Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah SMKA Mohd. Ali Juara Sepanduk
Posted by ilmu on 28th Februari 2010
Pertandingan sepanduk sempena perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 1431 H bersamaan 2010 M telah dijuarai oleh SMKA Mohamad Ali. Sementara Naib Juara disandang oleh SMA Al-Irsyadiah dan ketiga KAFA Ranau. Sebanyak 25 sepanduk telah dipertandingkan. Dalam program yang sama, di Dewan Masyarakat Ranau, YB Datuk Hj Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar sabah telah merasmikan sambutan Maulidur Rasul kali ini. Acara di dewan masyarakat dimeriahkan lagi dengan persembahan marhaban, barzanji, salawat dan nasyid. Turut hadir ialah Ybhg Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, Ybhg. Tan Sri Abdul Ghani Gilong, YBhg Datuk Amisah Yassin pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.
Posted in Maulidur Rasul | 5 Comments »











































