Posted by ilmu on 7th November 2012


Hari ini saya sedang mengikuti Seminat Ke-12 South East Asian For Asia Institusional Research (SEAAIR). Seminar kali ini disertai oleh lebih kurang 300 orang peserta dan pembentang dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Sebanyak 64 kertas kerja dalam seminar ini dibentangkan dalam bahasa pengantara Bahasa Inggeris melalui empat siri selari. Seminar ini berlangsung selama 4 hari mulai kelmarin dan akan berakhir Jumaat ini. Seminar kali ini diadakan di Malaysia- Sabah- Hotel Promenade Kota Kinabalu.. Universiti Malaysia Sabah telah dilantik sebagai perunding dan pengurus seminar bagi pihak Malaysia sebagai tuan rumah.
Seminar gemilang yang disertai oleh para pengkaji dari universiti-universiti terkemuka di rantau ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah pada pagi kelmarin. Turut serta dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Shahril Yussof , Pengerusi SEAAIR Asst. Prof Teay Shawyun dari Assumption University Of Thailand, Prof. Abdul Rashid Mohamed Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan Malaysia, Dr. Suryansah Suwanto, Timbalan Dekan SPPS Universiti Malaysia Sabah, professor-professor, sarjana-sarjana dan mahasiswa-mahasiswa dari berbagai universiti di Asia Tenggara.
Tema seminar ini ialah Culturalising Excellence in Higher Education. Sesuatu yang pasti dalam seminar ini ialah knowledge pollination yang sangat luas serta dapat bertukar-tukar fikiran dengan peserta dari pelbagai negara. Maklumat mengenainya dapat diakses melalui website SEAAIR di http://www.seaairweb.info/Conference/index.aspx
Kepada sahabat-sahabat yang turut serta dalam seminar ini, jangan lupa bawa pulang buku prosiding.
Posted in Bicara Ilmu, International Programme, Program Kajian Tindakan, Seminar-seminar | 2 Comments »
Posted by ilmu on 22nd April 2010
Posted in Program Kajian Tindakan | 6 Comments »
Posted by ilmu on 31st Mac 2010
Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »
Posted by ilmu on 22nd November 2009
Posted in Program Kajian Tindakan | 4 Comments »
Posted by ilmu on 13th Oktober 2009
Kolokium Kajian Tindakan Sabah 2009 anjuran bersama Institut Aminuddin Baki, Jabatan Pelajaran Sabah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah sedang berlangsung sekarang d Hotel King Park, Tawau. Kolokium ini telahpun bermula sejak 12 Oktober 2009 dan akan berakhir pada 15 Oktober 2009. Dalam kolokium ini, sebanyak 12 kertas kerja kajian tindakan dan 2 kertas konsep telah dan akan dibentangkan. Turut diadakan ialah sesi forum yang dikendalikan oleh 3 orang ahli panel.
Posted in Program Kajian Tindakan | 2 Comments »
Posted by ilmu on 22nd Julai 2009
Posted in Program Kajian Tindakan | 2 Comments »
Posted by ilmu on 8th Mei 2009
BTPN Sabah- 7 dan 8 Mei 2009 : Mesyuarat Pre-Council Jawatankuasa Penilai Bahan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di BTPN Sabah. Mesyuarat ini telah memutuskan 7 bahan inovasi berasaskan kajian tindakan yang telah dihasilkan oleh Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) akan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KPM untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
Selaras dengan peningkatan program kajian tindakan dan penghasilan inovasi di kalangan guru dan PKTS di sekolah-sekolah di negeri ini, Timbalan Pengarah JPN Sabah telah mengarahkan pembentukan satu jawatankuasa penilai bahan inovasi peringkat negeri. Jawatankuasa ini akan menilai semua bahan inovasi yang dihasilkan melalui kajian tindakan sebelum ia dihantar ke peingkat kebangsan atau diterbitkan. Pasukan ini dipengerusikan oleh Ybhg. Pengarah Pelajaran JPN Sabah.
Posted in Program Kajian Tindakan | 1 Comment »
Posted by ilmu on 8th Mei 2009
Pada 27 dan 28 April 2009, saya telah mengendalikan bengkel penghasilan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat PKG Penampang. Seramai 25 orang pendidik yang telah mengikuti bengkel tersebut. di antara tajuk-tajuk kajian yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
1. Meningkatkan kemahiran murid membezakan dan mengaplikasikan “Simple Present Tense dan Simple Past Tense” kepada 10 orang murid Tahun Tiga SK Putaton, Inobong Melalui “Read Me Aloud”
2. Mengatasi Kesukaran Memahami Istilah Sains Tahun 5 Ikhlas SK. Petagas dengan “Snake & Ladder”
3. “REMEMBER ME”. Kaedah mengingati Pemimpin / Tokoh Negara dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan
4. Meningkatkan Motivasi Murid Disleksia Tahun 6 SK Kibabaig Penampang Melalui Penghasilan Buku Skrap Peribadi.
Terdapat 11 tajuk kajian yang telah diadangkan dalam bengkel ini.
Posted in Program Kajian Tindakan | 2 Comments »
Posted by ilmu on 17th Mac 2009
Sempena dengan Hari Karnival Bestari ICT Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang akan diadakan di SMK Agama Sandakan, Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) telah mengadakan bengkel bagi menghasilkan bahan prototaip yang akan dipamerkan nanti.
Di antara bahan yang telah disediakan ialah Train Of Speech, Multiplication The Easy Way, Word Pollination, Piramid Jawi, Kamus B2M ( Bahasa Melayu – Murut), Penulisan Kaedah 25 Sen dan Baca Bestari.
Ahli PKTS yang telah terlibat ialah Pn. Elsie Lee (BTPN), En. Azmi Hj Ahmad (PKG Sandakan), En. Losinin Johalin (PKG Ranau), Pn. Jalina Guasai (BTPN), En Rafian Yahya (PKG Tenom), Pn. Rosimah (SMK Banggi), Pn. Yong (SK. Sg Anid 3, Sandakan), Pn. Hindun (PKG Sipitang), Pn. Junndiah (PKG Sipitang) dan En. Azroy (SK. Gumisi, Tenom) dan En. Hawang (SK. Giok Tamparuli)
Posted in Program Kajian Tindakan | 1 Comment »
Posted by ilmu on 3rd Disember 2008
Pembentangan hasil Kajian Tindakan dan Bahan Inovasi Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 18 dan 19 November 2008 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Laporan Kajian Tindakan dan Bahan Inovasi juga telah dinilai seperti pada tahun 2006 dan 2007. Sebanyak 7 bahan inovasi yang layak ke Peringkat Negeri dan keputusan penghakiman adalah seperti berikut:-
Johan : Penulisan Kaedah 25 sen ( En. Freddie & En. Hawang – Tamparuli)
Naib Johan : Kamus BMM ( En. Rafian Yahya – Tenom)
Ketiga : Piramid Jawi ( Cik Junndiah – Sipitang)
Hakim-hakim yang telah menilai penghasilan ini ialah En. Henry Goh ( Inst. Perguruan Gaya), En. Losinin Johalin ( PTP Daerah Ranau), En. Azmi Ahmad (PTP Daerah Sandakan) dan Pn. Theresa ( PKTS Sabah)
Tahniah kepada semua pemenang.
Posted in Program Kajian Tindakan | No Comments »