Posted by ilmu on 29th Jun 2010
Posted in Hari Guru | 2 Comments »
Posted by ilmu on 18th Ogos 2009
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau telah berlangsung pada 1 Ogos 2009 di SMKA Mohamad Ali, Ranau. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Hj Dr. Muhiddin Yusin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” amat tepat kerana merujuk kepada peranan guru sebagai pencanang budaya kecemerlangan dan tamadun negara bangsa Malaysia. Dalam majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah tahun ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kempen mencintai ilmu, derma darah, senamrobik, anugerah guru cemerlang, inovatif dan kreatif, anugerah sekolah cemerlang, pusat sumber cemerlang, koir dan acara kemuncak dengan penganugerahan Tokoh Guru 2009. Semangat serta kekuatan iltizam jelas terpancar di wajah para guru yang hadir, lebih-lebih lagi para guru yang sanggup berbakti di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Selamat Hari Guru 2009.



Posted in Hari Guru | 1 Comment »
Posted by ilmu on 17th Mei 2009
Hari Guru yang disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan bukti pengiktirafan ke atas jasa seorang pendidik. Pendidik merupakan medium penyebar ilmu yang mempunyai tahap akauntabiliti dan resposibiliti yang tinggi. Guru Menyemai, menyiram, menyubur, membuah dan menghasilkan ketamadunan dunia yang sangat ajaib. Dari guru lahir professor, doktor, jurutera, jurubina, angkasawan, ahli sains, kaji bintang dan berpuluh-puluh lagi karier yang mempunyai reputasi dan pasaran tinggi di seluruh dunia. Bahkan TANPA guru, dunia ini tak akan maju dalam semua bidang. Sejak kelahiran Nabi Adam A.S, guru sudah wujud. Begitulah sepanjang kemandirian manusia, guru tidak putus dek zaman.
Guru masa kini lebih formal. Sudah ada profession. Sudah disistematikkan dengan adanya institusi pengajian dari peringkat rendah hingga ke tinggi. Guru bukan saja di sekolah bahkan guru ada di mana-mana. Sungguh bertuah menjadi seorang guru. Allah SWT telah janjikan salah satu pahala yang terus mengalir walaupun kita sudah pergi ke alam baqa’ ialah ilmu yang bermanafaat. Sebab itu, menyampaikan ilmu perlulah ikhlas. Gaji No.2, yang lebih penting ialah ikhlas dulu…
Cabaran guru lebih hebat lagi. Pelajar kita semakin bijak. Mereka lebih terdedah kepada dunia luar dan pelbagai ilmu. Mereka juga sangat kreatif. Oleh sebab itu, para guru juga terpaksa lebih cepat untuk memperkasakan diri dengan ilmu. Membuat pelbagai kajian untuk mengetahui keperluan. Belum lagi cerita berkaitan disiplin.. masalah disiplin di sekolah memang banyak. Ini semua adalah cabaran. Bukan mudah untuk mengatasi semuanya.
Sempena Hari Guru tahun ini yang bertemakan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, adalah tepat pada waktunya. Tepat waktu untuk memperteguhkan iltizam, menyahut cabaran melalui tema itu. Tiada pilihan lain, guru perlu terus ke hadapan. Bina rentak larian yang padu. Semangat juang yang tinggi. Patuh kepada etika yang positif lagi cemerlang dan berkhidmat kerana Tuhan semata-mata.
SELAMAT HARI GURU 2009
Posted in Hari Guru | 1 Comment »