Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah: Ranau Turut Mengungguli Anugerah Tokoh

Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di BTPN Sabah dan Auditorium Tun Hamdan Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu pada 8-12 Mac 2009 berakhir dengan Daerah Ranau dan Sandakan masing-masing mengungguli Tokoh NILAM Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2009.

Adik Shahizam Tahir, Pelajar Tingkatan 5 dari SMKA Mohamad Ali Ranau telah memenangi dua hadiah bernilai RM700 berserta piala dan sijil. Kategori yang telah dimenangi oleh beliau ialah Johan NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar dan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri.

Selain beliau, seorang lagi wakil daerah Ranau iaitu Adik Mohd. Zulisyraf Zulkiflee dari SK. Kilimu Ranau mewakili kategori Sekolah Rendah Luar Bandar mendapat Naib Johan dalam karnival ini. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 berserta piala dan sijil.

Enam Kategori yang telah dipertandingkan dalam anugerah kali ini ialah SM/SK Bandar, Luar Bandar dan Pedalaman.  Semua pemenang megikut kategori akan mewakili Negeri Sabah ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 20-24 April 2009 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.  

Ranau Berjaya Bolot Dua Anugerah NILAM Peringkat Bahagian (PBU)

nilam2 nilam1 nilam3

Hasrat wakil Daerah Ranau ke Anugerah NILAM Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) Sabah untuk membawa pulang kemenangan seterusnya mewakili PBU ke peringkat negeri Sabah telah tercapai apabila kedua-dua wakil sekolah rendah dan menengah membawa pulang hadiah johan bagi kategori luar bandar SR dan SM.

Wakil Sekolah Menengah Luar Bandar Adik Shahrizam Tahir dari SMKA Mohamad Ali dan Adik Mohd. Zulisyraf bin Zulkiflee dari SK. Kilimu akan mewakili Bahagian PBU ke peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Mac yang akan datang ini.

Anugerah NILAM yang dipertandingkan sehingga ke peringkat Kebangsaan bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Walau bagaimanapun syarat utama pemilihan calon ke anugerah ini ialah mestilah telah mencapai tahap NILAM dengan membaca lebih daripada 288 buah buku (SM) dan 360 buah buku (SR). Calon-calon juga akan dinilai dari segi pencapaian akademik, ko-kurikulum, kewibawaan dan ketrampilan. 

Daerah-daerah lain yang telah mengambil bahagian ialah Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. Sementara itu, tahun lepas (2008), Wakil Negeri Sabah dalam kategori SM (Bandar) dan SR (Luar Bandar) telah dinobatkan sebagai johan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan sekaligus Sabah menjadi pemenang keseluruhan.