Menjamu Selera Di Sambal Hijau, Kg. Sg. Penchala, KL

Siapa tahu di mana Restoran Sambal Hijau yang tekenal di kawasan Sg. Penchala tu. Pertama kali saya berkunjung di Sambal Hijau ialah sebulan yang lepas. Itu pun kawan yang ajak. Saya tak tahu pun di situ ada tempat makan yang istimewa walaupun sudah 2 tahun duduk KL. Saya pernah masuk ke kawasan itu secara tak sengaja, 2 tahun yang lalu kerana tersalah jalan. Kejadian itu berlaku pada hari kedua saya duduk KL. šŸ˜€

Balik kepada cerita Sambal Hijau. Apa yang istimewa di Sambal Hijau? Tentunya kerana pilihan makanan yang banyak. Lauk pauk berkonsepkanĀ selera kampung seperti ikan bakar, ayam panggang, pelbagai ulam-ulaman, asam pedas, sotong, udang dan ketam masak lemak cili api, rendang ayam dan daging, pelbagai jenis sambal danĀ yang paling best tu laĀ sambal hijau tumis :-). Ada lagi laĀ sup tulang, sup ayam, pelbagai jenis sayur-sayuran kampung, pelbagai jenis jus, bubur pulut hitam, puding dan banyak lagi makanan yang disajikan. Pendek kata, memang banyak pilihan hehe… Tak rugi berkunjung keĀ Sambal Hijau.

Jadi sesiapa yang nak datang tu kena awal. Pasal lauk-pauk cepat habis. Datang dalam pukul 1.00 tengah hari. Kalau bernasib baik, dapatlah tempat duduk. Kalau tak, kenalah sabar sikit.. tunggu giliran šŸ™‚ Kalau nak solat dulu, boleh. Masjid bersebelahan dengan restoran ini. Tempat parking kereta luas.. Kalau nak tahu cerita lanjut boleh layari web Sambal Hijau..klik..klik.. šŸ™‚ Sorry la tak dak gambar untuk upload..hehehe. Masuk website dorang la..senang.. šŸ™‚ šŸ™‚

Travelog Cameron Di Hujung Oktober

Hampir dua tahun saya bekerja di KL. Selama dua tahun, saya tidak banyak pun berjalan atau melawat tempat-tempat menarik.Ā  Rugikan.. Zoo Negara dan Muzium Negara pun saya belum pernah sampai. hairan kan…:-) :-). Nasib baik Pusat Sains Negara dan Tugu Negara terletak berdekatan dengan laluan saya ke tempat kerja. Jadi, sempatlah saya masuk melihat-lihat tempat yang sering disebut-sebutkan itu. Itupun kerana kadang-kadang cari bilik air…:-) šŸ˜€

Baru-baru ini saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Cameron Highland. Tujuannya adalah untuk mencari kesegaran lebih-lebih lagi sekarang kan ibu kota menghadapi jerebu yang sangat teruk dan cuaca panas yang melampau. Agak-agak dalam 36 darjah celcius. Panas bagai membakar kulit. hi hi. Kali terakhir saya keĀ CameronĀ ialah pada tahun 1990. Waktu itu saya sedang study di Ipoh, Perak. Dalam hati, saya membuat satu kesimpulan Cameron Highland sudah tentu banyak berubah. Yalah..sudah bertahun-tahun lamanya, kan..

Segala persiapan saya buat awal.Ā Sedia beg besarĀ bagai bercuti selama seminggu. Padahal hanya 2 hari saja iaitu sabtu dan ahad. Hi hi.. Saya bertanya kepada kawan sepejabat, laluan mana yang paling dekat untuk ke Cameron highland. Dia bagitau ikut Simpang Pulai. Setahu saya hanya ada satu jalan iaitu ikut Tapah yang bengkang bengok bagai ular kena batang bamboo tu..

Bila tiba masanya saya bertolak awal pagi. Bawa kereta pacuan 4 roda. Mana la tau ada jalan yang susah hendak dilalui kan. So, Taklah risau sangat. Perjalanan selama 3 jam baru sampai R&R Tapah. Berhenti sekejap menjamah makanan. Terlupa sarapan sebab excited sangat memulakan perjalanan tadi. Pusing-pusing memilih makanan. Berbaris panjang. Tunggu giliran. Baris dalam 20 minit. Lapar tidak terkata. Tambah lagi tercium bau masakan ayam goring berempah. Seksa… haha. Perkara yang tidak dapat dilupakan, sudah la bebaris 20 minit, makanan pilihan seperti dalam senarai menu sudah Sold Out.. (Boleh sold out pula). Lari pergi ke kedai lain dengan hati yang kurang puashati. Sabar je la…, berbaris lagi. 20 minit juga menunggu. Order Mee Sup je la. Alamak…harga RM6.50 tapi punyalah sikit. Kalau saya ni mana kenyang kalau banyak macam tu. Order 2 mangkuk pun mesti belum kenyang. Last2, lepas makan mee sup, lari pegi tempat lain order nasi. Haha pecah rahsia. Berehat di R&R Tapah hampir 2 jam. Ngantuk2 pekena 2 kali menjamu selera.

Sambung perjalanan hingga Tol Simpang Pulai. Bayar tol entah berapa ringgit. Lupa. šŸ™‚

ArahĀ ke Cameron Highland tidaklah susah. Ada sign board. 100% tidak akan tersesat. hee.. Betullah kata kawan. Jalan melalui Simpang Pulai tidaklah bengkang bengkok macam ikut Tapah. Jalanraya naik bukit agak luas. Ada tempat memotong kenderaan lain. Jalan 3 lorong. Cuma kena berhati-hati kerana banyak lori muatan sayur turun bukit laju-laju macam lipas kudung. Banyak kali juga tersirap darah bila lori-lori ni muncul tiba-tiba di sebalik selekoh tajam. Nasib baik saya sudah biasa denganĀ  jalanraya Tamparuli-Ranau yang lebih kurang sama keadaannya. hehe..

Perjalanan dari Simpang Pulai Ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 50 minit. Berhenti di Kea Farm dan Lavender Garden. Menikmati keindahan dan suasana baru. Tapi cuaca tidaklah berapa sejuk seperti yang saya bayangkan. Dan yang paling mengecewakan, jerebu tebal macam di KL. Uarghhhh…..hehe.Ā Untuk pengetahuan, saya tidak pun booking hotel sebelum jalan. Jadi, kehulu kehilir mencari tempat tinggal. Sekejap ke Brinchang sekejap ke Tanah Rata. Semuanya penuh. Dalam hati berkata, ini kali la… tidur dalam kereta. Hehe.. Setelah sejam lebih mencari hotel, akhirnya dapat juga yang berharga RM120.00. Hotel ini mesti tak laku. Sbb bau hapak. Sabar je la.. huhu.

Lepas check in, saya jalan meninjau-ninjau ke Kea Farm. Kalau siapa yang belum pernah ke sini, sebenarnya lebih kurang macam di KL juga jamm nya. Menyesal pula. Bayangkan dari Brinchang ke Kea Farm mengambil masa sejam. biasa dalam 10 minit boleh sampai. Pengalaman berharga untuk masa akan datang bah. hehe. Sebelum malam berlabuh, saya sempat menikmati ais krim strewberry dan makan roti taruh jem home made. Malamnya saya lewat tidur sebab menikmati cuaca yang sudah mulai sejuk. Walaupun tidaklah macam di kundasang tapi sejuklah berbanding KL yang panas. šŸ™‚ šŸ™‚

Keesokan hari, bangun pagi, gosok gigi dan mandi dengan air sejuk. Saja tidak pakai air panas. Menggiggil2 juga la. hi hi.Ā Terus check out dnĀ pegi makan sebab perut lapar. Lepas makan, terus ke Ladang Teh Boh. Sempat selfie-selfie cuma malas postkan gambar di sini. Maaflah ye…. Dari Ladang Teh Boh, saya pegi ke pasar2 sayur. Pajak macam2 sayur mcm pucuk timun (Cameron – pucuk labu), kobis dan jagung. Banyak juga saya beli sayur2an.

Pukul 12.00 tghari saya bergerak pulang KL. Kali ini ikut Tapah. Singgah Ringlet beli sayur tepi jalan. Waktu membeli-belah sayur di sini, tidak sangka berjumpa dengan orang Ranau yang juga sedang menjual sayur. Nama dia Kak Juniah. Apa lagi, kami rancakĀ speaking lah. Tidak sangka ada orang Ranau bermastautin di Cameron Highland ini. Nanti lain kali boleh singgah lagi. Sepanjang perjalanan turu, saya terpesona dengan pemandangan dan penempatan orang asli. Tepi-tepi jalan orang asli menjual madu lebah, tongkat ali, sayur rebung, pisang dan petai. Sempat juga membeli rebung 4 biji RM10.00.

Lebih kurang 45 minit sampai Tapah. Berhenti mengisi perut yang berkeroncong di sebuah gerai mee celup. Pekena ikan bakar tapah dengan sambal pedas ala-ala Selangor. Kerana makan terlalu banyak, rasa ngantuk pula. Sudah la time2 niĀ tidur jam 2.00 petang. Hoho.. Rehat dan tidur dalam setengah jam sebelum meneruskan perjalanan menuju ke selatan. Perjalanan pulang tidak begitu terasa. Alhamdulillah kereta pun tidak terlalu banyak. Sampai rumah lebih kurang pukul 6.00 petang dengan senyuman dan rasa gembira.

Begitulah travelog saya yang tak berapa travelog. Sorry la.. ayat pun lintang pukang. Ha Ha Ha… šŸ™‚ Jumpa lagi di travelog yang akan datang.

Bagusnya Minum Kacang Soya Panas Suam…

Alhamdulillah sempat juga sarapan pada pagi ini. Sejak semalam mengejar masa dihentam asimen..hehe.. Biasalah di saat-saat akhir ni baru terima banyak tajuk baru. Lecturer buat kejutan.. Ingatkan saya sahaja yang menggelabah, rupa-rupanya kengkawan yang lagi rasa kronik. Sepanjang malam tak tidur kerana asimen tak siap lagi…

Dari hostel dah terfikir-fikir apa makanan nak makan. Macam-macam di fikiran. Nasi lemak, roti canai, mee goreng, kuih….hehe. Lapar pula kerana semalam makan di Court Yard tak kenyang makan masakan moden yang banyak minyak.. Parking kereta elok-elok di hadapan bangunan SPPS UMS, tengok pintu cafe PPIB dah buka. Teringat di situ ada kacang soya panas-panas dan macam-macam kuih ada, mee goreng, nasi lemak, nasi campur. Macam mau makan semua jenis makanan. Betullah…kadang-kadang datang sikap tamak.

Pagi ni minum kacang soya panas. Beli kuih ‘pinjaram’, karipap, kuih bulan (kadang-kadang orang sebut kuih lapis atau apam balik) ntah apa namanya yang betul. Beli juga kuih kacang hitam dan biskut… Makan 2 biji kuih dan minum 500ml air soya panas-panas sangat menyelarakan.

Tapi yang lebih penting ialah saya masuk saja di bilik kuliah, buka internet, search apa khasiat air kacang soya. Baca dan hayati..rupanya saya tidak tau selama ini apa khasiat air kacang soya. Saya baca artikel ringkas dan saya share dengan pembaca…hehe

KHASIAT KACANG SOYA

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 ā€œsuper foodsā€ di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanyaĀ masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina. Kacang soya merupakan ā€œMakanan Berfungsiā€ yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya bolehĀ mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-

I. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat ā€œstatinsā€ tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

II. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim,
memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

III. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

IV. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

V. Gula kompleks dan ā€œoligosaccarideā€ dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.

Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?

1. Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan ā€œheavy metalsā€, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.

2. Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.

3. Pastikan kacang soya adalah bebas daripada Urinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.

4. Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.

5. Pastikan barangan tersebut adalah ā€œwholesomeā€ dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.

Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.

6. Pastikan ia bebas daripada bahan ā€œthickenerā€ dan perasa tiruan.

Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatanĀ barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.

KHASIAT KACANG SOYA UNTUK WANITA

Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ā€˜hot flashesā€™ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Jika anda gemar minum air kacang soya dan mengisarnya sendiri, usah dibuang hampasnya. Jemur hampasnya sehingga kering dan simpan didalam bekas kedap udara. Untuk menggunakannya ambil beberapa camca hampas itu dan bancuh dengan air suam. Gosok dan sental pada seluruh badan sewaktu mandi. Hasilnya, badan lebih bersih, lembut dan cerah. Hampas itu juga boleh dicampur dengan putih telur untuk dibuat pupur wajah. Hasilnya tentu mengagumkan anda.