Membangunkan Multimedia Pengajaran Dengan Lecture Maker

Hari ini pelbagai perisian  khusus untuk membina multimedia pengajaran. Contohnya Macromedia Authoware, Hot Potato, Ms Powerpoint dan banyak lagi. Tetapi Lecture Maker adalah di antara perisian paling mudah dan sangat user friendly. Perisian Lecture Maker adalah produk dari China dan dibangunkan oleh Daulsoft. Perisian percubaan atau pakej penuh boleh dimuat turut atau dibeli melalui Softpedia, CNET Download, Downloadplex, Laman web Lecture Maker, atau di Top4download. Pengalaman saya, Lecture Maker mempunyai ciri-ciri yang lebih mudah daripada kebanyakan perisian yang lain. Lecture Maker membenarkan proses import data audio, video, image, teks dan animasi secara langsung melalui penggunaan built in camera dan internal notebook microphone .  Rasanya lebih mudah melakukan synchronization di antara teks dan voice over di sini.  Selain itu, Lecture Maker juga membolehkan pembangun media pengajaran membina soalan-soalan kuiz secara interaktif.

Selamat mencuba.

Menghadapi Peperiksaan MUET Dengan Mudah

Memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris memang mencabar dan sesetengah orang mengatakan susah.

Kalau benar susah, mengapa kita lakukan dengan cara yang lebih susah…

Hari ini mungkin ada yang akan mengambil Exam MUET…

Jadi saya berikan link di sini… Semoga bermanafaat.

Klik di sini http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6091 Selamat berjaya

Saya sebenarnya tidak perasan bahawa dalam program affiliate yang baru saya jumpa ini mengandungi beberapa buku yang dipromosikan dan saya berasa puashati kerana pertama kali melanggan buku ini. Saya nak kongsi dengan pembaca peluang ini tapi abaikan program affiliate jika dirasakan bahawa ia tidak perlu. Semoga bermanafaat..

Kursus Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

DSC_0001 DSC_0006DSC_0003 DSC_0004DSC_0002 DSC_0008

Hari ini 23 Julai 2009, di Pusat Kegiatan Guru Ranau, saya sempat menyampaikan kursus pembelajaran interaktif melalui internet (www.zoom-a.com) kepada 103 orang pelajar Tahun 6 SK. Pekan Ranau. Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran Akses kendiri (Self Access Learning) berasaskan ICT dan portal pembelajaran zoom-a. Pembelajaran Akses Kendiri melalui web mampu meningkatkan motivasi pelajar kerana mereka boleh menguruskan sendiri latihan mengikut kemampuan mereka. Sepanjang kursus ini semua pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi dan  mengambil bahagian dalam semua aktiviti.