

Posted in Bicara Agama | 2 Comments »

Zikir Harian Imam Al-Ghazali

Posted by ilmu on 6th April 2008

Zikir Harian yang diamalkan oleh Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazali r.a.h. Jika zikir ini diamalkan, InsyaAllah dirahmati oleh Allah Taala akan hidupnya.

Jumaat: Ya Allah (1000 kali)

Sabtu : Laa ilaha illallaah (Tiada tuhan disembah melainkan Allah), 1000 kali

Ahad : Yaa Hayyuu Yaa Qoyyuum (Allah yang Maha Hidup dan berdiri sendiri), 1000 kali

Isnin : Laa Haula Walaa Quwwata illaah billahil ‘aliyul ‘adzim ( Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung), 1000 kali

Selasa : Allahumma solli ala ‘abdika warosuulika wanabiyyikal amiini wa ‘alaa alihi wasahbihi wassalam, 1000 kali

Rabu : Astaghfirulloohal ‘adziim (Aku memohon keampunan daripada Allah Tuhan Maha Esa), 1000 kali

Khamis : Subhannollohi adzim subhanollohi wabih hamdih ( Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagiNya), 1000 kali

Posted in Bicara Agama | 1 Comment »

Hikmah Bersalawat

Posted by ilmu on 6th April 2008

Sumber : Masjid Putrajaya, Kuala Lumpur


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.

                                                         (al-Ahzab 56)Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya,
Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.
Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh  Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.
Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah. 
Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.
Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.
Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.)  serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga. 

Posted in Bicara Agama | No Comments »