Taklimat Pemantapan PSS Cemerlang Daerah Ranau

20 Februari 2009 (Jumaat) – Mesyuarat Penyelarasan PKG/GPM/GPSS Kali Pertama Daerah Ranau telah diadakan bertempat Di Bilik Kuliah PKG Ranau. Tujuan pertemuan ini adalah untuk memantapkan pengurusan, perancangan dan perlaksanaan pelbagai program PSS Daerah. Tema yang dipilih ialah PSS Cemerlang Menjana Pelajar Terbilang.

Sesuai dengan hasrat ini, satu resolusi telah disepakati bersama iaitu bersama mencemerlangkan PSS ke arah menjana pelajar yang mampu bersaing di pelbagai peringkat. Ini kerana PSS merupakan institusi ilmu yang akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dan menjadikan budaya ilmu sebagai keutamaan di sekolah.

Dalam mesyuarat ini, perancangan dan perlaksanaan pelbagai program PSS telah dititikberatkan. Selain daripada itu NILAM, Gerakan Membaca dan Kempen Literasi juga diberikan penekanan. Sepanjang tahun ini beberapa anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah PSS Harapan dan Cemerlang dan Anugerah NILAM. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan calon ke pertandingan peringkat bahagian dan negeri.   

Diharapkan kepada semua GPM/GPSS bersama-sama mencemerlangkan PSS sebagai institusi ilmu yang akan membantu pelajar menguasai pelbagai bidang ilmu.

Taklimat Penggunaan SSQS Peringkat Daerah Ranau

Sekolah-sekolah berikut telah dipilih dalam projek rintis Smart School Qualification Standard (SSQS) yang akan dilancarkan di seluruh negara bermula pada Tahun 2009. Sekolah-sekolah tersebut ialah:-
1. SMK. Dato Padukan Mat Salleh Ranau
2. SMK. Lohan Ranau
3. SMK Agama Mohamad Ali Ranau
4. SK. Pekan Ranau
5. SK. Pekan 2 Ranau
6. SK. Bongkud Ranau
7. SK. Lohan Ranau
8. SK. Kundasang Ranau
9. SK.Kilimu Ranau
10. SK. Nalapak Ranau

Sehubungan dengan itu, satu taklimat akan dijalankan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 24 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Ranau
Kehadiran : Penolong Kanan 1 dan Penyelaras Bestari atau ICT
Terima kasih.
“TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI”

Surat jemputan mesyuarat klik di sini. taklimat-penarafan-ssqs

Laman web / portal SSQS klik di sini http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Muat turun dokumen SSQS klik di sini http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/mainpage.php?module=MuatTurun

Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PTPB/PKG Bil 2, 2008 : Memantapkan TEKNOPEN

        

Ke arah memantapkan lagi pengurusan dan perlaksanaan program Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, warga BTPN Sabah telah berhimpun dan berkolaborasi selama 3 hari di BTPN Sabah mulai hari ini 14/07/2008 hingga 16/07/2008. Antara agenda yang dibincangkan ialah pembentangan pencapaian SKT setengah Tahun 2008, Mesyuarat Keutuhan, Mesyuarat Kewangan, Mesyuarat Menangani Karenah Birokrasi, Bengkel Fail Meja DGA32, DGA29 dan N17, Laporan “Project Based Learning”,Taklimat Peranan Rangkaian BTP dan taklimat daripada setiap unit.