Cabaran Memburu Sarjana… Menuntut Ilmu Mengekalkan Kelestarian Manusia dan Alam

Melanjutkan pelajaran menjadi keutamaan sebahagian orang tetapi ramai juga yang tidak lagi berminat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat pekerjaan. Fenomena ini berlaku kerana keyakinan mereka bahawa adalah tidak perlu lagi untuk belajar tinggi-tinggi jika telah ada kerjaya atau cita-cita telah tercapai. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa  jika masih mempunyai kemampuan untuk mentelaah nota-nota pelajaran dan bersedia untuk membuat assignment yang diminta oleh para pensyarah bolehlah melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkat yang paling atas. Nampaknya, menuntut ilmu pengetahuan menjadi sebahagian daripada keperluan hidup lebih-lebih lagi pada masa ini. Salah satu sebabnya ialah kerana ilmu pengetahuan boleh membantu mengekalkan kelestarian hidup dan memperbaiki hubungan di antara manusia dengan manusia yang lain, manusia dengan alam persekitaran dan sosio-ekonomi.

Suasana pembelajaran di menara gading… cabaran 3 dimensi; Study….kerjaya…keluarga. Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat

KOHOT 7 copy DSC02432 DSC02429DSC02426 DSC02427 DSC02425

Pengajian Jarak Jauh UPM – Dibuka Sekarang

Semasa saya melayari laman-laman web universiti di Malaysia, saya tertarik dengan iklan peluang Pengajian Jarak Jauh yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) yang sedang dibuka sekarang. Ini adalah peluang keemasan yang perlu direbut, memandangkan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan guru-guru di semua sekolah sekurang-kurangnya memiliki ijazah pertama. Untuk pengetahuan pengunjung, kehadiran ke kuliah bagi pelajar PJJ yang ditawarkan oleh UPM ini lebih fleksibel. Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 April 2010. sila klik www.ppl.upm.edu.my