Kundasang2u..com..

KUNDASANG, RANAU

KUNDASANG, RANAU


Kundasang, Ranau (2000m) merupakan salah satu tempat terindah di Malaysia. Di sini, sekurang-kurangnya 10 tempat yang sangat mengkagumkan…. hotel 3 bintang, chalet dan homestay banyak terdapat di sini dengan harga di antara RM60 hingga RM500

KUNDASANG DESA CATTLE DAIRY FARM

01 Kundasang Dairy Farm..02 Kundasang Dairy Farm..03 Kundasang Dairy Farm..04 Kundasang Dairy Farm..07 Kundasang Dairy Farm..08 Kundasang Dairy Farm..06 Kundasang Dairy Farm..05 Kundasang Dairy Farm..

Desa Cattle Dairy Farm (Mesilau, Kundasang) di aras 2100m…antara tempat paling indah bagaikan berada di New Zealand.. bahagian atas dalam gambar ialah Gunung Kinabalu..

RANAU

ranau2 Latar Belakang Daerah Ranau & Senarai Sekolah Daerah Ranau

Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang.

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud.

Keluasan

Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi. Walaubagaimana, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.

Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Desa Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.

Asal-usul Nama

Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.

Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.

GUNUNG KINABALU

mount-kinabalu-dsc01463 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-dsc01480 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-dsc01493 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-dsc01491 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-dsc01270 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalu mount-kinabalu-bsc01112 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01195 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-csc01192 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01195 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-csc01041 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-csc01045 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-dsc01122 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-dsc01123 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01199 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01200 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01201 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01202 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01203 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01218 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01222 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01226 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01236 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01020 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01024 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01031 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01038 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalu mount-kinabalu-bsc01044 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-asc01215 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalumount-kinabalu-bsc01050 Kekayaan dan Kepelbagaian Bio-Diversiti Gunung Kinabalu

Galeri gambar di atas diambil dari Paras 2000m hingga 4100m di sepanjang perjalanan menuju puncak kinabalu

Gunung Kinabalu “World Heritage Site”

 

Bayangkan anda berada di suatu kawasan hutan pergunungan. Cuacanya nyaman, udaranya bersih dan suasananya cukup tenang dan damai. Bunyi yang kedengaran hanyalah kicauan burung dan nyanyian cengkerik serta riang-riang bersahut-sahutan. Anda dikelilingi alam semulajadi, jauh dari riuh dan hingar kota. Hutannya ditumbuhi pohon-pohon hijau dan segala ceruknya pula ditumbuhi tumbuhan berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk dan cara hidup, ada yang unik dan aneh, dan banyak daripadanya tidak terdapat di mana-mana tempat lain di muka bumi ini. Kawasan ini kekal sebagai hutan dara dengan sekitaran semulajadi walaupun ada sebahagian kecil kawasannya telah dibangunkan sebagai tapak peranginan semualjadi yang telah menjadi tumpuan pelancong dan pendaki dari jauh dan dekat. Di kawasan ini juga tersergam megah gunung  yang indah menjulang langit. Keindahan alam, kekayaan flora dan fauna serta tahap perlindungan kawasan ini diiktiraf seluruh dunia dan telah pula diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Inilah Taman Kinabalu, sering disebut sebagai ‘syurga’ penggemar alam.  Baca lagi klik di sini… http://www.bbec.sabah.gov.my/ParkManagement/WAKinabalu.htm

(Terima kasih kepada lelaman ini kerana info lengkap tentang Taman Kinabalu..”Syurga Penggemar Alam”..