MEMBENTUK IDENTITI PEMUDA BELIA HARAPAN BANGSA, MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI

Selamat bertemu kembali.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhemah dakwah kepada semua pemuda belia sempena hari cuti sekolah terutamanya kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Daerah Ranau, Persatuan Bekas Pelajar Islam Daerah Ranau dan Ahli ABIM Ranau yang sekarang ini dalam rangka kerja gerakan dakwah dan sosial sempena cuti sekolah 2010. Usaha ini amat murni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT

 Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita negatif tentang generasi muda di samping kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara terutamanya kepada pempinan pertubuhan dan persatuan belia di negara kita.

Hari belia yang disambut pada 15 Mei lalu pada setiap tahun di negara kita adalah sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahun ini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satu tema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama . sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang

Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah : “ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.

Pemuda belia sarat dengan perjuangan untuk mencari falsafah hidup dan identiti diri masing-masing. Saban hari memikirkan hala tuju hendak kemana? Dengan pelbagai pengaruh yang mendatang dari tiap sudut. Pengaruh negatif akibat budaya yang tidak sihat serta pengaruh positif dari gerakan dakwah dan kemanusiaan bertembung seolah-olah sengaja bersaing untuk mendapatkan lebih ramai pengikut mereka. Justeru, pemuda belia yang kurang ilmu pengetahuan, kurang matang dan mudah terpengaruh tidak dapat menimbang sebelum memilih jalan mereka. Ayuh pemuda belia, jadikan sebahagian daripada kisah-kisah sejarah silam seperti ashabul-kahfi sebagai panduan hidup pemuda belia muslim…..

Saya telah memasukkan sambungan artikel ini di scribd http://www.scribd.com/doc/44267832/MENELADANI-PEMUDA-ASHABUL-KAHFI#

Program Ukhuwwah Di Kg Merungin 2, Ranau

kumpul di masjid ranau di kg tinutuanpenduduk1 telekom1surau kg merungin2 sambutan paluan gongmajlis suai kenal_lelaki majlis suai kenal helwahadirin hadirin2sumandak dusun kamianak-anak masak-masakterima sumbangan tanam buah2anbaris makan nasyid ot spot

Telekom Malaysia Bhd, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) telah menggalas tanggungjawab menjalinkan ukhuwwah ke sebuah kampung terpencil iaitu Kg. Merungin 2, kira-kira 50km melalui jalan tanah merah yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Tujuan ziarah ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di kalangan penduduk muallaf Islam serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam bidang dakwah. Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Mustapa Sakmud, Presiden Belia Sabah, Tn. Haji Jamli (Pengurus TM Sabah), Sdr. MohammadAdzmin @ Losinin, Timbalan Yang DiPertua ABIM Ranau, Sdr. Rezlan Muhammad (JHEAINS), Pegawai-pegawai Telekom dari KL dan Sabah, Ahli Biro Pembangunan Pelajar Islam Ranau, Pemimpin kampung dan penduduk-penduduk kampung Merungin 2 dan sekitarya.

Dalam majlis ini, pihak telekom telah menyumbangkan kewangan, peralatan masjid/surau dan bantuan kepada fakir miskin. Majlis diserikan lagi dengan majlis suai kenal,  persembahan nasyid, acara sukaneka dan jamuan makan tengahari.

Sebagai kenangan, satu upacara menanam buah-buahan telah disempurnakan oleh Sdr Mustapha Sakmud selepas menunaikan sholat zohor secara berjamaah. Pada hari yang sama, 4 lagi rombongan ABIM, Telekom dan JHEAINS melakukan ziarah yang sama di Kg. Tinutuan, Kg. Langsat, Kg. Tampios dan Rumah Putera Harapan (RPH) ABIM Ranau.