Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Gerhana Matahari

DSC_0401 DSC_0398DSC_0396 DSC_0395DSC_0394 DSC_0399

Bengkel pengajaran dan pembelajaran Gehana Matahari untuk guru-guru Sains SK/SMK Daerah Ranau telah diadakan pada 20 Julai 2009, pukul 2.00 hingga 5.00 petang  di Pusat Kegiatan Guru Ranau dengan kerjasama Agensi Angkasa Di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Bengkel ini diadakan sempena fenomena Gerhana Matahari Penuh yang berlaku di China pada 22 Julai 2009. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Taklimat dan bengkel telah dikendalikan oleh Sdr Dr. Mustapha Nasir, seorang ahli astronomi (bukan 🙂  astrologi) yang bertugas di Pusat Sains Lingkudau (PUSKAL) Daerah Ranau.

Gerhana Matahari Penuh (China)- Sekolah Daerah Ranau Laksanakan Aktiviti

Gerhana matahari penuh akan berlaku di China pada 22 Julai 2009 dan sedikit kesan di Sabah memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti. Wakil Agensi Angkasa Sabah Dr. Mustapha Nasir berkata, gerhana matahari akan berlaku pada tarikh ini dan dialu-alukan kepada guru-guru sains sekolah-sekolah mengadakan aktiviti pembelajaran secara online melalui internet untuk melihat secara langsung fenomena gerhana berkenaan. Ini akan dapat meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains angkasa lepas.

Beliau berkata, guru-guru sains sekolah-sekolah Daerah Ranau dijemput untuk mendengar taklimat khas yang akan disampaikan pada 20 Julai 2009, jam 2.00 petang di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Ranau.