KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Archive for the 'Pemantauan ICT' Category

Perlaksanaan Sistem SPPICT : Antara Harapan dan Realiti

Posted by ilmu on 31st Mac 2010

Saya ingin menulis sedikit tentang hasil kajian saya terhadap prestasi kali pertama Sistem Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT (SPPICT) secara online yang telah diperkenalkan pada awal Tahun 2009 apabila Y.Bhg Dato’ KPPM mengarahkan pihak BTP menjalankan kajian dan melaporkan  tahap penggunaan inisiatif ICT di sekolah-sekolah KPM. Sebanyak 9828 buah sekolah di seluruh Malaysia terlibat dalam kutipan ini. Dalam kutipan pertama yang berakhir pada 30 Mac 2009, sebanyak 5079 buah atau 51.68% telah mengisi data yang diminta. Kita fokuskan di Negeri Sabah. Sekolah yang terlibat adalah sebanyak 1269 buah . Daripada jumlah ini, hanya  253 buah atau 19.94%  sahaja yang mengambil bahagian. Minggu ini adalah kutipan pertama Tahun 2010. Setelah seminggu berlalu, penglibatan pihak sekolah di Negeri Sabah dalam pemantauan ini baru sahaja mencapai 2.35% sebagaimana yang dilaporkan di dalam laman web BTPN Sabah di http://www.btpnsabah.edu.my. Angka ini masih terlalu rendah dengan hanya tinggal 9 hari sahaja lagi kutipan ini akan ditutup. Satu persoalan yang timbul ialah, mengapakah peratus penglibatan sekolah di Sabah dalam pemantauan ini masih sedikit dan tidak memuaskan? Saya tidak bermaksud untuk mengulas lanjut tentang faktor penyebab kerana belum ada instrumen kajian yang boleh dijadikan panduan untuk membuat sebarang andaian. Justeru, bagi mereka yang terlibat sama ada di peringkat jabatan atau di sekolah, fikir-fikirkanlah…

Posted in Pemantauan ICT | 6 Comments »